Nasi Musafir Lekker

Nasi Musafir Lekker Pembekal beras istimewa dan stok serbaguna. Penyelesaian kepada nasi arab yang tidak menjadi dan citarasa tinggi. Ianya sedap dimakan walaupun tanpa lauk.

Mungkin anda tertanya-tanya apakah Nasi Musafir Lekker*. Pernahkah anda menikmati nasi mandi di restoran Arab seperti SABA di Cyberjaya? Jika pernah, anda pasti tahu keenakannya dan betapa panjang butir nasi tersebut, berbeza dengan basmati biasa yang digunakan untuk briyani. Nasi Musafir menggunakan "basmati extra long special". Stok Millennium serbaguna p**a memenuhi citarasa orang Melayu, digun

akan untuk memasak nasi, daging, ayam, ikan, sup dan sayur. Harga yang ditawarkan ialah:

1. Beras = RM13/kg
2. Stok Serbaguna = RM25 untuk 500 mL (2-5 kg beras)

Stok serbaguna ini disediakan bila ada tempahan. Jika disimpan di dalam peti sejuk, ia tahan selama 3-4 bulan. Produk kesihatan yang mudah disediakan ini adalah gabungan masakan orang Melayu Cape Town dan Arab, dipasarkan istimewa untuk caterer, peniaga restoran, suri rumah dan musafir dalam kuantiti besar (50kg ke atas) dan kecil. Paket kecil biasa ialah 1kg dan 2 kg. Jika anda peminat nasi arab atau biryani, anda pasti teruja dengan nasi musafir. Terdapat panduan bagaimana hendak memasak nasi dan menggunakan stok serbaguna. Ianya mudah, solusi kepada beberapa masalah menyediakan nasi arab seperti nasi kurang panjang dan melekit, tidak memenuhi citarasa dan lauk tidak lembut. Jika anda sudah berpuas hati dengan nasi arab yang anda sediakan sendiri, mungkin anda tidak perlu mencuba nasi musafir. Ia dicipta untuk mereka yang mempunyai citarasa yang tinggi. Untuk tempahan, sila hubungi Dr. Hani (011-11818655) atau Aina Amalia (018-3850377). Terima kasih atas tempahan awal. Ianya produk Casa de Creative Minds, Bangi. Jika berminat untuk menjadi agen, sila hubungi Dr. Hani.

* Lekker bermaksud "sedap" dalam bahasa Afrikaans. Pembekal pernah tinggal bersama masyarakat Melayu Cape dan mendalami masakan mereka terutamanya biryani dan sup.

Address

Bangi
43650

Telephone

018-3850377

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nasi Musafir Lekker posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Nasi Musafir Lekker:

Shortcuts

Share