Dapur SimPle

Dapur SimPle Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Dapur SimPle, In-Home Service, Bangi.

05/05/2023

THAI BUTTER CAKE SUPER MOIST & LEMBUT

Bahan²nya
264gm tepung kek superfine (ayak)
1⅓ sk baking powder (ayak)
200gm unsalted butter
200gm gula aising
16g ovalette
245gm telur
105gm susu cair
1sb esen vanilla

Cara²

Dalam mixer satukan butter, gula aising & ovalette hingga putih,gebu & ringan

Masukkan telur sedikit demi sedikit hingga adunan lembut dan gebu.

Kemudian masukkan tepung diselang selikan dengan susu cair..waktu ni letakkan sekali esen vanilla.

Masukkn adunan dalam loyang /aluminium foil dan letakkan loyang saiz 10 inci besar di bawahnya yang dialas tisu basah dan bakar dalam oven

Hentakkan adunan atau gunakan lidi / belakang sudip kayu untuk lorek2kan adunan bagi mengeluarkan gelembung udara dalam adunan tepung.

Bakar suhu 170° selama 45 minit api atas bawah & 20 minit terakhir guna api bawah sahaja.

Kreadit: empunya resepi

🦐Resepi Udang Nestum🦐🦐Bahan:🦐10-15 ekor udang besar 🦐2sb butter🦐8 tangkai cili padi( nk pedas letak lebih)🦐1  tangkai da...
15/12/2022

🦐Resepi Udang Nestum🦐
🦐Bahan:
🦐10-15 ekor udang besar
🦐2sb butter
🦐8 tangkai cili padi( nk pedas letak lebih)
🦐1 tangkai daun kari
🦐Nestum ikut lah nk byak mana
🦐4 ulas bwg putih dicingcang
🦐Maggi cukup rasa secukupnya
🦐Minyak unk goreng udang
🦐Cara2nya:
🦐Gaul udang bersama garam dan sedikit serbuk lada hitam dan tepung jagung
🦐Panaskn sedikit minyak..goreng dan toskan udang
🦐Minyak goreng udang + butter tumis bawang putih,cili padi & daun kari..
🦐Masukkn sedikit maggi cukup rasa
🦐Masukkn Nestum
🦐Dah garing nestum..masukkn udang
🦐Gaul bagi serata
🦐siap unk dihidangkn🦐

🦐Kredit: NollyEpin (FB)🦐

Resepi Cucur Udang🍤🍤...1. 1kg tpg gandum..2. 1 peket mauripan..3. Kunyit serbuk..4. Daun kucai..5. Secubit garam.. 6. Ud...
15/12/2022

Resepi Cucur Udang🍤🍤...

1. 1kg tpg gandum..
2. 1 peket mauripan..
3. Kunyit serbuk..
4. Daun kucai..
5. Secubit garam..
6. Udang xkisah kecik@besar..

Caranya:
Sediakan bekas,masukkan tepung, garam, mauripan, kunyit serbuk masukkn air sikit demi sikit, bancuh jangan terlalu pekat jangan terlalu cair sedang² gitu, kemudian masukkan daun kucai, perap seketika sehingga jadi kembang..
Semasa panaskn minyak rendam senduk sekali supaya tak melekat.. kemudian goreng seperti biasa, siap ✌ selamat mencuba 😘😘

Kredit: Suisan Aliezsha

KACANG GARING GORENG BAWANG PUTIH ● 1 kg kacang tanah yang telah siap dibuang kulit. Ada dijual dipasar raya/kedai runci...
15/11/2022

KACANG GARING GORENG BAWANG PUTIH

● 1 kg kacang tanah yang telah siap dibuang kulit. Ada dijual dipasar raya/kedai runcit. - dibersih dan toskan
● 2 sudu makan baking powder - untuk merangupkan kacang dan cepat garing.
● 4 ulas atau lebih bawang putih - ditumbuk
● 1 - 2 sudu makan ketumbar - ditumbuk
● Garam
● Stock ikan bilis - ( jika s**a )
● Serbuk lada hitam
● Air
● Bawang putih tambahan - dihiris
● Daun kari
● Lada kering - hiris
● Minyak

CARA:
1. Rebus air bersama bawang putih dan ketumbar yang telah ditumbuk. Masukkan bersama baking powder.

2. Dan masukkan juga garam dan kacang tanah. Rebus selama 5 ke 10 minit.

3. Anggaran minit yang dikehendaki, angkat kacang dan toskan. Biarkan sehingga agak kering.

4. Untuk lebih sedap, tambahkan hirisan bawang putih, daun kari dan hirisan cili kering.

5. Masukkan minyak Goreng kacang dengan memainkan api yang sederhana. Setelah agak kuning, angkat dan toskan.

6. Gaulkan bersama stok ikan bilis dan serbuk lada hitam. Terpulang atas masing2 untuk merasakan k

RESEPI MEE REBUS HAJI WAHIDBAHAN-BAHAN :✔ 2 kilo mee kuning, dicelur✔ 1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel✔ 4 bi...
02/11/2022

RESEPI MEE REBUS HAJI WAHID

BAHAN-BAHAN :

✔ 2 kilo mee kuning, dicelur
✔ 1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
✔ 4 biji keledek, direbus dan dikisar
✔ 1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
✔ 3 ulas bawang putih, dikisar
✔ 3 biji bawang merah, dikisar
✔ 1 inci halia, dikisar
✔ 1/2 cawan udang kering, dikisar
✔ 3 batang serai, dititik
✔ 1 inci lengkuas, dititik
✔ 5 sudu makan rempah kari daging
✔ garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
✔ minyak untuk menumis

BAHAN TABURAN TEPUNG UDANG KERING

✔ 1/2 cawan udang kering, dikisar
✔ 80g tepung gandum
✔ ¼ camt serbuk kunyit
✔ garam
✔ air secukupnya
✔ minyak untuk menggoreng
BAHAN HIASAN
✔ tauhu yang digoreng, dipotong kecil
✔ daun sup, dimayang
✔ bawang goreng
✔ telur rebus, dibelah dua
✔ lada hijau, dipotong bulat
✔ taugeh, dicelur
✔ limau kasturi, dibelah dua

=================
CARA-CARA PENYEDIAAN
=================

CARA TEPUNG UDANG KERING
✔ Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata.
✔ Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.
CARA MASAK KUAH
✔ Panaskan minyak dalam periuk.
✔ Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.
✔ Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau.
✔ Masukkan rampah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat.
✔ Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

CARA HIDANGAN.

✔ Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh.
✔ Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.
Okey, selamat mencuba

Air Kelapa Muda & Limau Nipis, Penawar Kencing Manis & Darah TinggiNi petua yang min jumpa hasil perkongsian dari Dayyan...
20/09/2022

Air Kelapa Muda & Limau Nipis, Penawar Kencing Manis & Darah Tinggi

Ni petua yang min jumpa hasil perkongsian dari Dayyan Haadiyyan. Katanya minum air kelapa muda dengan limau nipis baik untuk penderita kencing manis dan darah tinggi., boleh menjadi penawar kepada dua penyakit ini.

Cuba semak macam mana caranya, …

AIR KELAPA MUDA DAN LIMAU NIPIS

BAHAN-BAHAN :

1 biji air kelapa muda1/2 biji limau nipis

MEMBANTU MENURUNKAN BACAAN GULA KENCING MANIS DAN DARAH TINGGGI

CARA MENYEDIAKANNYA :

1. Campurkan sebiji air kelapa muda dengan setengah biji limau nipis lagi masam lagi bagus. Tapi orang yang ada gastrik tak boleh minum masam sangat kan.

2. Minum sehari satu ke dua kali, In Sha Allah bacaan gula kencing manis dan darah tinggi akan turun dan normal kembali.

3. Sebelum minum doa dulu, semoga dengan izin Allah air kelapa muda dan limau nipis ini membantu di dalam masalah kita.

4. Hanya ALLAH SWT yang bisa menyembuh kan segala penyakit tersebut.

Semoga petua ini bermanfaat buat kita semua ye.

TALAM KELEDEK UNGGUBAHAN-BAHAN:Lapisan bawah2 cawan santan pekat1 cawan air1 1/2 cawan tepung gandumSedikit garam2-3 tit...
08/09/2022

TALAM KELEDEK UNGGU
BAHAN-BAHAN:
Lapisan bawah
2 cawan santan pekat
1 cawan air
1 1/2 cawan tepung gandum
Sedikit garam
2-3 titis pewarna violet (ungu)
Kisar sebati dan tuang ke dalam loyang.
kukus selama 20 minit.
Lapisan atas
250g keledek (potong dadu) kukus sehingga masak
2 cawan santan
1 cawan air
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
Pasta keladi
Sedikit garam
Kisar sebati dan tuang atas lapisan bawah.
Kukus selama 20 minit.
Kredit: Niessa Chang

Kek Coklat Kukus 😋👍Senang boh dlm acuan3minit ja kukus..Saya share resepinya..Selamat mncuba..Resepi :3 bj telur1cwn sus...
08/09/2022

Kek Coklat Kukus 😋👍

Senang boh dlm acuan
3minit ja kukus..
Saya share resepinya..
Selamat mncuba..

Resepi :
3 bj telur
1cwn susu
1cwn gula
1cwn susu cair
1cwn minyak masak
1cwm serbuk koko
1cwn air panas
1penutup esen vanila
Cmpur Semua bahan di atas blnder 5 mnt
Sudah sebati masukkan
2cwn tpg gndum
1 sudu teh soda
1sudu baking powder
Sebatikan..
Masuk dlm acuan
Kukus slma 3 mnit

RESEPI RENDANG MAMANSiapa orang Negeri Sembilan terutama kawasan Gemencheh mesti tahu masak apa ni, cukuplah lauk ni sej...
08/09/2022

RESEPI RENDANG MAMAN
Siapa orang Negeri Sembilan terutama kawasan Gemencheh mesti tahu masak apa ni, cukuplah lauk ni sejenis tak mau lauk lain dah.
Oleh kerana ramai juga peminat rendang akak edit semula resepi rendang maman ni, moga bermanfaat untuk semua.
Bahan-bahan:
• 1 ekor ayam
• 1 kg daun maman
• 1 kg santan pekat
• Cili padi ikut kepedasan masing-masing
• 3/4 ketul kunyit hidup
• 7/8 keping asam keping
Cara-cara:
1. Cuci bersih ayam.
2. Asingkan daun maman dengan bunga putih yang lembut kemudian rendam sekejap dan toskan.
3. Blend cili dan kunyit hidup.
4. Kecutkan ayam dengan bahan blend sampai kering.
5. Masukkan santan pekat dan air sama banyak dengan santan.
6. Masak sampai kuah pekat, masukkan asam keping, garam dan perisa akak guna hilal.
7. Agak-agak kuah dah pekat masukkan daun maman, tunggu sampai daun maman mendap baru kaup balikkan. Haha, masa nilah amat penting jangan korang kacam rendang macam kacau dodol plak ek.
8. Slowkan api, tunggu sampai rendang kering sambil kaup balikkan sekali sekali supaya rendang tak hangit.
9. Siap bleh dihidangkan dengan nasi panas-panas/lemang/ketupat palas/ketupat nasi, selamat mencuba.
Resepi: Noriyah Yahya

Resepi Ikan masak berlada Ikan Pari @ Ikan Mayong @ Ikan ParangIkut jer ikan apa yg dirasakan sesuai.Bwg Merah 5 ulasBwg...
01/06/2022

Resepi Ikan masak berlada

Ikan Pari @ Ikan Mayong @ Ikan Parang
Ikut jer ikan apa yg dirasakan sesuai.

Bwg Merah 5 ulas
Bwg Putih 3 ulas
Bwg besar 2 biji
Halia 1 inci
Belacan besar Ibu jari
Kunyit hidup 3 Pcs
Lengkuas sedikit
Blender semua diatas

Rempah biji 1 Sudu besar
Jintan putih 1/2 Sudu besar
Jintan manis 1 Sudu besar
Lada hitam 1 Sudu besar
Sangai dan blender
Campurkan kesemua bahan2 yg diblender tadi dan tumis dgn 2 senduk minyak masak.
Mskkan Serai 2 Batang diketuk2
Masak hingga pecah minyak.
Cili kering 25 tangkai atau lebih - rebus dan blender. Campurkan dgn 2 sudu besar rempah kari ikan @ Kari daging.
Bila bahan2 yg ditumis tadi dah pecah minyak
Mskkan cili yg diblender bersama rempah.
Masak hingga pecah minyak lg sekali.
Mskkan air asam jawa... Agak2 nak pekat atau nak cair mcmana.
Bila kuah didih mskkan 2 Sudu besar kerisik atau Kelapa bakar yg ditumbuk.
Mskkan garam, aji n gula secukup rasa..
Bila kuah didih mskkan ikan...
Mskkan daun limau purut .
Mskkan bendi @ terung yg dipotong2 serong.
Masak hingga didih dan angkat

Credits to papa

https://c.lazada.com.my/t/c.1jpsDo
27/04/2022

https://c.lazada.com.my/t/c.1jpsDo

5Product Info. Touchscreen : English display. Volume : 5 L. Plug : Malaysia 3 pin plug. Rated power : 1500W. Voltage : 220V. Applicable people : for 5-8 people. Warranty : 1 Year Local Supplier Warranty. Highlight. 1. Digital panel control. 2. Automatic power-off. 3. Hot air circulation heating m**h...

Badak berendam (pandan,labu,jagung)Saya share sini la ya,sebab tadi post org lain xbest pulak nanti ☺️Resepi Utk kuihnya...
31/03/2022

Badak berendam (pandan,labu,jagung)
Saya share sini la ya,sebab tadi post org lain xbest pulak nanti ☺️

Resepi
Utk kuihnya 👇
1kg tepong pulut
1 cawan tepong gandum
Pewarna pilihan
Air

🌹Campur semua tepong gaul sebati
🌹Campor pewarna dgn air
🌹Masukkan air sikit2 uli sampai doh sebati,xmelekat di tgn.
📌Utk doh y cantik bila ditekan dia mcm aiskrim y kita cedok tu..arap boleh paham la ya,xpandai nak terangkan 😅
📌Utk labu,rebus dulu,lenyek masukkan dalam tepung,gaul sebati dl baru masukkan air sikit2.
📌Utk jagung saya masukkan pewarna n perasa saja,topping atas baru letak krimer jagung.

Utk inti 👇
2bijik kelapa parut (ini tuk 1kg tepong ya)
2cawan gula merah (boleh lbh kan ikut selera masing2)
2cawan air
Daun pandan
Tepong gandum 2sudu (fungsi tuk mudahkan nak bulat2kan nanti)

🌹Masak mcm biasa inti ketayap tu.
🌹Bila dah agak kering,taburkan tepong gandum,gaul sebati,siap
🌹Dah sejuk,bulat2kan agak2 besar duit 50sen lama tu.

📌Biasanya saya akan buat kuihnya dulu baru buat kuah.
📌Utk buat kuih,sapu tgn dgn minyak masak setiap kali buat,jadi doh x mudah lembek.
📌Boleh bt bnyk2 baru rebus.
📌Dalam air rebusan pun letak minyak dan daun pandan.
📌Masukkan doh y dah siap dalam air y dah mendidih,kena kacau dgn sudu plan2 ya,dia melekat sikit kat bawah.slow2 ja kacau bg xmelekat ja.
📌Nak tau masak ke belum,dia akan timboi maknanya dah masak.
📌Angkat boleh letak dalam dulang/talam atau terus dalam bekas.biarkan kita start bt kuah.

Utk kuah 👇
Santan KARA 500ml
Tepung beras 10 sudu membukit ya
Garam
Daun pandan
3 ½ kotak air (maksudnya masukkan air dalam kotak santan tu)

🌹Masukkan semua dalam periuk,gaul sebati,tepong larut.
🌹Utk awai2 nak bukak api kuat pun boleh,tapi kena sentiasa kacau.
🌹Bila dah mula rasa pekat,slowkan api dan kacau laju2 sikit,supaya x berketoi.
🌹Pastu boleh rasa la,garamnya cukup ke x.
📌Kalau rasa agak pekat,boleh tambah air masak,gaul sebati..
🌹Dah siap,boleh tuang atas kuih tadi.

Slamat mencuba..maaf jika ada kekurangan,saya share cara saya saja.🥰
# kasih group master chef

Address

Bangi
12234

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dapur SimPle posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share