18/08/2020
Penceraian/ Masalah Rumah Tangga: Kesannya Kepada Emosi dan Tingkah Laku Anak-anak
Dua pengalaman yang amat menyedihkan dan paling menekan perasaan (stressful) dalam kehidupan berkeluarga adalah kematian dan perceraian. Jika pasangan yang bercerai mempunyai anak, keadaan akan menjadi bertambah rumit. Islam memang membenci perceraian meski hal itu dibolehkan.
Mengikut bancian Malaysian Family Life Survey tahun 1984, didapati hampir tujuh peratus pasangan suami isteri bercerai. Kadar perceraian meningkat di kalangan pasangan yang telah lama mendirikan rumahtangga.
Bagi wanita yang baru bercerai, dunianya berubah sama sekali. Dia akan sering berasa kesunyian: kawan-kawan yang biasa mendampinginya mungkin tidak lagi serapat dahulu kerana tidak lagi mempunyai minat yang sama. Dia mempunyai banyak masa lapang dan perlu mencari cara untuk memenuhinya terutama sekali jika dia tidak bekerja. Jika dia mempunyai anak-anak p**a, dia terpaksa menghadapi masalah menjaga dan memenuhi keperluan anak-anaknya tanpa bantuan seorang suami.
Wanita yang bekerja dan mempunyai anak p**a terpaksa memain peranan sebagai seorang ayah di samping tugasnya sebagai ibu dan pekerja pejabat. Tetapi ciri-ciri seorang ayah tidak ada padanya. Tugasnya berat dan mencabar sekali! Seringkali, status ekonominya merosot selepas bercerai menyebabkan dia berasa sugul, marah, kurang yakin pada diri sendiri serta takut menghadapi masa depan. Jika dia tidak bekerja dan hanya mengharapkan nafkah bulanan yang mungkin tidak cukup untuk memenuhi keperluan diri dan anak-anaknya, dia berkemungkinan besar akan menghadapi tekanan emosi.
Kajian-kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak memberi banyak tekanan kepada ibu yang baru bercerai.Jika dia mempunyai bayi dan anak-anak di peringkat prasekolah, dia terpaksa mengaturkan penjagaan bagi anak-anaknya supaya dia dapat bekerja, pergi pasar, kepejabat kadi atau ke tempat-tempat lain yang berkenaan. Dia perlu memastikan bahawa anak-anaknya yang masih bersekolah selesa mengikut pelajaran mereka dan anak-anak remajanya diawasi pergaulan mereka agar berdisiplin dan tidak terjerumus ke dalam kancah aktiviti anti-sosial.
Sambungan di :
Penceraian/ Masalah Rumah Tangga: Kesannya Kepada Emosi dan Tingkah Laku Anak-anak Dua pengalaman yang amat menyedihkan dan paling ...