08/01/2021
Tahukah Anda?
1. Tabung Haji (TH) tidak lagi menggunakan buku akaun berwarna oren (dan kemudiannya hijau) untuk urusan melibatkan wang simpanan TH. Fungsi kemaskini melalui buku akaun fizikal sudah ditamatkan dan sistem di kaunter TH pun tidak boleh mengemaskini buku akaun seperti sebelum ini. Apa yang akan dibuat oleh pegawai TH di kaunter ialah mencetak sekeping kertas yang menunjukkan baki terkini akaun TH.
2. Para pendeposit digalakkan mendaftar akaun secara dalam talian di portal Thijari untuk urusan melibatkan wang simpanan TH.
3. Pendaftaran akaun Thijari sungguh mudah dan tidak perlu ke kaunter TH. Apa yang diperlukan hanyalah tiga perkara iaitu (1) nombor kad pengenalan (2) nombor akaun TH dan (3) nombor telefon bimbit berdaftar untuk tujuan penerimaan nombor TAC melalui SMS. Setelah nombor TAC diisi, kita hanya perlu mengisi butiran peribadi seperti biasa dan kemudian khalas!
4. Antara perkhidmatan yang tersedia di dalam portal Thijari ialah semakan baki akaun TH, pemindahan wang ke akaun sesama TH, pendaftaran haji dan status giliran haji, pendaftaran akaun Kelab TaHa untuk kanak-kanak dan sebagainya.
5. Tapi fungsi yang paling memudahkan aku ialah untuk menyemak baki akaun terkini aku dan dua anak aku tanpa perlu ke cawangan TH lagi.
6. Meskipun usaha ini agak terlewat berbanding perkhidmatan bank, KWSP dan ASB secara dalam talian, namun inisiatif ini wajar disokong dan dimanfaatkan. Masa yang banyak ekoran pembatalan ibadat haji boleh digunakan untuk menaiktaraf kemudahan dalam talian demi manfaat para pendeposit TH. Ketika aku menunaikan haji pada tahun 2017, aplikasi Thijari hanyalah aplikasi 'cap ayam' yang mengumpulkan artikel-artikel mengenai TH dan ibadat haji.
Kredit : Mohamed Hadi AH