27/09/2022
“Saya adalah Suri Bisnes Ana Edar…”
Alhamdulillah hari ni team Ana Edar berpeluang belajar tentang macam mana nak buat konten dalam
kelas How To Be The Best Content Writer oleh Puan Nani Yaacob dari Secret Marketeer Creative Solutions.
Kelas ni sebenarnya adalah untuk bantu team Ana Edar untuk sebarkan kebaikan dan ilmu dengan konten-konten yang best, menarik dan bermanfaat.
Dan yang paling penting konten tu mestilah dapat bagi ilmu, inspirasi, dan kebaikan kepada pembaca atau penontonnya.
Di bawah Ana Edar ni ada banyak company lain dan juga ada banyak produk, tapi kadang-kadang kebaikan produk ni tak dapat disebarkan sebab tak tau nak buat konten yang betul..sedih kami rasa..sebab tu kami nak upgrade cara kami buat konten.
In Shaa Allah, selepas kelas ni, team -team Ana Edar akan lebih komited untuk buat konten yang dapat bagi manfaat kepada orang ramai.
Training ni jugak adalah cara Ana Edar untuk upgrade kemahiran team.
Sebab memang jadi passion Ana Edar, sebuah syarikat yang dah hampir 40 tahun wujud ni, untuk jadikan teamnya mahir dan pakar dalam bidang yang mereka buat…barulah best dan barulah lebih membina insan.
So, dalam sesi hari ni jugak, team belajar macam mana nak buat testimoni dan kami terpikat dengan ayat Puan Azura yang mengaku beliau ialah Suri Bisnes Ana Edar.
Best cerita puan Azura..macam mana perjalanannya buat bisnes dari zaman dia kerja sampai
lah dah full time jadi Usahawan Ana Edar..
Next time kami share apa cerita best dari Puan Azura ni eik..
Selamat malam semua.. In Shaa Allah jumpa esok..