11/12/2025
"Kenapa Burung Tak Pernah Stress Pasal Makanan?"
Zaman sekarang ramai orang pening kepala. Gaji masuk, sekejap je habis bayar hutang. Barang makin mahal, simpanan makin susut.
Kadang-kadang sampai tak boleh tidur malam memikirkan rezeki esok hari.
Kalau kita sedang rasa sempit begini, mari kita renung satu formula rezeki yang Nabi SAW ajar. Formula ini dipanggil "Formula Burung".
Pernah tak kita tengok burung simpan makanan dalam peti sejuk? Pernah tak kita tengok burung ada akaun bank untuk simpanan hari tua?
Tak ada. Tapi kenapa burung tak pernah mati kebuluran?
Nabi Muhammad SAW memberikan jawapannya dalam satu hadis yang sangat indah.
Daripada Umar bin al-Khattab r.a., Rasulullah SAW bersabda:
Sekiranya kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, nescaya Allah akan memberi rezeki kepada kamu sebagaimana Dia memberi rezeki kepada burung.
Burung itu keluar pada waktu pagi dalam keadaan perut lapar (kosong), dan ia pulang pada waktu petang dalam keadaan perut kenyang (penuh).
(Hadis Riwayat Tirmizi, no. 2344. Status: Sahih)
Apa rahsianya?
Ramai orang salah faham, mereka ingat tawakkal itu duduk saja di rumah tunggu duit jatuh dari langit. Itu salah.
Dalam hadis ini, Nabi sebut perkataan "keluar pagi" (taghdu) dan "pulang petang" (taruhu).
Maksudnya, burung itu berusaha. Ia terbang keluar dari sarang. Ia tak tahu di mana ada cacing atau buah, tapi ia tetap keluar dengan keyakinan bahawa Allah pasti akan sediakan rezeki di suatu tempat.
Ia keluar dengan usaha, ia pulang dengan hasil.
Pengajarannya untuk kita mudah sahaja.
Jangan biarkan risau memakan diri. Tugas kita hanya berusaha dengan pergi kerja, buka kedai, hantar resume, cari peluang. Selebihnya, serahkan bulat-bulat pada Allah.
Jangan risau tentang "berapa" yang kita dapat, tapi yakinlah Allah tahu "apa" yang kita perlukan.
Jika Allah boleh kenyangkan burung yang tiada akal dan tiada ijazah, takkanlah Allah akan lupakan kita hamba-Nya yang bersujud meminta doa?
Tarik nafas, usaha sehabis baik, dan yakinlah Rezeki Allah itu luas.
Yang penting jangan jadi biawak hidup je.
Wallahu a'lam.
___
EBOOK RM1 - PANDUAN SOLAT SUNAT, ZIKIR, DOA, AMALAN, RAMADHAN, UMRAH, MATHURAT DAN TAUBAT
RM1 untuk 1 Ebook
Kami ada 26 Ebook
Jika tak mahu semua Ebook, boleh je pilih tajuk ebook yang tuan puan mahu😊
https://wa.me/60134588163?text=ebookCeramah