Hibah Harta, Urus Pusaka

Hibah Harta, Urus Pusaka Perancangan Perwarisan Harta (Hibah, Wasiat, Amanah) Dan Pengurusan Pusaka

18/04/2026

Urus pusaka bukan sekadar pembahagian harta tapi, ada amanah dan tanggungjawab,
✓selesaikan hutang simati menggunakan harta yg ditinggalkan
✓agihkan kepada waris² berhak
✓pastikan bahagian anak bawah umur, waris oku terjamin
✓jangan ada yang termakan hak orang lain
✓jangan bertangguh urus pusaka, pastikan waris berhak dapat manfaat kan harta ( terutama anak yatim)
✓ketahui bahagian masing2 sebelum putuskan untuk lepas hak atau bahagi samarata.
Pening, tak tahu nak mula dari mana?
Perlukan pemudahcara mengurus pusaka?
Hubungi kami segera... rujuk komen.

17/04/2026

Dulu mereka selalu bergurau,
“Kalau kita tak kahwin, kita jaga satu sama lain sampai tua…”
Kini, umur sudah masuk 40-an.
Dua beradik ini masih bersama — saling menjaga, saling bergantung.
Tapi dalam diam… ada satu kegusaran.
Bukan tentang hidup.
Tapi tentang apa yang akan ditinggalkan.
Rumah apartment yang mereka duduki itu,
Beli kongsi bersama,
itulah satu-satunya harta yang ada.
Tempat penuh kenangan, tempat berteduh selama ini.
Namun hari ini,
abang sendiri sudah mula “usha-usha” rumah itu…
bertanya itu ini… seolah-olah ada hak yang menanti.
Hati mereka mula bergetar.
“Kalau ada antara kami pergi dulu…
apa jadi pada rumah ni?”
Mereka bukan tak sayang keluarga.
Tapi mereka lebih takut…
jika harta yang sedikit itu jadi punca perbalahan.
Sedangkan dalam hati,
ada satu niat yang lebih besar…
Mereka ingin rumah itu,
diberikan kepada waris yang lebih memerlukan.
Yang susah, yang tiada tempat bergantung.
Biar harta yang kecil ini…
jadi pahala yang mengalir tanpa henti.
Tapi hakikatnya…
tanpa perancangan,
niat baik pun boleh jadi sia-sia.
Harta tetap akan dibahagi ikut hukum,
dan yang kita hasratkan… belum tentu berlaku.
Kadang kita ingat, “Nanti dulu lah…”
Hakikatnya, masa tak pernah tunggu kita.

✨ Perancangan harta bukan untuk orang kaya.
Ia untuk sesiapa yang ada niat baik,
dan tak mahu tinggalkan sengketa.
Kalau bukan kita yang rancang hari ini,
siapa lagi?



Assalamualaikum wbr, Alhamdulillah, selesai bicara kes harta pusaka arwah ibu saudara sebelah ayah yang meninggal dunia ...
05/01/2026

Assalamualaikum wbr,

Alhamdulillah, selesai bicara kes harta pusaka arwah ibu saudara sebelah ayah yang meninggal dunia awal tahun 2022. Baru bulan November 2025 dapat tahu arwah ada aset tak alih di Kg Kubang Badak, Pasir Mas.

Hari ni saya sendiri menjadi Pempetisyen kerana arwah makcik hanya ada seorang anak perempuan dan tinggal di Shah Alam, Selangor. Maka saya ambil tanggungjawab sebagai Assobah untuk selesaikan kes ini.

Oleh kerana Arwah makcik ada anak perempuan tunggal, maka dari segi hukum syarak, saya dan adik lelaki menjadi waris Assobah dalam hiraki "Anak Lelaki Daripada Saudara Lelaki" Arwah ayah telah meninggal dunia tahun 1986 semasa saya masih menuntut di Politeknik.

Saya dan adik lelaki yang berada di Kuching, Sarawak telah sepakat untuk lepaskan hak faraid 1/2 bahagian secara Takharuj bahagian kepada anak perempuan arwah makcik iaitu sepupu saya kerana beban tanggungjawab kami adalah berat kalau mengambil hak kami. Cukuplah saya menanggung isteri dan anak-anak sahaja dengan status dah bersara.

Urusan pusaka jangan ditangguhkan, lagi lama bertangguh akan bertambah masalah. Memandangkan saya sahaja boleh hadir bicara, kita bawa saksi yang mengenali arwah bagi membantu urusan perbicaraan. Alhamdulillah selesai 10 minit sahaja. Kebetulan Tuan Hakim pon dah kenal kerana banyak kali berurusan sebelum ini di Pejabat Pembahagian Pusaka Pasir Mas.

Kalau memerlukan bantuan urusan pusaka boleh wasap saya di 0107966747...

“Rumah Boleh Jadi Syurga Untuk Keluarga… Tapi Boleh Jadi Punca Derita Jika Suami Pergi Dulu.”Ramai suami fikir,“Asalkan ...
27/12/2025

“Rumah Boleh Jadi Syurga Untuk Keluarga… Tapi Boleh Jadi Punca Derita Jika Suami Pergi Dulu.”

Ramai suami fikir,
“Asalkan ada rumah untuk keluarga, dah cukup.”
Tapi ramai tak sedar — bila suami meninggal dunia, rumah itu bukan automatik jadi milik isteri & anak-anak.
Ia akan masuk dalam pembahagian pusaka.
Akan ada hak waris lain. Akan ada proses yang panjang. Dan kadang-kadang… akan ada perselisihan.

❗ Bayangkan jika rumah itu satu-satunya tempat berteduh
❗ Anak-anak masih kecil
❗ Isteri tiada pendapatan tetap

Bila urusan pusaka tertangguh — isteri boleh jadi hilang tempat bergantung.
Di sinilah pentingnya HIBAH RUMAH.
Dengan hibah:
✔ Rumah terus menjadi milik isteri / anak-anak yang dihibahkan
✔ Tiada perebutan harta
✔ Elak pertikaian antara waris
✔ Waris terdekat masih ada tempat berteduh
✔ Kedamaian keluarga terjaga walaupun suami tiada lagi
Suami yang baik bukan hanya fikir hari ini.
Tapi dia merancang supaya keluarganya selamat walaupun selepas dia tiada.
Kerana kasih seorang suami itu tidak berhenti di alam dunia ❤️
Perlukan konsultasi berkenaan hibah hartanah, sila klik butang wasap.


Address

Wisma UNIKEB
Bangi
43650

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Friday 09:00 - 12:00
14:30 - 17:30
Saturday 09:30 - 12:45
Sunday 09:30 - 12:45

Telephone

+60193326747

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hibah Harta, Urus Pusaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Hibah Harta, Urus Pusaka:

Shortcuts

Share