Rezqi Pembangunan Usahawan PUITM

Rezqi Pembangunan Usahawan PUITM PROGRAM USAHAWAN INKUBATOR MALAYSIA

(PUIM) adalah sebuah Program Pembangunan
Usahawan yang bertujuan untuk melahirkan
usahawan - usahawan bumiputera yang berjaya
dengan kerjasama Dewan Perniagaan Melayu
Malaysia Pahang.

*RAHSIA ORANG BERJAYA?*Saya pun tak tahu apa formula sebenar.Saya cuma perasan, ada pattern yang sama di kalangan orang ...
16/03/2022

*RAHSIA ORANG BERJAYA?*
Saya pun tak tahu apa formula sebenar.
Saya cuma perasan, ada pattern yang sama di kalangan orang berjaya.
Pattern ini biasa dipanggil sebagai ‘mental toughness’.
Dalam bahasa Melayu: Ketahanan mental.
Banyak perkara yang saya setuju dengan pattern di atas.
Orang yang berjaya, tak semestinya ada strategi dan taktikal dan terbaik.
Malah, ada di antara mereka mempunyai strategi yang tidak jelas dan sering bertukar-tukar mengikut keadaan semasa.
Tetapi mereka terus berjuang.
Itu dinamakan keupayaan mental yang kukuh.
Bagi strategi dan taktik yang paling power di muka bumi, tapi jika seseorang itu tidak ada keupayaan mental yang kuat...
Mereka tetap gagal.
Mental toughness breed successful people.
Kita selalu dengar orang cakap,
“Nak bina kejayaan dalam hidup, ubah mindset.”
Nasihat di atas paling bahaya sebenarnya.
Nak ubah mindset kepada apa?
Mindset yang macam mana?
Di sini pentingnya mental toughness.
Okay. Next question.
“Macam mana saya nak develop mental toughness dalam kehidupan?”
Ini jawapan yang saya pinjam dari Tony Robbins.
“Clarity is the ultimate certainty.”
Bila kita jelas dengan tujuan hidup kita, kita tahu kita hidup untuk bagi manfaat apa dan untuk siapa, di situ bermulanya perjalanan mental toughness.
Mental toughness susah berlaku jika kita tak ada hala tuju hidup yang jelas.
Orang yang ada mental toughness, letak mereka kat mana-mana, mereka boleh hidup dan bina sesuatu yang orang anggap mustahil.
Mula develop mental toughness dalam kehidupan kita.
Semua ujian yang berlaku dalam hidup, itu adalah proses untuk membina mental toughness.
Salam Kejayaan! 💪🏼

*TIPS TIPS UNTUK PENIAGA ONLINE . SEMOGA BERMANFAAT SEMUA*🔥 BASIC TIPS FB MARKETING🔥1. Penuhkan friends 5k 💓💓💓2.Setting ...
16/03/2022

*TIPS TIPS UNTUK PENIAGA ONLINE . SEMOGA BERMANFAAT SEMUA*
🔥 BASIC TIPS FB MARKETING🔥
1. Penuhkan friends 5k 💓💓💓
2.Setting PUBLIC untuk semua posting, jangan set untuk friend sahaja.
3. Belajar branding diri sendiri, belajar untuk sentiasa engaged dengan fb friends.
Contoh:
◎ Wish selamat pagi, ucapan salam setiap pagi bagi yg baru meniaga online, supaya orang lain sedar kewujudan anda di fb.
◎Share something menarik dekat wall untuk menarik minat orang ramai.
4. Jangan segan &takut untuk beriklan.
Contoh:
◎takut org mengata takde duit sangat sampai meniaga online.
◎takut org cakap asyik2 posting dia je keluar dekat wall.
Buat je, jangan fikir apa orang akan cakap. Itu semua tidak PENTING jika anda nak berjaya.
5. Post iklan anda waktu traffic tinggi
Waktu Post Status Paling Sesuai:-
◎Waktu Pagi : 6.15am - 7.00am (pengguna FB tegar akan login)
◎Masuk Keja : 8.00am - 10.00am (ni yang boleh akses FB di tempat kerja)
◎Lunch Hour : 12.30pm - 2.00pm (sambil tunggu waktu lunch, layan FB)
◎Selepas Lunch : 2.30pm - 3.00pm (layan j*p sebelum sambung kerja)
◎Sebelum Balik : 5.30pm - 6.15pm (tunggu nak checkout)
◎Lepas Isyak : 9.00pm - 12am, kadang2 terlajak 1am - 2am.
🔥❗WAKTU PALING HOT❗🔥
🕙10 pagi
🕛12 tengah hari
🕒 3 petang
🕔 5 petang
🕘 9 malam
🕙10 malam
6. Join group iklan terbesar. Iklan la di sana minimum 6 posting sehari.
7. Mulakan menjual barang yang laku keras yang menjadi viral terkini. Agar mudah; cepat anda pusing modal.
8. Share testimoni pembeli untuk yakinkan pembeli lain .
9.Buat secara berterusan semua di atas anda pasti berjaya.
10. Jangan malu jangan segan ,bertindak cepat anda yang dapat.
👍😊

Sy dah biasa dengan jawapan *SAYA TAK MINAT* sebab tu dah jadi kebiasaan anak bangsa.. kita terus tertinggal ke belakang...
16/03/2022

Sy dah biasa dengan jawapan *SAYA TAK MINAT* sebab tu dah jadi kebiasaan anak bangsa.. kita terus tertinggal ke belakang sebab semua benda yg kita nak buat hanya perkara yang kita minat.. sedangkan banyak perkara yg kita tak minat memberi seribu kebaikan.
Saya juga tak minat nak buang masa beriklan.. mengajak org lain kepada peluang.. tp saya paksa diri saya utk buat dan faedahnya telah beri banyak kebaikan kepada ramai org. Mereka yg pada awalnya tak minat juga sedang berpusu2 bina pendapatan. ALHAMDULILLAH...
Awak akan terus mencari peluang *MENAMBAH PENDAPATAN* tapi awak akan kekal tidak berubah dan tunggu peluang.. saya guarenti..
Saya setia di sini klu minda awak dah nampak apa yg saya nak awak nampak.. Semoga Allah melapangkan hati awak dan membuka rezekinya yg luas utk kita.. pm saya klu awak dah bersedia.. Tq.

Successful people keep moving. They make mistakes, but they don't quit.———————————“If you are not willing to risk the us...
16/03/2022

Successful people keep moving. They make mistakes, but they don't quit.
———————————
“If you are not willing to risk the usual, you will have to settle for the ordinary." - Jim Rohn

TIPS YANG WAJIB ANDA HADAMPROSPEK KATASAYA DAH BANYAK JOIN BISNES CAM NI TAPI TAK MENJADI PUNANDA JAWABBetul kata anda, ...
16/03/2022

TIPS YANG WAJIB ANDA HADAM
PROSPEK KATA
SAYA DAH BANYAK JOIN BISNES CAM NI TAPI TAK MENJADI PUN
ANDA JAWAB
Betul kata anda, saya pun dah banyak buat, ada yang berjaya walaupun taklah sehebat mana dan banyak juga yang gagal, baru nak berjaya syarikat pulak tutup. Join lagi, join lagi, lepas satu, tapi saya tak pernah kecewa dan putus asa bila saya gagal sebab saya kaji kenapa saya gagal, akhirnya saya dapat jawapan bahawa kegagalan saya adalah disebabkan salah saya sendiri bukan kerana orang lain.
Saya tak buat kerja yang mesti saya lakukan, saya lupa bahawa ini bisnes saya sendiri. Saya tak datang preview, meeting, majlis-majlis imu, group support mute terus, kursus langsung saya tak masuk, tak nak ambil tahu sangat tentang syarikat, tentang pengurusan, tentang sistem, tentang produk dan macam-macam lagi yang saya tak nak ambil tahu.
Saya buat pun macam nak tak nak, kej*p buat kej*p tak buat dan satu lagi saya terlalu bergantung kepada orang atas saya. Bila saya dah dapat jawapan kenapa saya gagal, saya buat bisnes yang saya buat sekarang ni betul betul dan saya tak mahu ulangi kesilapan yang saya buat dulu.
Saya percaya kepada satu perkara dalam hidup, rezeki di tangan Allah, kita berusaha sahaja Tuhan yang tentukan. Saya juga berpegang kepada prinsip Jepun kuno,
Janganlah anda takut jika jatuh berjuta kali, tapi anda harus takut jika tidak mampu bangun kembali daripada satu kejatuhan.
Saya rasa kita sama sama ada impian, seperti pegi umrah, hantar parent pergi hj, kereta besar, rumah besar, bebas hutang, kahwin, zakat terbesar, derma sana sini, melancong sana sini, dan macam-macam lagi impian yang tak mampu saya senaraikan semua.
Tak salah anda mencuba sekali lagi, mana tahu mungkin kali ini kejayaan berpihak kepada anda, siapa tahu. tak payah besar-besar, anda mula-mula kecil dahulu, kalau anda yakin tak salah mula dengan modal besar.
Sharing is Caring and Earning Something

16/03/2022
SELOKA MOTIVASI DIRI BERKAIN PELIKAT-Kita dah pelawa, Dia sepi.-Kita dah bagitau, Dia perli.-Kita dah ajar, Dia x peduli...
16/03/2022

SELOKA MOTIVASI DIRI BERKAIN PELIKAT
-Kita dah pelawa, Dia sepi.
-Kita dah bagitau, Dia perli.
-Kita dah ajar, Dia x peduli.
-Kita dah ckp, Dia buat tuli.
-Kita dah senyap, Dia lari.
-Bila nak daftar? Dia tak janji.
-Bila nak start? Tak tau lagi.
-Bila nak kaji? Dia sibuk lagi.
-Bila nak promote? Xde masa lagi.
-Bila nak JOIN??? Tunggu gaji.
-Lepas gaji, Dia sepi lagi.
-Kita tanya? Dia kata tunggu lagi.
-Sebab apa? Gaji tak mencukupi.
-Dah tau susah, Tak sedar lagi.
-Cukup bulan tunggu gaji lagi.
-Orang memberi, Kita hargai.
-Cabaran datang, Kita Hadapi.
-Siang malam, Jangan berhenti.
-Jatuh tersungkur, Bangun lagi.
-Kejayaan bakal menanti.
-Terima kasih daun keladi.
-Saya hanya seloka berisi.
-Kalau pedih mohon mengerti.
-Saya dah penat makan gaji.
-Kita bersama majukan diri
JANGAN ADA TAPI JANGAN ADA NANTI BUAT SAMPAI JADI

Masa depan anda bergantung pada usaha anda sekarang. Kata nak berjaya, tapi tak buat apa-apa.Jika anda masih main-main d...
16/03/2022

Masa depan anda bergantung pada usaha anda sekarang. Kata nak berjaya, tapi tak buat apa-apa.
Jika anda masih main-main dalam lakukan sesuatu, macam mana anda nak capai impian anda?
Sampai bila anda nak duduk diam tengok kejayaan orang lain? Keep moving forward! Boleh ker boleh?

*✨TIADA JALAN PINTAS UNTUK BERJAYA✨*"Jika kita nak dapatkan sesuatu yang belum pernah kita dapat, kita kena buat sesuatu...
16/03/2022

*✨TIADA JALAN PINTAS UNTUK BERJAYA✨*
"Jika kita nak dapatkan sesuatu yang belum pernah kita dapat, kita kena buat sesuatu yang belum pernah kita buat"
Jadikan kegagalan kita yang lepas itu sebagai asbab kepada kejayaan kita akan datang... InshaAllah.
✨Masa itu baru kita tahu betapa pentingnya 'mesti berani gagal' untuk menuju kejayaan✨
Kita mesti sentiasa istiqamah dalam melakukan sesuatu perubahan yang lebih baik kerana kejayaan adalah perubahan.
Semoga Pesanan ini bermanfaat untuk kita semua😊✨

*⚡8 Sifat Persamaan yg Ada Pada Semua Orang Yang Berjaya⚡**1.Passion (Minat Yang Mendalam)*Karakter orang Berjaya yang p...
16/03/2022

*⚡8 Sifat Persamaan yg Ada Pada Semua Orang Yang Berjaya⚡*
*1.Passion (Minat Yang Mendalam)*
Karakter orang Berjaya yang pertama adalah melakukan sesuai yang dia cintai.
Ataupun sesuatu yang ada didalam hatinya. Sesuatu yang sangat dekat dengan dirinya. Sesuatu yang dapat membangkitkan tenaga apabila dia lakukannya. Sesuatu yang dia sanggup lakukan walaupun secara percuma.
*2.Work (Bekerja)*
Orang yang Berjaya, akan bekerja untuk mencapai impiannya. Bukan sekadar bekerja untuk kelangsungan hidup. Malah dia sangat sukakan kerja yang dilakukan, kerana kerja tersebut dilakukan dengan sepenuh hati. Kerja bukan dianggap sebagai kerja, tetapi kerja adalah hobi, jika itu adalah perkara yang kita cintai atau perkara yang kita miliki minat yang sangat mendalam.
*3.Fokus*
Orang yang Berjaya adalah orang yang mampu dan berupaya untuk memberikan
fokus kepada apa yang dia kerjakan ataupun ke atas perkara yang dia telah putuskan untuk lakukan. Dia meletakkan sepenuh komitmen ke atas sesuatu perkara yang telah dipilih ini.
*4.Push (Pandai Menolak dan Mendesak Diri Sendiri)*
Orang yang Berjaya mempunyai kekuatan dalam untuk menolak dirinya atau mendesak dirinya untuk mencapai matlamatnya. Perkara inilah yang tidak dimiliki oleh orang yang tiada matlamat untuk Berjaya.
Semestinya apa yang mempengaruhi perkara ini adalah keinginan yang kuat dan sebab Kenapa kita mesti capai impian kita? Jika kita tidak mampu menolak diri kita, adalah sukar untuk kita Berjaya di dalam hidup.
*5.Idea*
Orang Berjaya adalah orang yang berani menjadikan ideanya sebagai satu realiti. Dia berani bertindak dan sangat percaya dengan idea yang dia miliki
tersebut. Semua yang hebat pada hari ini bermula dengan 1 idea pada suatu masa
dulu. Lampu, kereta, kapal terbang, komputer dan banyak lagi.
*6.Persist (Istiqomah atau Teruskan Berjuang)*
Orang yang Berjaya tidak akan berhenti pada halangan, tidak akan mengalah pada keadaan. Dia akan teruskan sehingga selesai perjuangan tersebut.
*7.Serve (Sentiasa Memberikan Khidmat)*
Orang yang Berjaya akan sentiasa berfikir :
Bagaimana aku boleh membantu menyelesaikan masalah orang ramai?
Apa khidmat yang aku boleh berikan?
Dengan memberikan perkhidmatan yang orang mahukan, menyelesaikan
masalah orang lain, kita akan menemui kepuasan di dalam apa yang kita
lakukan, sekaligus ini dapat membantu perjalanan ke arah kejayaan kita.
*8.Improve (Sentiasa Menambahbaik)*
Orang Berjaya tidak pernah puas dengan pencapaian ataupun kejayaan yang
dicapainya. Dia akan sentiasa menambah baik, mencuba sesuatu yang baru, mencabar had diri sendiri, sentiasa bergerak walaupun berjingkit-jingkit.
Umpama mengayuh basikal, jika kita berhenti, kita akan terjatuh. Begitu jugalah perjuangan kita ke arah kejayaan.

Tips bagi yang bekerja tetapi buat part time bisnes. Senang je. Lupakan yang anda ada gaji. Anggap je anda bisnes full t...
16/03/2022

Tips bagi yang bekerja tetapi buat part time bisnes. Senang je. Lupakan yang anda ada gaji. Anggap je anda bisnes full time.
Lepas kerja, bisnes betul betul. Sabtu ahad cuti am bisnes betul betul. Cari gaji harian. Sebab bila fikir ada gaji bulanan la buatkan kita bisnes main main. Tak bersungguh. Suam suam taik unta.
fikir fikirkan

Address

Batu Caves
68100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rezqi Pembangunan Usahawan PUITM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share