11/12/2020
PERNAH TAK RASA FRUST SEBAB BELI CADAR FITTED, TAPI TAK FIT PON⁉️
Bukan setakat frust, rasa nak menangis pon ada kadang tu..
Dahla beli mahal, bila pakai longgar, kain p**a jenis bukan kain cotton yang sejuk tu!
Rasa nak block seller tu hingga hujung nyawa‼️
Aa..gitulah kadang rasa marahnya tu,kan..
Tapi nak buat macam mana, telah termeterai suatu transaksi muamalah..
Redha sahajalah mampu..
Ini contoh customer ibu minta ibu alter cadar yang dibeli online..
Besar katanya..
Tilam saiz queen (local), tinggi 8 inci..
Ibu pon periksa punya periksa..
Memang besar‼️
Tinggi cadar 2 kali ganda, lebar tilam dan panjang tilam lebih 1.5inci dari sepatutnya..
Aduduuu..getah p**a kena tarik sendiri waktu pasang..
Dapat bayang tak?
Dahla nak angkat tilam berat ya ampuuunn..
Sambil angkat tilam kena tarik getah??
Uwaaaa..apakahh??
Nangissss dibuatnya..
Kata customer, kain pon lain dari yang diharapkan..
Udahla bukan full cotton, corak pon lain, seller cuma letak gambar sarung bantal, sekali dapat tak sama design dengan cadar..💆
Kecewa bak dirobek2 hatiku..😅
Begitulah perasaannya..kena p**a tambahan duit untuk buat alteration..😭😭😭
Sedih,kan kisahnya?
Begitulahhh..antara sebab ibu buka untuk preorder cadar fitted custom made mengikut saiz tilam masing2..
Maaf ye kadang ibu tanya detail saiz tilam, jenis tilam, local ke IKEA semua sebab ibu nak bagi yang terbaik buat semua..
Kenapa perlu bayar mahal, tapi tak menepati citarasa dan keselesaan⁉️
Tipsnya cuma..
Sebelum ke kedai atau membeli secara online, ukur saiz tilam (panjang x lebar x tinggi)..
Queen kita belum tentu sama dengan queen jiran sebelah ye sahabat2..
Untuk tilam local, kebiasaanya (panjang x lebar) sama, yang berbeza cuma tinggi tilam masing-masing..
Untuk tilam IKEA, saiz (panjang x lebar) berbeza dengan saiz tilam local, begitu juga tinggi tilamnya, bergantung kepada masing-masing..
Pastikan seller sertakan saiz cadar termasuk tingginya sebelum bersetuju untuk membeli..
Kebiasaannya tinggi tilam antara 4 inci, 6 inci, 8 inci, 10 inci, dan 12 inci..
Selain itu, boleh juga tanya jenis kain yang digunakan..
Untuk keselesaan, full cotton adalah yang terbaik..
Sekian info sebelum membeli cadar..
Alah membeli, menang memakai (betul ke idok ntah? 😂)
Kalau tak yakin, boleh order dengan ibu custom made mengikut saiz tilam masing-masing..😘
Haaa..mehla wasap terus!
www.wasap.my/601156675662