Misi Batu Caves

Call Directions Website Contact the business

Misi Batu Caves 💥💥Wow!!! Kini anda semua boleh membeli dan menjual di Apps Misi delivery dengan harga kedai..💞

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami akan ...
28/09/2026

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ
“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami akan kembali.”

Makluman - YAB Tun Dr Siti Hasmah Binti Mohamad Ali, , telah meninggal Dunia sebentar tadi pada 28/09/2026 @ 0920hrs di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

Warga Selayang dan sekitar memang pemurah ,, Ramai rider Misi kita dapat tips. Moga dimurahkan rezeki dan dipermudahakan...
16/09/2026

Warga Selayang dan sekitar memang pemurah ,, Ramai rider Misi kita dapat tips. Moga dimurahkan rezeki dan dipermudahakan urusan untuk semua.

https://www.facebook.com/share/p/17vArirAfM/

Kalau customer dah bayar RM5 untuk delivery, kenapa dia nak tambah tips lagi? Sebab ada customer yang memang menghargai rider. Dekat Labuan, rider cerita dekat kita upah penghantaran Misi dah RM5, tapi ada customer tambah lagi sampai jumlahnya RM10. Cuba bayangkan perasaan rider dapat order macam tu.

Sebelum Misi masuk dekat Labuan, ada rider dekat platform lain dapat sekitar RM3 lebih untuk hantar sampai 4 kilometer. Kena tunggu makanan, keluar minyak, hadap panas hujan. Itu yang rider dekat sana cerita. Bila ada Misi, diorang nampak peluang untuk dapat bayaran yang lebih adil.

Tapi diorang faham, customer kena rasa berbaloi juga. Sebab tu rider-rider dekat sana sepakat jaga order Misi. Biar pickup lancar, makanan dijaga dan customer senang berurusan.

Sampai order Misi boleh berkembang walaupun masa tu tak nampak banyak beg kuning. Yang hantar pesanan tu rider dengan macam-macam warna beg. Diorang sama-sama bantu naikkan Misi sebelum kita datang bawa beg-beg Misi lagi.

Customer p**a dapat makanan harga kedai dan tahu duit delivery tu 100% untuk rider. Bila diorang puas hati, diorang order lagi. Ada yang tambah tips untuk hargai rider. So jangan terus anggap customer tak nak bayar lebih. Ada yang sanggup, bila diorang faham dan servis kita jaga.

Kepada rider di setiap kawasan seluruh Malaysia, inilah peluang yang kita nak korang nampak. Dekat Misi, kita nak lebih ramai rider dapat peluang mencari rezeki dengan bayaran yang adil. Kita dah sama-sama usahakan benda ni dekat Labuan dan banyak kawasan lain. Sekarang, jom kita naikkan Misi dekat kawasan korang p**a.

Jaga tiga benda ni:

1. Hari-hari online Misi bila keluar bekerja.

2. Jaga pesanan dari pickup sampai ke tangan customer. Uruskan dengan lancar supaya diorang puas hati.

3. Jaga komunikasi. Bagitahu kalau ada masalah dan bantu customer rasa senang berurusan.

Tips tu ikut customer. Tapi lebih ramai pelanggan yang puas hati dan datang balik boleh membantu menambah peluang order untuk rider. Jom sama-sama naikkan Misi dekat kawasan korang. Kita nak lebih ramai rider dapat rasa penat bekerja tu berbaloi dengan duit yang dibawa balik.

https://www.facebook.com/share/1CFxkGF7FR/
09/09/2026

https://www.facebook.com/share/1CFxkGF7FR/

KENYATAAN RASMI

Misi
9 September 2026

Misi Sasaran Serangan Siber Berniat Jahat — Orang Ramai Diminta Berwaspada

Misi ingin memaklumkan kepada pengguna dan orang awam bahawa syarikat kami kini menjadi sasaran serangan siber berniat jahat oleh pihak tidak bertanggungjawab, yang turut melibatkan penyebaran maklumat mengelirukan di media sosial.

1. Sifat serangan ini

Berdasarkan dapatan siasatan dalaman kami, tindakan ini merupakan serangan yang dirancang dan berniat jahat. Kami berpendapat tujuan tindakan ini bukanlah untuk menjual data pengguna Misi, sebaliknya untuk menjatuhkan reputasi Misi sebagai sebuah syarikat tempatan.

2. Dapatan siasatan teknikal kami

Pasukan teknikal kami telah menjalankan siasatan terperinci dan mengesan corak tindakan pihak berkenaan:

Pihak tersebut menggunakan pelayan persendirian maya (VPS) bagi menyembunyikan identiti sebenar — satu tindakan yang jelas menunjukkan niat untuk mengelak dikesan.
Dalam salah satu percubaan tersebut, pihak berkenaan telah secara tidak sengaja mendedahkan maklumat peribadinya kepada sistem kami.
Kesemua rekod aktiviti dan bahan bukti telah dipelihara dengan sewajarnya untuk tindakan undang-undang.

3. Aktiviti mencurigakan di media sosial — amaran kepada orang ramai

Kami telah mengenal pasti individu yang dipercayai terlibat di media sosial, yang kini secara aktif mendesak orang ramai memasukkan maklumat peribadi mereka ke sebuah laman sesawang yang mencurigakan.

Kami menasihatkan orang ramai supaya jangan sesekali melayari atau memasukkan sebarang maklumat peribadi ke laman sesawang tersebut.

Pihak berkenaan dipercayai berniat jahat dan tindakannya amat mencurigakan. Laman sesawang tersebut tiada kaitan langsung dengan Misi, tidak dikawal selia oleh mana-mana pihak berkuasa, dan berkemungkinan digunakan untuk mengumpul maklumat peribadi orang ramai bagi tujuan yang tidak diketahui.

Ingat: Misi tidak akan meminta pengguna memasukkan maklumat peribadi, kata laluan atau kod OTP di mana-mana laman web selain saluran rasmi kami.

4. Dakwaan berkaitan versi aplikasi lama

Berhubung dakwaan mengenai analisis ke atas aplikasi Misi, kami mengesahkan bahawa versi yang dianalisis adalah versi lama yang sudah tidak lagi digunakan. Kesemua kunci akses (API key) dan konfigurasi berkaitan versi tersebut telah dikemas kini dan tidak lagi boleh digunakan untuk mencapai sistem kami.

Dakwaan yang cuba menggambarkan sebaliknya adalah tidak tepat dan mengelirukan.

Pengguna dinasihatkan sentiasa menggunakan versi terkini aplikasi Misi daripada Google Play Store atau Apple App Store sahaja.

5. Keselamatan sistem Misi

Sistem Misi kekal selamat untuk digunakan. Pasukan teknikal kami sentiasa memperkukuh keselamatan platform secara berterusan, termasuk:

Kawalan capaian yang diperketat merentas keseluruhan sistem;
Perlindungan penyulitan (encryption) ke atas maklumat sensitif;
Kunci akses dan kelayakan sistem yang dinilai semula dan dikemas kini;
Pemantauan keselamatan yang diperhebat secara berterusan.

Tiada aktiviti mencurigakan dikesan ke atas sistem kami sejak langkah pengukuhan ini dilaksanakan.

6. Tindakan undang-undang

Kami memandang perkara ini dengan amat serius. Kesemua dapatan siasatan kami akan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, dan kami turut melaksanakan proses pemberitahuan kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) selaras dengan kehendak undang-undang.

Kami akan memberikan kerjasama penuh kepada semua pihak berkuasa yang terlibat bagi membantu siasatan sehingga selesai.

Misi tidak akan berkompromi dalam melindungi pengguna dan integriti perkhidmatan kami. Memandangkan perkara ini kini dalam proses siasatan, kami tidak dapat memberikan butiran lanjut buat masa ini.

Pihak Pengurusan
Misi

Selayang ni kawasan yang memang tak pernah sunyi. Dari pasar borong sampai kawasan perumahan, semuanya bergerak awal dan...
09/09/2026

Selayang ni kawasan yang memang tak pernah sunyi. Dari pasar borong sampai kawasan perumahan, semuanya bergerak awal dan bergerak laju. Dalam Misi, kekuatan Selayang bukan pada satu bahagian saja.. vendor ramai, rider ada, servis pun semakin banyak dan komuniti mula terbentuk. Penggunaan hujung minggu turut meningkat. Bila semua bahagian ni bergerak serentak, barulah sebuah kawasan boleh jadi ekosistem yang betul-betul berguna.

- Founder Misi

https://www.facebook.com/share/p/19CiHLkoA3/
09/09/2026

https://www.facebook.com/share/p/19CiHLkoA3/

Selayang ni kawasan yang memang tak pernah sunyi. Dari pasar borong sampai kawasan perumahan, semuanya bergerak awal dan bergerak laju. Dalam Misi, kekuatan Selayang bukan pada satu bahagian saja.. vendor ramai, rider ada, servis pun semakin banyak dan komuniti mula terbentuk. Penggunaan hujung minggu turut meningkat. Bila semua bahagian ni bergerak serentak, barulah sebuah kawasan boleh jadi ekosistem yang betul-betul berguna.

Bukan sekadar hantar makanan je tau! 🛵💨​Sekarang Misi Delivery dah perkemaskan servis. Tak kira la barang kecil naik mot...
03/09/2026

Bukan sekadar hantar makanan je tau! 🛵💨

​Sekarang Misi Delivery dah perkemaskan servis. Tak kira la barang kecil naik motosikal ke, atau barang besar muatan lori, semua kami boleh uruskan! Lebih pantas, selamat, dan mudah untuk anda.

​Nak hantar barang niaga atau dokumen penting? Serahkan je pada Misi Delivery! 📦✨

https://www.facebook.com/share/1BAc21swes/
02/09/2026

https://www.facebook.com/share/1BAc21swes/

Salah satu feature menarik dalam app Misi, sape tak baca sampai hujung dia rugi. Ini duit percuma dari Misi untuk awak semua. Di dalam app Misi ada komuniti lokal yang boleh buat posting macam Group Facebook kawasan.
Hanya orang yang duduk dalam kawasan tersebut sahaja boleh post dalam area tersebut. Contoh kalau awak orang Puncak Alam tapi nak post di komuniti Labuan.. tak boleh ya.. Korang kena pergi labuan, barulah boleh post..
Supaya komuniti lokal ni hanya orang dalam kawasan sahaja boleh post.. tapi orang luar boleh baca dan komen sahaja.. Tujuan saya design komuniti begini supaya setiap kawasan lebih teratur dan boleh bina POV lokal dengan lebih terkawal.
Lepas tu setiap posting tu korang boleh tag vendor, bisnes, service atau homestay.. orang boleh klik dan terus masuk page tersebut utk order atau booking..
Ok ni bahagian yang paling menarik.. apabila korang buat post.. sistem akan detect berapa likes yang korang dapat.. setiap 10 Likes, korang akan dapat 1 User referral baru by sistem..
Referral user tu adalah sumber income korang.. setiap pembelian diorang di app Misi.. korang akan dapat 1% income..
So buatlah posting menarik untuk kawasan korang.. jumlah referral korang boleh check di profile masing2 ok..

Address

Jalan Len Omnibus
Batu Caves
68100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Misi Batu Caves posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Misi Batu Caves:

Shortcuts

Share