07/10/2026
PENING KEPALA, SAKIT TEKAK, BADAN TAK SEDAP? MUNGKIN ADA KAITAN DENGAN JEREBU.
Sejak kebelakangan ini, keadaan udara berjerebu boleh menyebabkan sesetengah individu mula mengalami gangguan kesihatan walaupun tidak mempunyai penyakit sedia ada.
Antara gejala yang boleh berlaku akibat pendedahan kepada jerebu ialah:
1. Sakit kepala dan rasa tidak selesa.
2. Tekak kering, pedih atau gatal.
3. Batuk dan hidung berair.
4. Mata pedih, merah atau berair.
5. Badan cepat letih.
6. Sesak nafas atau dada terasa ketat, terutama bagi pesakit asma.
Kenapa ini berlaku?
Jerebu mengandungi zarah pencemar halus termasuk PM2.5 yang boleh memasuki saluran pernafasan hingga ke bahagian dalam paru-paru.
Pendedahan kepada bahan pencemar ini boleh menyebabkan kerengsaan dan keradangan pada saluran pernafasan serta memburukkan penyakit sedia ada.
Namun, penting untuk difahami bahawa pening, sakit kepala dan sakit tekak bukan semestinya berpunca daripada jerebu. Jangkitan virus, dehidrasi dan masalah kesihatan lain juga boleh menyebabkan gejala yang sama.
Demam p**a bukan gejala lazim akibat jerebu semata-mata. Jika mengalami demam bersama sakit tekak atau batuk, kemungkinan jangkitan perlu dipertimbangkan.
Apa yang boleh kita lakukan?
Kurangkan aktiviti luar, minum air secukupnya, tutup tingkap apabila udara tercemar dan gunakan pelitup pernafasan N95 yang sesuai jika perlu berada di luar.
Dapatkan pemeriksaan sekiranya gejala berterusan atau semakin teruk. Jika mengalami sesak nafas yang teruk atau sakit dada, dapatkan rawatan kecemasan.
Jerebu bukan sekadar mengganggu pemandangan. Ia boleh menjejaskan kesihatan kita.
Jaga diri dan keluarga, terutama kanak-kanak, warga emas dan mereka yang mempunyai penyakit kronik.
Public Health Malaysia