16/04/2018
Kawan-kawan,
Antara keseronokan kita pada ramadan ialah dapat memberi makan sesiapa sahaja. Kawan kami, Musa Nuwayri sentiasa punya idea dalam mewarnai sebulan kita semua berpuasa nanti.
Projek Ramadan For Syria ini akan memberi fokus kepada bantuan sepenuhnya buat anak-anak Syria dan keluarga mereka.
Semoga usaha kita yang sedikit ini dapatlah membantu mereka di sana.
Target kita ialah RM500,000. Semoga kita semua berusaha mencapainya!
Khairul Hakimin Muhammad
Pelancaran Rasmi Projek Ramadhan For Syria 5.0
Tahun ini adalah tahun keenam rakyat Syria menyambut Ramadhan di dalam suasana perang. Malah derita mereka dibom saban hari masih sama sejak hari pertama mereka diuji. Tidak berkurang sedikitpun.
Malah baru-baru ini, rejim menggunakan bom yang mengandungi kimia untuk membunuh anak-anak kita di sana secara senyap.
Syria mungkin perlahan-lahan dilupakan. Tetapi untuk kita yang sentiasa mengikuti berita tentang mereka, Syria tetap di hati.
Ramadhan bakal kembali menjengah kita seperti tahun-tahun sebelumnya.
Disebut di dalam satu hadis sahih, Jika tiba bulan Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu semua syaitan (HR. Bukhari dan Muslim).
Sejak tahun 2013, Cinta Syria Malaysia bergerak membantu saudara Syria kita yang berada di Jordan setiap kali tibanya bulan yang mulia ini. Manakala tahun lepas, kami bawakan sedikit kelainan dengan menghantar bantuan terus kepada rakyat Syria di dalam dan pelarian Syria yang berada di Turki.
Melihat manfaat yang lebih besar apabila bantuan terus sampai ke dalam Syria, Misi Ramadhan For Syria yang sudah masuk kali yang kelima kali ini sekali lagi akan dijalankan di dalam Syria dan di Turki.
Malah jika diizinkan Allah, wakil Cinta Syria Malaysia sendiri yang akan masuk ke dalam Syria menyampaikan bantuan dan amanah kalian secara terus kepada mereka.
Ya, misi ini bahaya. Tetapi menyuap makanan kepada yang lapar, memberi minuman kepada yang dahaga jauh lebih utama.
CSM menyasarkan RM 500,000 bagi misi Ramadhan For Syria kali ini.
Sasaran : RM 500,000
1 tajaan : RM100 (5000 Tajaan diperlukan)
Sumbangan ke akaun rasmi kami di atas nama Persatuan Cinta Syria Malaysia:
Maybank : 562834640983
Emailkan detail sumbangan ke: [email protected]
ATAU
Sumbangan secara atas talian di - https://www.billplz.com/Ramadhan4Syria
Kami turut menyediakan RESIT PENGECUALIAN CUKAI kepada penyumbang yang budiman. Untuk mendapatkan resit ini, boleh berhubung bersama Unit Fundraising kami di +60111002 5116 (Luthfi)
TARIKH AKHIR SUMBANGAN ADALAH PADA 25 Mei 2018.
MENYUMBANGLAH WALAUPUN RM10, ATAU SHARE POSTER INI!