30/06/2026
10 orang staff. 5 cawangan. 1 matlamat.
Setiap orang datang dengan karakter, kemahiran dan kekuatan yang berbeza. Sebagai leader, aku kena pandai faham cara kerja setiap staff, susun tugas ikut kelebihan masing-masing dan letakkan target sales yang jelas.
Sebab tu bila buka jawatan kosong, aku tak ambil mudah. Hampir 50 resume aku tapis, tapi akhirnya hanya 2 orang yang dipilih. Bukan sebab nak cari pekerja yang sempurna, tapi nak cari orang yang betul-betul sesuai dengan budaya kerja dan mampu capai apa yang syarikat sasarkan.
At the end of the day, target yang aku letakkan mesti dicapai. Bila semua mainkan peranan masing-masing, insya-Allah hasil pun akan ikut sama. 💪📈