Lets eat

Lets eat We are a seller of food products from The Byskuts Empire (Lets eat & Arisha Cookies) and CUCKOO Multicooker. Delivery is available. Charge by location.

We look forward to have business with you. Have a nice day!

RESEPI kuih Kaswi Paling SedapBahan-bahan untuk resepi kuih kaswi :2 cawan tepung gandum1/2 cawan tepung ubi3/4 cawan gu...
31/07/2023

RESEPI kuih Kaswi Paling Sedap
Bahan-bahan untuk resepi kuih kaswi :
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
3/4 cawan gula
1 cawan gula merah atau gula perang
5 cawan air
3/4 sudu teh kapur makan dicampur 3 sudu makan air
Gunakan cawan metrik untuk s**atan yang tepat
Bagi penggemar kuih kaswi,memang kena cuba resepi kaswi yang ini.Rasanya yang lembut dan bergoyang , disalut p**a dengan kelapa muda memang membuka selera.Yang bestnya, bila dah sejuk tetap lembut kuih kaswi ni.
Cara-cara penyediaan kuih kaswi bergoyang ini :
#1: Daripada 5 cawan air , panaskan sekejap 2 cawan air untuk larutkan gula dan gula perang.Bila semua dah larut,tapis dan sejukkan.
#2: Dalam bekas yang besar, masukkan air gula dan baki air tadi bersama dengan bahan -bahan yang lain.Kacau sebati dan barulah dimasukkan air kapur yang telah dicampur air.
Jangan terlebih guna air kapur.Nanti kuih akan rasa pahit dan juga keras.
#3: Didihkan air dalam pengukus dan alas pengukus dengan kain tuala untuk elakkan air menitik ke atas permukaan kuih yang akan dikukus nanti.Oles acuan dengan sedikit minyak masak dan barulah dituangkan adunan kuih.

Bagi penggemar kuih kaswi,memang kena cuba resepi kaswi yang ini.Rasanya yang lembut dan bergoyang , disalut p**a dengan kelapa muda memang membuka selera.Yang bestnya, bila dah sejuk tetap lembut kuih kaswi ni.
#4: Kukus dengan api sederhana selama 30-40 minit bergantung kepada saiz loyang yang digunakan.Bila dah masak, sejukkan terlebih dahulu barulah dipotong.
#5: Gaulkan potongan kuih kaswi ke dalam kelapa muda yang diparut beserta sedikit garam dan gula jika s**a. Kami s**a tak letak apa-apa sebab kuih nya dah cukup manis.
Sedapnya dimakan kan untuk hidangan minum petang.Selamat mencuba resepi kuih ni.

kredit: to owner recipe

04/11/2022
24/10/2022

KUAH DHAL HOMEMADE.

Bahan²nya :

1/2 cawan kacang dhal (pilih yang kuning kecil cepat empuk.Rebus separuh empuk ye)
1sd serbuk kunyit
1 cawan pati santan
1 sdb asam jawa
2 biji ubi kentang -potong kiub
1 batang lobak merah -potong kiub
2 biji terung -potong kiub
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Sedikit air

Bahan² untuk tumis darat :
5 biji bwg merah - dihiris
2 biji bwg putih - dihiris
Beberapa tangkai cili kering potong dua
1sd biji sawi
Myk masak @ minyak sapi
Daun kari

Cara²nya :

1. Masukkan kacang dal separuh masak, ubi kentang dan lobak merah didalam periuk.Tambahkan air dan masak sehingga semua bahan lembut.Tambahkan juga sedikit serbuk kunyit (untuk bagi kaler kuah cantik)

2. Masak sehingga kacang dal hampir hancur dan kuah sedikit memekat.Air jangan terlalu banyak nanti kuah cair.Jangan juga terlampau sedikit.Agak² ye.

3. Masukkan terung.Agak² terung dah lembut masukkan p**a pati santan, air asam jawa, sedikit garam dan serbuk perasa.Kemudian tutup api.

4. Didalam kuali lain p**a, masukkan sedikit minyak masak sapi.Tumis bahan² tumis darat tadi sehingga agak garing dan naik bau.Kemudian masukkan bahan² tumis tadi (sekali minyak) keatas kuah dal yang siap dimasak awal tadi.Kacau sebati.Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba.

11/10/2022

Stok pekasam baru masuk...
Rm10 shj sebekas.
Tinggal ikan terbol & ikan campur sahaja.
Boleh wasap untuk COD:
🌸www.wasap.my/60102308834/PEKASAM
🌸www.wasap.my/60102308834/PEKASAM

Tq support kami ❤️❤️


Kek Cheese Leleh versi blander je. Ni guna kaedah kukus ye.. Bahan2*2 biji telur gread A1 cawan tepung gandum*1/2 cawan ...
05/10/2022

Kek Cheese Leleh versi blander je. Ni guna kaedah kukus ye..

Bahan2
*2 biji telur gread A
1 cawan tepung gandum
*1/2 cawan gula (saya kurangkan)
*2 sudu susu pekat
*1sb ovalate
2sb susu tepung
1sk baking powder
1sk soda birkabonat
*1sk esen vanilla (saya guna perisa vanilla)
1/4 cawan minyak masak

Cara2
Blander bahan bertanda* hingga putih gebu.
Ayak tepung,baking powder dan soda birkabonat
Satukan adunan yg dah blander gebu tadi bersama bahan ayak. Masukkan susu tepung.
Last skali letak minyak masak dan gaul sebati
Tuang adunan dalam aluminium foil atau loyang. Guna bekas aluminium kecil tu kukus dlm 20@25 minit je. Guna loyang 40minit atau hingga masak.

Topping
150g cream cheese
1 cawan whipping cream
1/2 cawan susu pekat

Cheddar cheese diparut secukupnya

Blander sampai sebati je. Jangan lama2 ok.
Bila kek dah sejuk, belah kek kepada 2 bahagian. Letak topping sedikit ditengah pastu tutup balik baru tuang habis topping tadi. Last skali boleh tabur cheddar cheese (beqa yg sedap) simpan 1 jam di peti sejuk pastu duduk depan peti tunggu. Ok boleh ngap 😆

Adunan ni ngam untuk loyang saiz 6 sahaja. Loyang besar double kan adunan.

Kredit Resepi : Aisyah Kenang

Resepi kek sarang semut🐜Gula 1 cawan🐜Air panas 1 cawan🐜Mentega 1/2 cawan🐜Telur 4 biji🐜Susu pekat manis 1/2 cawan🐜Tepung ...
04/10/2022

Resepi kek sarang semut

🐜Gula 1 cawan
🐜Air panas 1 cawan
🐜Mentega 1/2 cawan
🐜Telur 4 biji
🐜Susu pekat manis 1/2 cawan
🐜Tepung gandum 1 cawan
🐜1 sudu besar soda bikarbonat

🐜Masak gula sampai keperangan kemudian masukkan air panas sedikit demi sedikit sampai sebati. Masukkan mentega kacau sampai sebati..sejukkan🐜
🐜Pukul Telur campur susu pekat manis. Masukkan tepung&soda bikarbonat. Kemudian campur gula perang yg dah suam2x. Kacau sebati.Tuangkan bahan tadi ke dalam acuan yg dah dioles dengan mentega siap dibakar@dikukus. Bila dh naik bau cucuk dgn lidi@garpu kalau x melekat dah masak🐜

Kredit resepi, Roslina muda

Sup Tauhu Telur, Lauk kegemaran anak-anak. Cepat, ringkas & sedap 😋Bahan-bahan:Tauhu telur - goreng dengan minyak yang b...
03/10/2022

Sup Tauhu Telur, Lauk kegemaran anak-anak. Cepat, ringkas & sedap 😋

Bahan-bahan:

Tauhu telur - goreng dengan minyak yang betul² panas

Bawang putih - cincang

Serbuk lada hitam

Udang / isi ayam

Sos tiram - anggaran 2 sudu besar

Cendawan shimeji / fresh sh*take

Lobak merah - hiris halus memanjang

Daun sup - hiris

Tepung ubi - bancuh dengan sedikit air (kalau nak ganti dengan tepung jagung pun boleh

2 biji telur - pukul dengan garfu

Garam

Serbuk perasa (kalau s**a)

Cara-cara:

1. Tumis bawang putih dengan sedikit minyak. Masukkan udang / ayam dan serbuk lada hitam

2. Masukkan sos tiram, air dan cendawan.

3. Bila sudah mendidih, masukkan lobak merah dan perasakan dengan garam. Sambil kacau kuah sup tuang bancuhan tepung ubi. Jangan sampai bergentel

4. Masukkan tauhu yang sudah digoreng.

5. Perlahankan api, tuangkan telur yang sudah dipukul tadi secara lingkaran (maksudnya jangan tuang setempat)

6. Biarkan dalam dalam beberapa saat. Tutup api kemudian baru dikacau. Tujuannya supaya telur tu nampak seperti bertali.

7. Akhir sekali baru tabur daun bawang dan kacau rata.

Kredit Resepi : siti zanariah khalit

01/10/2022

“All you need is the plan, the road map, and the courage to press on to your destination.” —Earl Nightingale

✅ Vanilla Custard frosting: Ingredients :2 large whole Eggs1 cup Thickened/heavy/whipping/All purpose cream1/4 cup Granu...
28/09/2022

✅ Vanilla Custard frosting:

Ingredients :

2 large whole Eggs
1 cup Thickened/heavy/whipping/All purpose cream
1/4 cup Granulated white Sugar (optional) You can add more or less
250 Condensed Milk
1/2 tbsp Vanilla extract
1/4 tsp Salt

DIRECTIONS :

In a bowl, mix eggs and condensed milk.

On medium speed with your hand or stand mixer, beat the egg mixture for about 2 minutes.

Strain the egg mixture into a saucepan.

Add the cream, sugar and salt.

Stir to mix and turn the stove on medium heat.

Keep stirring till frosting becomes thick. Its up to you if you want your frosting thin or thick.

Once the frosting has thickened, add the vanilla extract and mix again.

Remove from heat and let the frosting cool down down completely or use it straight way.

✅ Caramel Custard Frosting Recipe

Ingredients

3 large Egg yolks
1/2 cup Fresh or evaporated milk
3 tbsps Cornstarch / Corn flour
3/4 cup Granulated white sugar
1/4 cup Hot water
1 cup Fresh or evaporated milk
1/4 cup Salted Butter (cold)
1 tsp Vanilla extract

Directions :

In a bowl, beat egg yolks.

Add the milk and mix well.

Add the cornstarch / corn flour and mix well until you see no more lumps. Set aside.

Turn the stove on medium-high heat.
In a saucepan, melt the sugar until it caramelized.

Once sugar has caramelized, add the hot water and mix well.

Add the milk, mix and turn the heat down to medium-low

Add and strain the eggyolk mixture and continue mixing using your spatula.
Simmer and continue mixing untill frosting has thickened.

You can simmer it longer if you want your frosting thicker than the one I made.

Once the frosting is done, remove from the heat and strain immediately.

Add the cold butter pieces and mix well until butter has completely melted.

Add the vanilla extract, mix well and let the frosting cool down completely.

Credit:baking (to owner)

24/09/2022

Ikan pekasam air tawar ready stock..rm10 saja 1 bekas. Untuk COD boleh Pm kami.klik butang wasap dibawah

Address

Batu Caves
68100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lets eat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share