Siti Amaliyah

Siti Amaliyah Perunding Kewangan Islam

Alhamdulillah TV Al-Hijrah datang ofis INFAQ Consultancy
27/01/2026

Alhamdulillah TV Al-Hijrah datang ofis INFAQ Consultancy

Terima kasih wartawan TVAlhijrah yang sudi bertandang ke pejabat saya, INFAQ Consultancy untuk menemuramah berkenaan cadangan kerajaan untuk wujudkan Insurans Rahmah.

Berikut antara beberapa point daripada interview semalam

1. Pastikan ia adalah takaful, bukan insurans konvensional. Ia seiring dengan usaha pembangunan Malaysia Madani yang digagaskan oleh PMX

2. Sebelum ini sudah ada MySalam, jadi produk takaful rahmah ini sepatutnya berbeza.

3. Saya cadangkan ia fokus kepada "medical card", atas beberapa faktor.

4. Hospital kerajaan semakin sesak, jadi dengan adanya medical card rahmah ini dpt mengurangkan kesesakan di hospital kerajaan.

5. Selain itu, kos medical card dan perubatan semakin tinggi, jadi kewujudan medical card Rahmah ia boleh meringankan beban rakyat.

6. Konsep seumpama ini sudah diusahakan oleh CUEPACS melalui produk Ceupacs Care, bayaran yg rendah tidak sampai seratus untuk cover medical card sekeluarga tapi ia hanya utk kakitangan awam.

7. Jadi, jika konsep CEUPACS CARE ini diperluaskan kepada masyarakat umum melalui medical card rahmah adalah lebih bagus.

8. Selain medical card rahmah, saya juga cadangkan produk takaful rahmah yg cover semua manfaat seperti kematian, sakit kritikal dan lumpuh dalam satu produk dgn harga yang betul-betul rahmah, dan berbaloi supaya lebih ramai rakyat yang melanggan.

9. Kesedaran takaful rakyat Malaysia terutama orang Islam masih rendah. Buktinya penebusan takaful hanya sekitar 17% sahaja sekalipun sudah hampir 20 tahun industri ini di Malaysia.

10. Kesedaran kewangan juga masih rendah di Malaysia, buktinya kajian menunjukkan bahawa majoriti rakyat tidak ada wang simpanan. Apabila berlaku krisis, ramai berharap wang KWSP.

11. Justeru dengan adanya takaful rahmah ini dpt memberi kesedaran yang lebih meluas di kalangan rakyat.

12. Ada juga ditanya semalam, mungkinkah usaha takaful rahmah ini bakal mengganggu perniagaan ejen takaful? Saya katakan tidak, malah ia memudahkan ejen takaful apabila ramai rakyat sedar kepentingan takaful.

13. Sekarang ini pun sudah ada takaful yang boleh di langgan melalui KWSP atau direct dengan syarikat, tapi peranan ejen tetap berfungsi kerana produk dan manfaat yang ditawarkan oleh tenaga ejen adalah berbeza.

14. Di akhir interview, besar harapan saya agar usaha ini berjaya dan memberi manfaat kepada rakyat dan bukan sekadar gimik politik atau mengkaya syarikat insurans dan takaful sahaja.

Afyan Mat Rawi, IFP

26/01/2026
Ramai keluarga muda merasakan mereka sudah cukup dilindungi kerana pernah mengambil polisi sebelum berkahwin atau di awa...
26/01/2026

Ramai keluarga muda merasakan mereka sudah cukup dilindungi kerana pernah mengambil polisi sebelum berkahwin atau di awal perkahwinan.

Hakikatnya, kehidupan kita berubah seiring masa, dan perlindungan juga perlu berkembang bersama perubahan itu.
Dulu kita hanya bertanggungjawab ke atas diri sendiri.

Kini ada pasangan, ada anak kecil, dan ada komitmen bulanan yang perlu diurus. Dalam keadaan ini, persoalannya bukan lagi sekadar “ada atau tiada polisi”, tetapi sama ada perlindungan tersebut benar-benar mencukupi untuk sebuah keluarga.

Kos rawatan hari ini semakin meningkat. Hospital, ubat-ubatan dan rawatan susulan memerlukan perbelanjaan yang besar. Jika medical card yang dimiliki mempunyai had tahunan yang rendah atau tidak meliputi penyakit kritikal, risiko kewangan akhirnya terpaksa ditanggung oleh keluarga sendiri.

Siti Amaliyah
INFAQ Consultancy

Address

Batu Caves
68100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Siti Amaliyah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share