Mzmprin

Mzmprin kdai percetakn

14/06/2022

Bantuan RM60,000 Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Golongan Berpendapatan Rendah Tahun 2022

✅ Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia.
✅ Berumur 21 hingga 70 tahun.
✅ Bukan kakitangan Kerajaan atau pesara (termasuk pasangan).
✅ Pemohon dan pasangan belum mempunyai rumah.
✅ Jumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM1,000.00 hingga RM3,000.00 sebulan.
✅ Memiliki tanah sendiri atau tanah milik ahli keluarga terdekat.

Maklumat Lanjut Permohonan 👇🏻
https://www.salamkerjaya.com/2022/06/bantuan-rm60000-bina-rumah-b40.html

Join Telegram Rasmi 👇🏻
t.me/pakejbantuankerajaan

19/07/2021

SUASANA DI KUALA LUMPUR PADA ABAD KE-19

Oleh Saufy Jauhary

Haji Abdullah Hukum (1835-1943) sebagai antara orang yang terawal meneroka Kuala Lumpur, menceritakan keadaan di Kuala Lumpur pada tahun 1850, ketika itu baru sahaja beliau menjejakkan kaki di Kuala Lumpur iaitu sebelum Yap Ah Loy menjadi Kapitan orang Cina di Kuala Lumpur pada tahun 1868. Beliau telah menceritakannya di dalam Riwayat Kuala Lumpur yang disiarkan oleh akhbar Warta Ahad tahun 1935. Cerita beliau:-

"Kuala Lumpur pada masa itu sibuk cara zaman dahulu. Ada dua lorong sahaja, iaitu Java Street (kini Jalan Tun Perak) dan Market Street sekarang (kini Lebuh Pasar Besar), manakala Ampang Street/Lorong Ceti (kini Jalan Ampang) yang ramai sekarang ini masih kolam ikan dipunyai oleh Almarhum Sutan Puasa.

Rumah-rumah kedai masa itu atap bertam dinding pelupuh (buluh) dan orang yang berniaga di situ seperti menjual kain-kain dan makanan semuanya orang Melayu, iaitu bangsa Rawa dan Mendahiling dan ketuaan masa itu ialah Sutan Puasa dan Raja Bilah. Kedua-dua ketua ini mengutip hasil dagangan yang lalu lintas melalui Sungai Kelang atau Sungai Gombak. Adapun cukai timah ialah seringgit sebahara (tiga pikul).

Adapun Setapak sekarang di hulu Sungai Tapak namanya dan Hulu Gombak sekarang Air Panas namanya. Maka Sutan Puasalah yang membuka sawah pada kedua-dua tempat ini. Saya ingat mengambil bahagian mengambil upah membuat tali air di Serambut (Batu Lima Setapak sekarang) dan juga di tempat-tempat lain diupah oleh Sutan Puasa.

Sawah yang dibuka oleh Sutan Puasa itu mudah sahaja. Apabila tali air sudah siap maka orang ramai barang siapa sahaja boleh membuat sawah tetapi syaratnya hendaklah membayar cabut 10 gantang padi pada tiap-tiap seratus gantang (10 peratus) kepada Sutan Puasa apabila habis musim menuai. Kiraan membayar cabut itu tidaklah begitu keras, hanya mengikut pengakuan masing-masing orang yang bersawah sahaja. Pendeknya berapa yang dihantarkan orang kepadanya itulah diterimanya.

Lepas daripada mengambil upah membuat tali air itu, saya melampan di Setapak berkekalan kira-kira tiga tahun lamanya. Masa itu tiada apa-apa huru-hara dalam Kuala Lumpur. Semua orang Melayu tinggal dalam aman dan tetuaan semuanya orang Mendahiling."

CERITA SETELAH TAMAT PERANG SAUDARA SELANGOR (1867 HINGGA 1874)

Haji Abdullah Hukum menceritakan suasana selepas perang di Kuala Lumpur, iaitu setelah tahun 1874:-

"Apakala aman telah tersiar di Kuala Lumpur, maka orang Melayu pun daripada segala bangsa mulai ramai mengambil tanah membuka kebun dan membuat kampung. Di antara tanam-tanaman yang disukai orang pada masa itu ialah kopi dan lada hitam. Orang mulai berladang di Setapak, Hulu Gombak, Batu, Pudu, Petaling dan tempat-tempat lain sekeliling Kuala Lumpur dan saya pun pada suatu hari datang menghadap Raja Laut di rumahnya berbetulan di hadapan sekolah Melayu Gombak Lane sekarang (pada zaman dahulu Kuala Gombak namanya). Adapun Raja Laut itu ialah putera Sultan Muhammad dan ialah jua Raja Muda Selangor.

Kedatangan saya menghadap itu ialah kerana meminta tanah. Raja Laut memberi sepucuk surat kebenaran kepada saya mengambil tanah di Pudu serta dianugerahkannya sepucuk surat lagi menjadikan saya ketuaan dengan gelaran Penghulu Masjid. Oleh sebab itu, ramai orang Kerinchi mengikut saya di Pudu, iaitu tempat yang dinamakan sekarang Bukit Bintang. Duduklah kami di situ dengan aman bertanam sayur, tebu, pisang dan tanam-tanaman lain termasuk seperti sirih dan pokok-pokok yang lekas berbuah manakala di tempat-tempat yang lain ramai orang membuka sawah. Lamanya saya di Pudu rasanya ada kira-kira enam tujuh tahun.

Di antara berbagai-bagai pekerjaan yang telah saya cuba termasuk menjadi nakhoda mengambil upah atau tambang membawa beras dari Kelang ke Kuala Lumpur dengan perahu. Upahnya sekoyan $40. Perahu saya itu ialah buatan Linggi dan pelayaran dari Kelang ke Kuala Lumpur itu selamanya bergalah dan lamanya di antara 10 dan 15 hari tetapi jika musim hujan boleh sampai dalam tiga hari kerana air dalam.

Orang putihnya masa itu ialah Tuan Douglas, Tuan Sawyer dan dua tiga orang lagi. Kepala mata-mata bernama Sarjan Mejar Ahmad dan Sarjan Long orang Melaka. Saya mula-mula berjumpa dengan Tuan Dauglas dan Tuan Sawyer di rumah Kapitan Yap Ah Loy kerana mendengar bicara beberapa orang tertuduh mencuri padi. Bicara itu dibuang sahaja sebab tiada cukup keterangan.

Jalan-jalan keluar Kuala Lumpur belum ada. Orang keluar masuk ikut jalan perahu atau ikut jalan kesan jejak orang. Rumah-rumah kedai Kuala Lumpur atap bertam, tembok tanah liat di Java Street dan di Ampang Street sekarang. Jambatan Java Street itu diperbuat daripada buluh dan tambatan dekat pasar itu diperbuat daripada dua batang kayu tetapi orang putih telah datang, jambatan-jambatan itu diganti dengan papan.

Pada suatu masa Kuala Lumpur telah terbakar, habis jadi abu semua sekali melainkan rumah Kapitan Yap Ah Loy sebab rumah itu jauh tidak dapat disambar api. Sudah terbakar itu diganti balik dengan tanah liat dan atap bertam jua tetapi tiada berapa lama datang p**a bah besar dan rumah-rumah itu habis binasa dan hanyut melainkan satu dua buah. Kemudian daripada bah itu didirikan orang balik rumah-rumah lebih banyak daripada yang telah hanyut itu. Itu pun rumah-rumah yang di Ampang Street terbakar pada waktu siang hari ketika Haji Ali memasak nasi minyak dan kata-kata orang, dari situlah asal api. Sudah terbakar itu rumah-rumah dibangunkan lagi dengan keadaan yang bertambah-tambah banyak dari dahulunya.

Pada masa Raja Mahmud ibnu Sultan Muhammad menjadi penghulu Kuala Lumpur, saya mendapat surat kebenaran membuka kebun di Bukit Nenas, kemudian saya mendapat surat kebenaran daripada Tuan Maxwell dan Raja Laut membuka Sungai Putih, iaitu Bangsar Road sekarang (kini Jalan Bangsar).

Kuala Lumpur semakin lama semakin ramai dan semakin banyak perniagaan di tangan orang Melayu dan rumah-rumah kedai pun banyak dipunyai oleh orang Melayu. Adapun orang yang kaya pada masa itu pada ingatan saya yang terbanyaknya ialah orang Minangkabau, iaitu Haji Abdul Samad, Haji Abdul Majid Panjang, Haji Abdul Samad Panjang, Haji Abdul Samad Kecil, Haji Muhammad Ali, Haji Osman (Imam kemudian Kadi Kuala Lumpur), Haji Zainal Abidin, Hajjah Fatimah bonda Haji Ali (sekarang Pemeriksa Sekolah-sekolah Agama Johor), Haji Abdullah Panjang Hashim, Baginda Kaya Haji Arsyad, Datuk Maharaja. Daripada orang Mendahiling ialah Sutan Puasa, orang Kerinchi Haji Arsyad, orang Melaka Datuk Abdullah, orang Pulau Pinang Che Din, Encik Baki Melaka (mentua Tuan Haji Abdullah Hukum), orang Acheh Haji Salleh dan seorang Linggi dan orang Terengganu Che Soh.

Masjid yang mula-mula sekali didirikan oleh Mentua saya (Encik Baki) di Kampung Melaka (sekarang Masjid Keling atau Masjid Chulia). Masjid ini didirikan oleh pakatan orang Melaka dan orang Melaka jua tukangnya dan segala pegawainya tetapi orang Minangkabau telah mendirikan sebuah masjid lain berbetulan tentang gedung Gian Singh di Java Street sekarang. Disebabkan Masjid Batu ini orang Melayu pun mulai bersinggit. Akhirnya berseteru sebab masing-masing pihaknya hendak mendirikan Jumaat. Masing-masing pihaknya tak mahu beralah malah masing-masing hendak mengalahkan pihak yang lain.

Perseteruan itu semakin merebak dan hampir-hampir akan membangkitkan perkelahian besar. Mujurlah kerajaan campur tangan, iaitu Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Abdul Samad Alam Shah (ninda Sultan Sekarang ini-1935) sedang melawat Kuala Lumpur dengan jalan sungai dan kereta dengan segala alat kebesarannya. Duli Yang Maha Mulia telah memadamkan perseteruan itu dengan titahnya, iaitu sembahyang Jumaat hendaklah bergilir-gilir di antara dua buah masjid itu. Titah itu disambut oleh orang ramai kedua-dua pihaknya dengan sukacita dan kemudian daripada itu perseteruan itu pun padam. Manandakan terima kasih orang ramai apabila Duli Yang Maha Mulia Sultan telah berangkat balik ke Kelang, maka orang pun menghantar persembahan seperti berikut:

Haji Baki seekor kuda putih dan enam ekor kerbau dari Datuk Sati Penghulu Setapak, Mat Saman Penghulu Batu, Haji Kecil Penghulu Petaling, Raja Mas Penghulu Hulu Kelang, Imam Muhammad Penghulu Ampang dan saya.

Pada masa itu saya berkekalan duduk di Sungai Putih dan hutan Bukit Changgi Puteri itu sayalah kepala membukanya dengan orang saya. Ada yang duduk di situ sampai masa ini. Tempoh perintah Tuan Simmon dan pada masa tuan itu mula-mula melawat tempat itu sayalah menunjukkannya. Masa itu penghulunya ialah Encik Ahmad bin Datuk Panglima Garang (sekarang Chief Penghulu Kuala Lumpur)."

Sumber:

1) Kuala Lumpur Dari Perspektif Haji Abdullah Hukum, terbitan Berita Publishing Sdn. Bhd, cetakan 1997.
2) List of roads in Kuala Lumpur: https://en.m.wikipedia.org/wiki/List_of_roads_in_Kuala_Lumpur
3) Gambar: https://vincentloy.wordpress.com/2011/02/15/hard-to-find-old-pics-of-kl/

[Legasi Pemikir - LEKIR]

11/02/2021

KUALA LUMPUR: Pemansuhan kriteria i-Sinar akan membabitkan perubahan kepada sistem, proses dan tadbir urus i-Sinar Online.

28/08/2020

🌺 KESEDERHANAAN BAGINDA RASULULLAH ﷺ 🌺

Kesederhanaan hidup Baginda Rasulullah ﷺ
Insan paling mulia di langit dan di bumi yang dirindukan alam semesta.

Di sebelah timur Masjid Nabawi Madinah, tampak sebuah bangunan yang akan membuat kita takjub, terpesona karena kesederhanaannya. Itulah tempat tinggal Rasul Agung Muhammad ﷺ. Rumah itu sangat kecil dengan hamparan tikar usang dan nyaris tanpa perabot.

Zaid bin Tsabit bertutur, “Anas bin Malik pelayan Rasulullah ﷺ pernah memperlihatkan kepadaku tempat minum Rasulullah ﷺ yang terbuat dari kayu yang keras dan di patri dengan besi. Kemudian Anas berkata kepadaku, ‘Wahai Tsabit, inilah tempat minum Rasulullah ﷺ. Dengan gelas kayu inilah Rasulullah ﷺ minum air, perasan kurma, madu dan susu.” (HR Tirmidzi).

Benda lain yang dimiliki Rasulullah ﷺ adalah baju besi yang biasa dipakai saat berperang. Tetapi tak lama setelah beliau wafat baju besi itu digadaikan kepada seorang Yahudi dengan beberapa karung gandum, seperti yang pernah diriwayatkan Aisyah.

Soal tempat tidur Rasulullah ﷺ, Ummul Mu’minin, Aisyah radhiallahu 'anhu, menggambarkan bahwa suaminya itu tidak tidur di tempat yang mewah. “Sesungguhnya hamparan tempat tidur Rasulullah ﷺ terdiri atas kulit binatang, sedang isinya adalah sabut korma.” (HR At-Tirmidzi)

Hafshah saat ditanya, “Apa yang menjadi tempat tidur Rasulullah ﷺ ?” Ia menjawab, “Kain dari bulu yang kami lipat dua. Di atas itulah Rasulullah ﷺ tidur. Pernah suatu malam aku berkata (dalam hati): sekiranya kain itu aku lipat menjadi empat lapis, tentu akan lebih empuk baginya. Maka kain itu kulipat empat lapis.”

Manakala waktu subuh, cerita Hafsah, Rasulullah ﷺ mengatakan, “Apa yang engkau hamparkan sebagai tempat tidurku semalam?” Aku menjawab, itu adalah alas tidur yang biasanya Nabi ﷺ pakai, hanya saja aku lipat empat. Aku kira akan lebih empuk.” Rasulullah ﷺ membalas, “Kembalikan kepada asalnya! Sungguh, disebabkan empuknya, aku terhalang dari shalat di malam hari.” (HR At-Tirmidzi).

Cerita tentang tempat tidur Rasulullah ﷺ juga pernah menyembabkan Umar bin Khatab menangis. Padahal, Umar bin Khatab terkenal sebagai pemuda yang gagah perkasa sehingga disegani banyak orang baik dari kalangan lawan maupun kawan. 😭😭

Bahkan konon, dalam satu riwayat, Nabi ﷺ menyebutkan kalau setan pun segan dan takut dengan Umar. Kalau Umar sedang lewat di suatu jalan, setan pun menghindar dari jalan yang dilaluinya dan memilih lewat jalan yang lain.

Terlepas dari kebenaran riwayat terakhir ini, yang jelas keperkasaan Umar sudah menjadi buah bibir di kalangan umat Islam. Karena itu, fenomena Umar menangis menjadi peristiwa yang sangat mengherankan.

Mengapa "Singa Padang Pasir" ini sampai menangis? Umar pernah meminta izin menemui Rasulullah ﷺ. Umar mendapati Rasulullah ﷺ sedang berbaring di atas tikar yang sangat kasar. Sebagian tubuh beliau berada di atas tanah. Beliau hanya berbantalkan pelepah kurma yang keras.
“Aku ucapkan salam kepadanya dan duduk di dekatnya. Aku tidak sanggup menahan tangisku,” ujar Umar bin Khattab 😭😭

Rasulullah ﷺ yang mulia pun sampai bertanya kepada Umar, "Mengapa Engkau menangis, wahai Umar?"

“Bagaimana aku tidak menangis, wahai Rasulullah ﷺ. Tikar ini telah menimbulkan bekas pada tubuh engkau, padahal Engkau ini Nabi Allah dan kekasih-Nya. Kekayaanmu hanya yang aku lihat sekarang ini. Sedangkan Kisra dan Kaisar duduk di singgasana emas dan berbantalkan sutera". 😭😭

Lalu Nabi ﷺ berkata, "Mereka telah menyegerakan kesenangannya sekarang juga; sebuah kesenangan yang akan cepat berakhir. Kita adalah kaum yang menangguhkan kesenangan kita untuk hari akhir. Perumpamaan hubunganku dengan dunia seperti orang yang bepergian pada musim panas. Ia berlindung sejenak di bawah pohon, kemudian berangkat dan meninggalkannya," ujar Rasul ﷺ

Baginda Nabi Muhammad ﷺ. hidup dengan sangat zuhud. Seperti dituturkan oleh Aisyah, betapa Rasulullah ﷺ hanya mempunyai dua baju, tidur di atas daun pelepah kurma, perutnya selalu lapar, bahkan pernah diganjal dengan batu, dan sangat sedikit tidur.
😭😭

Rasulullah ﷺ juga mengerjakan sendiri pekerjaan rumahnya, menambal baju sendiri, dan memerah kambingnya sendiri. Seperti itulah pekerjaan keseharian Rasululah ﷺ selalu memenuhi kebutuhan pribadinya secara mandiri, tanpa membebani keluarga atau orang lain. Jika beliau mau tentulah sangat mudah menggantikan pekerjaan itu kepada orang lain, karena beliau adalah kepala rumah tangga sekaligus kepala negeri Arab pada saat itu.

Hanya sesibuk apapun beliau ketika Bilal sudah mengumandangkan adzan, beliau bergegas ke masjid dan menjadi imam. Selama hidupnya belum pernah beliau meninggalkan jamaah di masjid kecuali hari dimana beliau dipanggil menghadap Allah SWT karena sakit.

Bandingkan dengan umat sekarang. Bajunya paling sedikit dua lemari. Dengan berbagai model. Jasnya bertumpuk-tumpuk. Sepatunya berderet-deret semuanya branded. Tidurnya diatas kasur yang import harganya puluhan juta. Bagaimana bisa melaksanakan shalat malam?

Umat sekarang jauh dibandingkan dengan Nabi Muhammad ﷺ. Perutnya buncit-buncit. segala jenis makanan dimasukkan ke dalam perutnya. Halal dan haram menjadi satu.

Rumah Rasulullah ﷺ tampak begitu sederhana, tetapi mengapa kita malah ingin memiliki rumah mewah dan harta yang berlimpah ruah untuk berfoya foya?

Sungguh indah nian perumpamaan Nabi ﷺ akan hubungan beliau dengan dunia ini. Dunia ini hanyalah tempat pemberhentian sementara, hanyalah tempat berteduh sejenak, untuk kemudian kita meneruskan perjalanan yang sesungguhnya. 😭😭😭😭

Semoga ini bisa menjadi cerminan buat kita semua.
Allahumma shalli'ala Sayyidina Muhammad wa'ala alihi wasahbihi wasalam

Wallahu'alam Bissawab

Editor: Alaudin Mufakir Al-Anshary
YouTube: m.youtube.com/alaudinmufakir
Instagram: m.instagram.com/alaudinmufakir
FB Page: m.facebook.com/alaudinmufakirofficial

22/03/2020

TERKINI
Nota Percakapan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.

Semua premis/pelesen dikehendaki mematuhi arahan yang dikeluarkan.

07/03/2020

printing expert

10/02/2020

Address

No 12 Jalan Bb1/3 Taman Banting Baru
Banting
42700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mzmprin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mzmprin:

Share