27/06/2022
5 Tips Penjagaan Laptop
1. KURANGKAN PENGGUNAAN BATERI KETIKA MENGGUNAKAN LAPTOP
Hayat bateri laptop boleh dipanjangkan dengan pelbagai cara, salah satunya dengan tidak menggunakan '100% Brightness' selain itu laptop juga boleh disetkan ke mod 'Power Saver'. Charger laptop juga boleh ditutup bila laptop tidak digunakan
Disamping itu periferal seperti CD, external hard disk, we**am dan sebagainya boleh dicabut/ditanggalkan dari laptop jika tidak digunakan kerana barang-barang tersebut juga menggunakan 'power' dari laptop
Menukarkan hard disk drive ke SSD juga turut membantu dalam memanjangkan hayat bateri, ini kerana SSD menggunakan kurang tenaga dari hard disk drive biasa dalam membaca data
2. HATI-HATI BILA MAKAN DAN MINUM DI DEPAN LAPTOP
Letakkan minuman berjauhan dari laptop untuk mengelakkan kemalangan, minuman tersebut mungkin tumpah dan boleh menyebabkan keyboard anda rosak atau lebih teruk, motherboard laptop anda mengalami litar pintas
Elakkan makan didepan laptop, dikhuatiri sisa makanan tersebut boleh masuk ke dalam laptop, ini boleh menarik semut memasuki laptop. Semut tidak memakan wayar sambungan di dalam laptop tetapi boleh menggangu sambungan motherboard jika ia terkena renjatan dan mati di celah konduktor motherboard laptop. Semut yang mati juga boleh menjejaskan prestasi penyejukan laptop
3. GUNAKAN CHARGER KETIKA MENGGUNAKAN LAPTOP DI RUMAH
Ketika di rumah, tukarkan laptop anda ke 'desktop'. Jika laptop anda mempunyai bateri yang boleh ditanggalkan, tanggalkan bateri tersebut dan gunakan laptop anda menggunakan charger. Jika bateri laptop anda tidak boleh ditanggalkan, minimakan pengunaan bateri mengikut Langkah 1.
4. CUCI SKRIN LAPTOP
Bersihkan skrin laptop jika perlu. Off kan laptop. Gunakan kain microfiber yang boleh dapatkan di kedai komputer atau seperti kain yang digunakan untuk mencuci cermin mata. Gosok di permukaan skrin dengan lembut secara bulatan, berikan tekanan sedikit pada tempat yang mempunyai kotoran degil.
Jika kotoran itu masih ada, buat cecair pencuci sendiri menggunakan air suling yang dicampur dengan cuka putih dan di isi di dalam 'spray bottle'. selepas selesai, sembur di kain microfiber dan gosok di kawasan skrin yang masih kotor, tunggu selama 10minit, on kan semula laptop
5. CUCI KEYBOARD
Off kan laptop, terbalikkan laptop dan tepuk secara lembut di bahagian bawah laptop supaya habuk dan sisa makanan dapat dikeluarkan
Jika masih ada kotoran, gunakan 'compressed air' untuk meniup keluar kotoran yang tersekat, selepas itu terbalikkan semula laptop dan tepuk buat kali terakhir untuk mengeluarkan sisa kotoran.