15/10/2026
Pemandu BYD Didakwa Hari Ini, Kes Kemalangan Enam Kenderaan Korbankan Kanak-Kanak Lima Tahun
KUALA LUMPUR: Pemandu kereta BYD yang terlibat dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Jalan Kuching sehingga mengorbankan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, dibawa ke Mahkamah Majistret Trafik Jalan Duta pagi ini untuk menghadapi pertuduhan.
Kes berkenaan mendapat perhatian ramai susulan tragedi yang meragut nyawa kanak-kanak itu serta kejadian kemalangan yang melibatkan beberapa kenderaan.
Perkembangan lanjut berhubung pertuduhan terhadap pemandu berkenaan dijangka diketahui selepas prosiding mahkamah berlangsung.