06/05/2025
Pergaduhan suami isteri — Ini mungkin kerja syaitan bernama Dasim!
Ramai tak sedar, bila rumah tangga mula goyah dengan emosi negatif, mudah terasa, cepat marah… ada “tangan ghaib” yang sedang bertepuk tangan.
Namanya Dasim, syaitan yang memang kerja dia nak porak-perandakan hubungan suami isteri.
Antara tanda-tanda perkahwinan sedang diganggu Dasim:
1. Rumah terasa panas – bukan sebab cuaca, tapi sebab suami isteri asyik bergaduh walaupun benda kecil.
2. Mula timbul rasa sangsi, takut, dan curiga bila pasangan tak ada depan mata.
3. Aktiviti maksiat berlaku dalam rumah sendiri — contohnya ketagih video l*c*h, malas solat, rumah bersepah sebab tak ada semangat dan malas mengemas.
4. Solat jadi tak khusyuk. Asyik lupa rakaat, dan benda ni berlaku berulang kali.
Kita boleh elakkan gangguan Dasim ni. Cuba amalkan perkara-perkara berikut:
1. Kalau bergaduh, jangan biar berlarutan. Cepat-cepat minta maaf dan berdamai.
2. Biasakan diri dan anak-anak baca doa sebelum makan. Nampak macam kecil, tapi besar kesannya.
3. Bila marah, tarik nafas, ucap syahadah, istighfar, ambil wuduk dan solat sunat untuk tenangkan hati.
4. Lepas solat, doakan agar Allah lindungi kita daripada bisikan dan hasutan jahat.
5. Jangan biar bilik kosong terlalu lama, terutama yang ada katil dan selimut. Nabi SAW pesan untuk tepuk bantal dan selimut sebelum naik katil, dan hidupkan bilik dengan solat atau zikir.
6. Rajinkan baca surah Yasin dan al-Quran dalam rumah. Bila masuk rumah, beri salam dan baca doa:
Assalaamu'alaina wa'ala 'ibaadillaahish shoolihin. (Semoga salam sejahtera tercurah kepada kami dan hamba-hamba Mu yang soleh).
Ingat, rumah yang dibina atas kasih sayang boleh runtuh kalau kita leka dan biarkan Dasim masuk tanpa sedar. Benda² kecik je kadang² boleh meletus perang besar.
Lindungi rumah tangga dengan amalan soleh & jaga hubungan baik suami isteri.
Tekan link ke whatsap untuk kami bantu 💪🏻