-Menjual makanan basah dan kering serta makanan ringan
-Proses penyembelihan ayam secara sistematik dan halal
-Perkhidmatan fotostat,printing,laminating,binding,scanner dan faks,pembayaran bil air,letrik,astro.
-Cyber Cafe & Internet
-Penjualan barangan hardware,alat tulis,minyak pelincir kenderaan,alatan menjahit dan barang2 pancing.
-Sewaan pengangkutan:van dan lori
-Pembaharuan roadtax dan lese
n memandu
-Aksesori wanita dan kopiah
-Sewaan PA SYSTEM
-DLL LAGI...
PERATURAN DAN PIAGAM BEKERJA DI SYARIKAT
BOCA GEDE BUSINESS GROUP
Masa/Waktu/Jam:
“PUNCH CARD”
Masa Masuk (syif pagi) : 6.59 pagi – 3.00 ptg
Masa Masuk (syif ptg) : 2.59 petang – 11 malam
Hari Jumaat : 2.30 ptg (syif pagi)
(selepas solat jumaat) : 3.00 ptg (syif ptg)
Waktu rehat maksimum : 45 minit sahaja termasuk solat Zohor/Asar/Maghrib (makan/medang)
Syarat-syarat dan peraturan:
1)Sekiranya ada kecemasan setiap pekerja tidak dibenarkan keluar dalam waktu bekerja tanpa izin daripada pihak pengurusan.
2)Sila laporkan diri di kaunter sekiranya ada kecemasan.
3)Aktiviti-aktiviti sosial seperti jamuan makan malam,ceramah bulanan atau kenduri atau tahlil jumaat tidak diizinkan namun sekiranya ada pengganti atau masuk semula bekerja atau membuat pertukaran syif boleh dipertimbangkan.
4)Sesiapa yang lewat datang kerja mengikut waktu atau masa yang telah ditetapkan elaun kedatangan akan dipotong mengikut kadar berapa kali kelewatan. (1 hari lewat-RM30,3 hari lewat-RM100)
5)Kedatangan harian pula,jika cuti tanpa sebab yang munasabah akan dipotong RM 50.00 sehari dan RM50.00 lagi untuk seterusnya.(GAJI DIPOTONG MENGIKUT HARI)
6)Jika bercuti,diharap dapat memberitahu sekurang-kurangnya sebulan lebih awal atau sekurang-kurangnya 1 minggu. Setiap pekerja diwajibkan untuk mengisi borang cuti yang disediakan. Elaun kedatangan akan dipotong jika tidak memaklumkan kecuali cuti kecemasan yang logik.
7)Pihak majikan berhak mengenakan tindakan serta merta sekiranya pekerja melanggar peraturan
maka akan dipotong elaun dan gaji.Pekerja yang mengambil cuti tanpa sebab atau tidak memberitahu majikan selama 3 hari berturut-turut akan di ambil tindakan disiplin seperti digantung kerja atau mengikut budi bicara majikan.
8)Jika ada rakan sekerja yang bercuti kecemasan harap dapat maklumkan dengan segera dan pekerja syift lain boleh kerja lebih masa (OT).Diharap setiap pekerja dapat bekerjasama dan saling bantu membantu agar setiap pekerja tidak mengikut kehendak sendiri.
9)Tidak dibenarkan pulang atau cuti ½ hari,tanpa kebenaran daripada pihak pengurusan terutama pada hari jumaat dan malam jumaat.(sekiranya ada kecemasan harap maklumkan pada kaunter depan atau rakan sekerja jika hendak pulang)
10)Diharap agar setiap pekerja bersama-sama menjaga kebersihan kedai terutama di tempat letak buah-buahan,sayur-sayuran serta yang lain-lain.
11)Setiap pekerja dimestikan mengemas ikan dan sayur setiap masa iaitu pada waktu pagi-waktu masuk kerja,(tengah hari-lebih kurang 2ptg) - petang (5ptg) dan malam-(sebelum pulang) untuk menjaga kualiti sayur dan ikan.
12)Diharap semua pekerja dapat mengemas sekeliling kedai contohnya tempat sampah,surau dan tandas.
13)Tiada tugas-tugas tertentu,semua pekerja perlu sama-sama menjalankan tanggungjawab kerja dengan ikhlas.
14)Bagi pekerja lelaki dimestikan memakai baju T-shirt syarikat serta berkasut bot.
15)Bagi wanita pula,perlulah memakai uniform kedai yang menutup aurat contohnya tudung labuh,stoking dan kurangkan berhias.
16)Setiap pekerja tidak boleh komen pekerja lain secara terus-terusan tanpa menyedari komen tersebut tidak berasas.Tegur rakan sekerja secara berhemah dan jika tidak berpuas hati lagi bolehlah mengajukan kepada majikan tetapi mestilah berasas.
“Semua pekerja diminta patuh pada arahan penyelia dan pengurusan”
Yang menjalankan tugas; Pihak Pengurus;
................................. ...................................
(AMALINA BINTI NGADIRAN) (AHMAD SUHAIMI BIN SHARIP)