BUDI - Connecting Experts

BUDI - Connecting Experts BUDI itu kerja-kerja mengenalpasti petanda-petanda kesakitan bisnes atau Usahawan itu sendiri secara strategik sebelum dihubungkan dengan pakar.

Aku dah penat buat bisnes! kata Azman.Dulu aku ingat buat bisnes boleh keluar dari belenggu hutang. Rupa-rupanya hutang ...
25/03/2018

Aku dah penat buat bisnes! kata Azman.

Dulu aku ingat buat bisnes boleh keluar dari belenggu hutang. Rupa-rupanya hutang makin menimbun. Hampir setiap hari bergaduh dengan Isteri. SMS, surat hutang sampai ke rumah pun dah tak berani buka. Ada surat peguam yang menambah kusut kepala!

Semakin hari semakin serabut. Di mana silapnya? Aku mahu jalan keluar. Aku mahu berbisnes dengan betul.

Berada situasi yang sama dengan Azman?

Nah! Kami bawakan 3 insan dengan cerita pengalaman yang luas dan mahal dalam jatuh bangun bisnes dalam program survical bisnes kali ini:
1. Puan Mahanom Mohammad
2. Tuan Azri Walter
3. YM Tengku Ngah Putra

Juga kami kongsikan apakah punca-punca bisnes tak dapat berkembang dan apakah solusinya? Apa strategi yang betul dalam bisnes?

Macam mana nak daftar?
Terus call atau whatsapp 0194729766 atau ke link berikut untuk maklumat terperinci:

http://bit.ly/survivalbisnes_bangi
http://bit.ly/survivalbisnes_bangi
http://bit.ly/survivalbisnes_bangi

Usah tunggu lagi. Tempat terhad kepada 40 orang sahaja ya.


Baru selesai sesi business diagnos @ BUDI  kepada Usahawan produk penjagaan wanita sebelum set strategi bisnes.
21/03/2018

Baru selesai sesi business diagnos @ BUDI kepada Usahawan produk penjagaan wanita sebelum set strategi bisnes.

"TUAN ROSMI, BISNES SAYA TENGAH NAZAK NI. MACAM MANA NAK BUAT?"Saya terkejut dan terkedu dengan pengakuan Puan Sarah (bu...
06/03/2018

"TUAN ROSMI, BISNES SAYA TENGAH NAZAK NI. MACAM MANA NAK BUAT?"

Saya terkejut dan terkedu dengan pengakuan Puan Sarah (bukan nama sebenar) ketika waktu rehat kelas kewangan dan kelas branding, harta intelek dan marketing kami di Tawau pada bulan Jun 2016.

"Puan mahu bersembang secara private? Di sini ramai orang." Kata saya.

"Ya Tuan. Saya nak jumpa Tuan lepas kelas."

"Baiklah". Sejurus selepas kelas Puan Sarah terus berjumpa saya dan Tuan Syed Bismit.

Saya dan Tuan Syed mendengar luahan dan keluhan Puan Sarah. Kami berdua diam dan dengar dengan teliti.

"Tuan, saya menjalankan bisnes SPA selama dua tahun. Tahun ini tahun kedua. Bisnes saya semakin hari semakin teruk. Jualan semakin hari semakin kurang. Sewa lot kedai untuk SPA saya RM1,500 sebulan. Sewa pejabat RM800 sebulan dan saya gajikan pekerja RM700 untuk jaga SPA."

"Jumlah semua itu sahaja RM3,000. Tak termasuk kos-kos lain. Sekarang sewa SPA dan pejabat sudah tertangguh 3 bulan. Jualan kadangkala tak sampai RM2,000 sebulan.

"Saya terpaksa top up dengan duit simpanan saya. Duit simpanan saya dah habis, saya pinjam duit simpanan suami. Duit simpanan suami pun dah nak habis. Yang tinggal simpanan anak-anak."

Fuh! (kata saya dalam hati) sambil menenangkan Puan Sarah yang sudah berjurai air matanya.

Saya terus berkata, "bisnes Puan dah makan untung, modal dan simpanan Puan dan keluarga. Sebelum bisnes Puan 'makan' Puan dan keluarga, elok Puan EXIT atau berundur dahulu buat sementara ini."

Soalan yang terkeluar dari mulut Puan Sarah selepas itu, "MACAM MANA NAK EXIT?"

Dari kes Puan Sarah itulah tercetusnya program Survival Bisnes yang dilancarkan baru-baru ini di Bahtera 2018 Edisi Timur di Kuantan.

Di sana juga kami perkenalkan sesi BUDI untuk membantu Usahawan yang bisnes atau syarikatnya yang sukar berkembang dan bisnes atau syarikat yang baru bermula yang tidak nampak jalan bagaimana mahu mengembangkan bisnes mereka dengan strategi yang betul.

8 orang Usahawan dari program pertama Survival Bisnes itu telah terpilih untuk mengikuti sesi BUDI pada bulan ini.
=================
Apa itu sesi BUDI?

BUDI adalah singkatan dari perkataan Business Diagnostic. Business Diagnostic itu adalah kerja-kerja mengenal pasti petanda-petanda kesakitan atau potensi kesakitan perniagaan sebelum memahami STRATEGI seterusnya.

=================

Puan Sarah berjaya keluar dari kemelut bisnes beliau. Kami akan kongsikan bagaimana Puan Sarah exit di dalam program Survival Bisnes melalui proses BUDI pada 31 Mac ini di Bangi.

NAK JOIN?

Whatsapp 019 282 9621

Nak cepat lagi klik link di bawah sekarang :
http://survivalbisnes.wasap.my
http://survivalbisnes.wasap.my
http://survivalbisnes.wasap.my

Terhad kepada 50 orang sahaja ya. Silakan share untuk rakan-rakan yang memerlukan.


MENGAPA SURVIVAL BISNES?Program Survival Bisnes tercetus pada tahun 2016 setelah pasukan Brandpose​ Group menganjurkan s...
06/03/2018

MENGAPA SURVIVAL BISNES?

Program Survival Bisnes tercetus pada tahun 2016 setelah pasukan Brandpose​ Group menganjurkan seminar Penjenamaan dan Harta Intelek di seluruh negara melalui program sendiri, program kerjasama dengan Dewan Usahawan Negeri Sabah (DUBNS), Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan juga Dewan Keusahawanan.

Dari survey 500 Usahawan dari seluruh negara yang hadiri kelas tersebut selama 2 tahun, 10% darinya bukan menghadapi masalah Penjenamaan dan Harta Intelek sebaliknya mereka menghadapi masalah mahu bertahan atau survive dalam bisnes.

Program Survival Bisnes adalah program kerjasama yang di asaskan oleh syarikat Brandpose Group PLT (Rosmi Zamzuri), Petaminda Holdings Sdn Bhd (Syed Bismit) Sdn Bhd dan Axpic PLT (Najmi Aliff Che Harun) dengan nama kerjasama BUDI EMPIRE (akan di Sdn Bhd-kan) yang menjadikan BUDI sebagai jenama utama. Survival Bisnes adalah jenama produk di bawah BUDI.

Pengasas Bersama Program Survival Bisnes
Program Survival Bisnes adalah program dibawah jenama BUDI. Pengasas bersama atau Co-Founder-nya (dari kiri ke kanan gambar) termasuk Rosmi Zamzuri (Business Strategist), Syed Bismit (Finance Expert) dan Najmi Aliff (Design Expert).



Sekitar seminar pertama Survival Bisnes di Bahtera 2018 Edisi Timur di Kuantan Pahang.
06/03/2018

Sekitar seminar pertama Survival Bisnes di Bahtera 2018 Edisi Timur di Kuantan Pahang.


Address

B-16-1, Blok B, Bangi Gateway Complex
Bangi
43650

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60192829621

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BUDI - Connecting Experts posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share