12/11/2020
Anda rasa terananiaya di musim wabak COVID19...sila baca ini
PERATURAN MALAYSIA AKTA 829
Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019
Saya sudah layari pelbagai media sosial tetapi perkara ini seperti tidak sampai kepada rakyat kerana kurangnya info berkenaan ini.
Salah satu objektif penting bagi pewartaan akta ini adalah termaktub di dalam seksyen 9 iaitu Mediasi. Mediasi seperti yang termaktub di dalam akta ini adalah bertujuan untuk menyelesaikan pertikaian di antara dua pihak pada musim wabak COVID yang melanda ini dengan kurangnya kes yang perlu dibuka di mahkamah.
Kategori kontrak yang terlibat dalam proses mediasi ini adalah;
1) Pembinaan
Kontrak yang melibatkan pembekal bahan, kelengkapan atau pekerja pembinaan yang berkaitan dengan suatu kontrak pembinaan.
2) Bon Pelaksanaan
on pelaksanaan atau seumpamanya yang diberikan merujuk suatu kontrak pembinaan atau kontrak pembekalan.
3) Acara
Kontrak yang melibatkan penginapan, kemudahan, pengangkutan, hiburan, katering atau barang atau perkhidmatan lain bagi sesuatu majlis tidak mengira besar atau kecil
4) Pelancongan
KOntrak yang melibatkan pengusaha pelancongan dan penggalakanpelancongan di Malaysia
5) Profesional
Kontrak yang melibatkan segala perkhidmatan profesional
6) Ziarah Keagamaan
Kontrak yang melibatkan segala aktiviti keagamaan dan meliputi semua jenis agama di Malaysia
Jumlah tumtutan yang diwartrakan di bawah Akta ini a adalah termaktub hanya kepada tuntutan di bawah RM 300,000 sahaja.
Contoh yang boleh diberi adalah seperti;
1) Pembelian tiket kapal penerbangan yang melibatkan tarikh penerbangan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Terdapat bnyak aduan di media sosial berkenaan pemulangan balik duit dan egala macam lagi berkaitan ini dan daripada anda bising di media sosial, sebaiknya anda pergi ke ruangan yang betul untuk membuat tuntutan.
2) Tempahan bagi acara atau majlis keraian yang sudah dibayar penuh atau secara deposit
Pasti jika diamati terdapat ketidakadilan kepada yang membuat penempahan daripada yang menerima tempahan. Jadi, jika inginkan kepastian dan keadilan kepada dua belah pihak, mohon lah untuk pross ini dan biarkan pihak kerajaan yang memutuskan
Sila layari laman web ini untuk info yang lebih lanjut:
www.pmc19.gov.my