02/01/2014
Salam semua,terima kasih yang bertanya dan admin rasa hampir keseluruhan mesej sudah dihantar..Di kesempatan ini tidak terlambat rasanya admin mengucapkan selamat tahun baru 2014 kepada semua..
Ok,berbalik kepada tujuan asal admin menulis adalah kerana ingin menyampaikan dan berkongsi serba sedikit tentang guangzhou..
Untuk pengetahuan semua, masa yang tidak sesuai ke guangzhou adalah pada tahun baru china,hari kebangsaan china dan canton fair..
A)Tahun Baru China:-
kebanyakkan kedai memang akan tutup pada waktu ini kerana mereka memang merayakan tahun baru china seperti hari raya
B)Hari Kebangsaan China:-
Berlaku pada 1-7 Oktober setiap tahun..tanggal 1-3 oktober selalunya kedai memang tutup
C)Canton Fair
Berlaku antara bulan april dan May serta Oktober dan November...apa itu canton fair bleh baca di sini http://www.cantonfair.net/..tapi serba sedikit tentang canton fair ialah harga hotel akan melambung naik dan kalau tak bernasib baik tak akan dapat hotel..
So,kepada anda semua,buatlah sedikit research dan banyak bertanya..akhir kata semoga tahun 2014 merubah kehidupan kita ke arah yang lebih baik
It's no wonder that the Canton Fair 2014(The 115th China Import and Export Fair) in Guangzhou has already become a must see for all those looking for business success in China.