Azzpro Bersatu Consulting

Azzpro Bersatu Consulting 'Kami menyediakan perkhidmatan HR secara Outsource termasuk Perkhidmatan Gaji sehingga ke Payslip.

Anda juga boleh mendapatkan pakej gabungan gaji dan perkhidmatan pemfailan yang disertakan dengan perkhidmatan pengambilan dan pengurusan HR,

HARI KELEPASAN AM TAMBAHANSEKSYEN 8, Akta Hari Kelepasan 1951Majikan wajib mematuhi pengisytiharan 15 September ini seba...
23/07/2025

HARI KELEPASAN AM TAMBAHAN
SEKSYEN 8, Akta Hari Kelepasan 1951

Majikan wajib mematuhi pengisytiharan 15 September ini sebagai cuti kelepasan am tambahan sempena sambutan Hari Malaysia.
Ada 3 cara yang majikan boleh pilih :

βœ…Majikan boleh memilih untuk memberi cuti hari kelepasan am tambahan tersebut dan membayar gaji biasa

atau

βœ…mengarahkan pekerja hadir bekerja dan membayar gaji mengikut kadar hari kelepasan am

atau

βœ…Majikan juga boleh memilih memberi gantian cuti pada hari lain sekiranya pekerja dikehendaki bekerja pada hari kelepasan berkenaan.

Ketiga-tiga cara di atas tidak salah dan dibenarkan. Yang salahnya jika majikan gagal memberi salah satu dari 3 perkara diatas.
Undang-undang sedia ada jelas, kegagalan ini boleh dikenakan denda, kompaun dan lebih berat lagi adalah tindakan dari mahkamah.
Jom sertai Program Bimbingan Pengurusan Pekerja Di Institut Keusahawanan Negara

Klik link dibawah untuk daftar:
https://www.insken.gov.my/mini_hrc_2502/
We Care, We Help & We Make It Easy
Doktor HR Anda
Expert Panel NOSS

π’π„π‘πˆπ”π’ ππ€πŠ 𝐔𝐑𝐔𝐒 ππ„πŠπ„π‘π‰π€ 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐓𝐔𝐋?Bila bisnes mula berkembang, cabaran sebenar bukan lagi pada produk. Tapi pada cara...
15/07/2025

π’π„π‘πˆπ”π’ ππ€πŠ 𝐔𝐑𝐔𝐒 ππ„πŠπ„π‘π‰π€ 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐓𝐔𝐋?

Bila bisnes mula berkembang, cabaran sebenar bukan lagi pada produk. Tapi pada cara kita mengurus manusia. Staf yang datang dengan harapan, emosi dan tanggungjawab.

Ramai usahawan tahu ambil pekerja. Tapi tak semua tahu cara urus dengan betul. Akhirnya, bisnes yang terkesan.

Jika anda mahu kukuhkan sistem pengurusan pekerja, inilah ruang untuk belajar, faham dan dibimbing secara tersusun.

πŸ“ πˆππŽπ‡, ππ„π‘π€πŠ
πŸ“… πŸπŸŽβ€“πŸπŸ 𝐎𝐠𝐨𝐬 πŸπŸŽπŸπŸ“

𝐉𝐨𝐦 𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫: https://www.insken.gov.my/mini_hrc_2502/

π‘±π’‚π’…π’Šπ’π’‚π’‰ π’–π’”π’‚π’‰π’‚π’˜π’‚π’ π’ƒπ’†π’“π’Šπ’π’Žπ’–,
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐒𝐧 πˆππ’πŠπ„π!

Monday Blues?Kami di ABC hanya tahu "Monday Blue" sahaja.Jangan letakkan dalam mindset kita. Kalau kita letakkan sampai ...
07/07/2025

Monday Blues?

Kami di ABC hanya tahu "Monday Blue" sahaja.

Jangan letakkan dalam mindset kita. Kalau kita letakkan sampai ke petang la mood "Monday Blues" akan melekat dalam kepala.

Percayalah, sampai ke petang la kita akan rasa terpaling sibuk dan akan membawa ke down...

Jadi, don't you ever create your own problem..

We Care, We Help & We Make It Easy
Doktor HR Anda
Expert Panel NOSS

WORK LIFE BALANCE : HAK ATAU ALASAN?β€œKerja kena seimbang. Kena ada work-life balance.”atau"Kerja saya banyak sangat, sam...
27/06/2025

WORK LIFE BALANCE : HAK ATAU ALASAN?

β€œKerja kena seimbang. Kena ada work-life balance.”
atau
"Kerja saya banyak sangat, sampai burn-out"
Itu antara ayat yang sering disebut oleh pekerja generasi baru.
Sebagai Majikan, saya percaya keseimbangan hidup dan kerja itu penting. Manusia bukan robot. Kita perlukan masa untuk keluarga, kesihatan dan diri sendiri.
Tapi…
Keseimbangan bukan bermaksud mengelak tanggungjawab.
Bukan bermaksud kerja asal boleh.
Bukan bermaksud sekadar datang kerja.
Bukan bermaksud waktu kerja boleh santai santai
Bukan juga bermaksud masuk lewat, pulang awal dan tugasan tidak siap.
Work-life balance bukan alasan untuk tidak berusaha.
Kerja banyak dalam waktu kerja tu memang patutlah sebab waktu kerja, dah tu masa bilanya waktu kerja tak de kerja.. takkan dalam waktu kerja nak santai-santai je ke?

Bila kerja dilakukan dengan ikhlas, amanah dan disiplin, barulah "life" di luar kerja terasa lebih bermakna.
Work-life balance bukan tentang kurang bekerja. Ia tentang bijak mengurus masa dan komitmen.
We Care, We Help & We Make It Easy
Doktor HR Anda

Menyantuni kehadiran majikan untuk sesi perbincangan. Kerjasama yang sangat baik dari majikan juga dapat membantu kami b...
24/05/2025

Menyantuni kehadiran majikan untuk sesi perbincangan. Kerjasama yang sangat baik dari majikan juga dapat membantu kami bagi mengurangkan masalah yang dihadapi majikan.

Orang yang bahagia adalah orang yang menyelesaikan masalah. Apabila berdepan cabaran hidup, mereka akan berfikir cara menghadapi dan menyelesaikannya. Mereka tidak membiarkan masalah membelenggu hidup.

Dengan menjadi penyelesai masalah, kita secara tidak langsung akan membina keyakinan diri dan kebolehan untuk mencapai impian.

Inginkan perkhidmatan HR secara Outsource?
Hubungi kami untuk sessi rundingan dan perbincangan.
http://bit.ly/AzzProHR
http://bit.ly/AzzProHR

We Care, We Help & We Make It Easy

"Kami bukan orang luar, kami adalah rakan strategik."Sebagai rakan strategik kami sekadar bantu kerja anda selesai tapi ...
20/05/2025

"Kami bukan orang luar, kami adalah rakan strategik."
Sebagai rakan strategik kami sekadar bantu kerja anda selesai tapi bantu anda rasa tenang, yakin berurusan dan yakin buat keputusan.
Sebagai rakan strategik bukan sekadar urus gaji & cuti tapi kami membantu urus risiko, bina sistem dan menjaga reputasi syarikat.
Sebagai rakan strategik bukan buat kerja untuk anda. Tapi bersama anda, untuk capai matlamat yang lebih besar.
Sebagai rakan strategik HR, banyak perkara akan jadi lebih teratur.
βœ“ Struktur kerja lebih jelas
βœ“ Fail pekerja lengkap
βœ“ Compliance audit pun lulus tanpa isu
βœ“ Majikan pun makin yakin bila buat keputusan
Outsource HR bukan bermakna kita serahkan segalanya. Ia bermakna kita bekerjasama membina syarikat dengan lebih bijak.
Masih anggap HR outsource tu cuma β€œservis luar”? Mungkin dah tiba masa tukar perspektif.
πŸ“ž Team Azzpro Bersatu Consulting sedia jadi rakan strategik HR untuk syarikat anda.
Hubungi kami untuk sessi rundingan dan perbincangan.
http://bit.ly/AzzProHR
http://bit.ly/AzzProHR
Hotline ABC : 03 8657 7928
We Care, We Help & We Make It Easy
Doktor HR Anda
Expert Panel Noss

PEKERJA BERHENTI TIDAK CUKUP NOTIS ATAU BERHENTI 24 JAM ATAU HILANG TANPA KHABAR BERITAKadang-kadang kita sering mendeng...
19/05/2025

PEKERJA BERHENTI TIDAK CUKUP NOTIS ATAU BERHENTI 24 JAM ATAU HILANG TANPA KHABAR BERITA

Kadang-kadang kita sering mendengar majikan berhentikan pekerja serta merta. Pekerja tak berpuas hati lalu membuat aduan ke JTK.
jadi, apakah tindakan yang majikan boleh ambil ke atas pekerja jika pekerja yang berhenti dengan notis 24 jam?
Majikan boleh failkan kes dibawah seksyen 69 (2) (iii).

Majikan juga boleh tahan baki gaji, jika ada untuk kontra sebagaimana dibenarkan dibawah seksyen 24 (9) (b) Akta Kerja 1955.

Kami di ABC menguruskan perkhidmatan pengurusan pekerja yang mana membantu majikan memahami hak-hak majikan dan tak lupa juga membantu majikan untuk menjaga hak-hak pekerja.
Inginkan perkhidmatan HR secara Outsource?
Hubungi kami untuk sessi rundingan dan perbincangan.
http://bit.ly/AzzProHR
http://bit.ly/AzzProHR

We Care, We Help & We Make It Easy

13/05/2025

CARA KAMI URUSKAN HR

Di Azzpro Bersatu Consulting, kami percaya pengurusan HR yang berkesan bukan sekadar kerja atas kertas tetapi melibatkan pemahaman menyeluruh terhadap operasi, pekerja, dan budaya kerja klien.
Penjelasan awal kepada majikan adalah perkara utama untuk difahami baik dari segi penetapan struktur kerja dan pendekatan yang telus dan profesional.
🀝 Kerjasama antara Azzpro Bersatu Consulting dan majikan bukan sekadar khidmat tapi komitmen untuk bantu majikan urus tenaga kerja dengan lebih strategik dan patuh undang-undang.

Inginkan perkhidmatan HR secara Outsource?
Hubungi kami untuk sessi rundingan dan perbincangan.
http://bit.ly/AzzProHR
http://bit.ly/AzzProHR

We Care, We Help & We Make It Easy

13/05/2025

MASALAH KEHADIRAN

Apabila kita menyebut tentang disiplin pekerja, sudah pastinya kita tidak mahu mereka hadir lewat, hilang sewaktu bertugas, memberi alasan yang tidak munasabah yang boleh mengganggu operasi Syarikat.
Kita lantik pekerja untuk bekerja dengan kita, tapi kita yang bekerja dengan mereka.
Oleh itu, pelaksanaan polisi Syarikat amat penting untuk dengan 3 perkara di bawah :
FAHAM
Pekerja perlu faham dengan jelas supaya tidak timbul sebarang salah faham antara Pekerja dan Syarikat.
SETUJU
Kesemua perkara yang tercatit di dalam Polisi Syarikat, perlulah dipersetujui dan pekerja perlu menandatangani sebagai tanda persetujuan.
PATUH
Setelah faham dan setuju dengan polisi, perkara terakhir adalah mematuhi polisi tersebut. Sekiraya tiada 3 gabungan ini, apa yang akan dirancangkan tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan baik.
Inginkan perkhidmatan HR secara Outsource?
Hubungi kami untuk sessi rundingan dan perbincangan.
http://bit.ly/AzzProHR
http://bit.ly/AzzProHR

We Care, We Help & We Make It Easy
www.azzprobc.com

PART 6 : PENTING KE HR? Mari kami kongsikan apakah antara kesilapan Majikan sewaktu sesi kaji selidik atau proses mengen...
10/05/2025

PART 6 : PENTING KE HR?

Mari kami kongsikan apakah antara kesilapan Majikan sewaktu sesi kaji selidik atau proses mengenal pasti pemasalahan Majikan.
PENAMATAN PERKHIDMATAN

Pekerja hantar surat tarikh pada akhir bulan dan maklumkan hari ini adalah hari terakhir mereka. Sedangkan itu adalah notis 24 jam. Dan Majikan berhak menuntut bayaran ganti notis. Sebab katanya, surat berhenti tu pekerja letak tarikh kebelakang (backdated) sebulan.

Majikan tidak mengeluarkan surat penerimaan perletakan jawatan.

Kes lain, ada pekerja yang terus hilang dari radar 2 hari berturut turut dan Majikan pun diamkan diri tanpa mengeluarkan apa-apa surat. Kemudian, Majikan menerima surat jemputan dari JTK yang mengatakan bahawa Majikan telah membuang pekerja tanpa notis dan tiada bukti yang dapat dinyatakan oleh Majikan, akhirnya terpaksa membayar kepada pekerja yang bermasalah tadi.

Ramai pemilik perniagaan kecil tidak yakin dalam menguruskan fungsi HR, dan ramai yang tidak menyedari atau tidak menguatkuasakan undang-undang pekerjaan penting yang mempengaruhi perniagaan mereka.

Inginkan perkhidmatan HR secara Outsource?
Hubungi kami untuk sessi rundingan dan perbincangan.
http://bit.ly/AzzProHR
http://bit.ly/AzzProHR

We Care, We Help & We Make It Easy
Doktor HR Anda

PART  5 : PENTING KE HR? Mari kami kongsikan apakah antara kesilapan Majikan sewaktu sesi kaji selidik atau proses menge...
09/05/2025

PART 5 : PENTING KE HR?

Mari kami kongsikan apakah antara kesilapan Majikan sewaktu sesi kaji selidik atau proses mengenal pasti pemasalahan Majikan.

PENGIRAAN GAJI
Hasil semakan kami, masih ramai majikan yang tidak menyediakan laporan gaji bulanan secara lengkap. Ramai hanya simpan penyata gaji individu (itu pun jika ada), malah ada yang sekadar catat dalam buku nota sahaja.
πŸ“Œ Perlu diingat: Pihak berwajib seperti JTK, KWSP, PERKESO, dan LHDN biasanya akan meminta laporan gaji bulanan yang lengkap sekiranya berlaku sebarang isu berbangkit.

Lebih membimbangkan, ada yang:

✍🏼️Kira gaji ses**a hati, tolak ikut s**a.

✍🏼️Bayar kerja lebih masa berdasarkan kemampuan, bukan kadar undang-undang. Kononnya "flat rate".

✍🏼️Hanya mencarum KWSP tetapi tidak mencarum PERKESO, alasannya pekerja dah diberi insurans nyawa.

✍🏼️Hanya mencarum PERKESO, tetapi tidak KWSP, dengan alasan β€œtidak mampu”.

✍🏼️Tidak mencarum SIP kerana kononnya β€œtidak tahu” apa itu SIP.

✍🏼️Mula mencarum hanya selepas pekerja disahkan jawatan – katanya nak pastikan pekerja kekal.

✍🏼️Tidak mencarum langsung sebab kononnya pekerja sendiri yang β€œtak nak”.

❗ Ingatlah:
Sama ada KWSP, PERKESO atau SIP, caruman wajib dibuat mulai hari pertama pekerja mula bekerja. TIADA alasan yang boleh diterima untuk tidak mencarum.

Undang-undang sedia ada jelas, kegagalan ini boleh dikenakan denda, kompaun dan lebih berat lagi adalah tindakan dari mahkamah.
Inginkan perkhidmatan HR secara Outsource?
Hubungi kami untuk sessi rundingan dan perbincangan.
http://bit.ly/AzzProHR
http://bit.ly/AzzProHR
We Care, We Help & We Make It Easy
Doktor HR Anda

Address

C-01-02 & C-01-03, Emerald Avenue, Jalan PS 11, Prima Selayang
Batu Caves
68100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Azzpro Bersatu Consulting posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Azzpro Bersatu Consulting:

Share