12/03/2016
720 dpi vs 1440 dpi. Yang Mana Satu Pilihan di Hati?
--------------------------------------------------------------------
Mari mulakan dengan apa itu dpi? Dpi ialah singkatan bagi 'Dots per Inch' (bilangan dot per inch) adalah ukuran percetakan ruang atau video ketumpatan dot, khususnya bilangan bilangan titik (dot) yang boleh diletakkan dalam sebuah baris berukuran 1 inci
1 inci = 2.54 cm
Secara mudahnya lebih banyak jumlah dot dalam satu 1 baris, lebih jelas dan tepat gambaran yang dicetakkan dalam sebuah banting atau banner. Dpi yang lebih tinggi membolehkan cetakan gambar yang lebih terang dan berkualiti.
Jadi yang mana perlu jadi pilihan saya 720 dpi atau 1440 dpi?
Biasanya, cetakan 720dpi menjadi pilihan pengguna atas tujuan-tujuan berikut:
1. Budget - harga cetakan yang lebih murah 'per square inch'
2. Tujuan sebaran umum secara meluas - lebarkan wilayah dengan memasang banting dan banner diserata negeri
3. Kualiti cetakan yang tidak perlu high definition - sesetengah design yang dihasilkan tidak memerlukan cetakan kualiti yang terlalu tinggi, cukup pembaca dapat melihat mesej dalam banner atau banting
Manakala, cetakan 1440dpi mempunyai kelebihan dan penggunaan yang berbeza
1. Kualiti imej yang lebih baik - pembaca biasanya dapat membaca mesej menerusi cetakan 1440dpi pada jarak yang lebih jauh
2. Lebih menarik perhatian - cetakan 1440 dpi lebih menarik perhatian kerana cetakannya yang 2 kali ganda lebih jelas dari 770dpi.
3. Mesej lebih jelas - Penggunaan cetakan 1440dpi juga lebih mudah dibaca. Imej daripada banner/banting pada dpi yang lebih tinggi lebih cepat ditangkap oleh otak berbanding dpi yang lebih rendah. Jadi cetakan 1440dpi biasanya lebih mudah mendapat respon berbanding cetakan 770dpi
Jadilah pengguna dan pemasar yang bijak. Sebelum meneruskan cetakan, kenal pasti apa yang ingin anda capai daripada cetakan tersebut. Kurang bijak jika anda memilih 1440dpi printing untuk design asal yang rendah kualiti. Juga kurang bijak jika anda memilih 770dpi printing semata-mata untuk menjimatkan kos walhal 1440dpi printing mungkin memberi kesan yang lebih menakjubkan pada design anda.
--------------------
Untuk solusi cetakan yang terbaik, Bulk Banner menawarkan harga cetakan yang lebih rendah berbanding yang lain. Semakin banyak anda cetak, semakin kurang kos anda.
Bulk Banner
Buy More, Spend Less