Koperasi Homestay Lonek Jempol Berhad

Koperasi Homestay Lonek Jempol Berhad Koperasi ini berasaskan produk perlancongan, perkhidmatan sewaan, ternakan, perunding acara, dan lain-lain

Selepas kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh Homestay Kg Lonek, sebuah koperasi telah ditubuhkan pada 21 Dis 2012 dan dinamakan sebagai KOPERASI HOMESTAY LONEK JEMPOL BERHAD. Kemudian, pada tanggal 18 Jan 2013, koperasi ini telah berjaya didaftarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Nombor pendaftaran koperasi ialah N-3-0539

Keanggotaan koperasi bukan hanya terhad kepada ahli-ahli Home

stay Lonek sahaja tetapi dibuka kepada seluruh penduduk di Kg. Lonek dan penduduk di seluruh daerah Jempol

Jumlah keanggotaan setakat 29 Ogos 2014 ialah seramai 126 orang anggota.

Nukilan Duka | 7 Jun 2025Hari ini, sekali lagi kami diuji dengan kehilangan yang amat berat. Pada tanggal 7 Jun, kami ke...
07/06/2025

Nukilan Duka | 7 Jun 2025

Hari ini, sekali lagi kami diuji dengan kehilangan yang amat berat. Pada tanggal 7 Jun, kami kehilangan Pengerusi kami, seorang insan yang banyak mencurah bakti, memimpin kami dengan penuh kasih, sabar dan dedikasi. Kehilangannya terasa begitu dalam, apatah lagi baru sahaja pada 13 September tahun yang lalu, kami juga telah kehilangan seorang sahabat krew yang sangat dekat di hati.

Tahun ini bukan mudah buat kami, warga Krew Homestay Lonek. Satu demi satu insan berharga dijemput Ilahi, meninggalkan ruang yang sukar diisi. Namun kami redha, kerana setiap yang bernyawa pasti akan kembali kepada-Nya.

Buat Allahyarham Mohd Faiz Bin Mohd Zin dan sahabat kami Allahyarhamah Noornasuha Bt Ramli yang telah pergi, terima kasih atas segalanya. Kenangan bersama kalian akan terus kami genggam, menjadi semangat untuk kami meneruskan perjuangan dan menyambung legasi yang telah kalian tinggalkan.

Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi. Semoga roh kalian dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Salam takziah dari kami,
Warga Krew Homestay Lonek.

PEMAKLUMAN TERKINI πŸ“ŒNombor Telefon Pejabat Koperasi tidak boleh digunakan lagi.Oleh itu, sebarang perkara berkaitan sila...
08/05/2025

PEMAKLUMAN TERKINI πŸ“Œ

Nombor Telefon Pejabat Koperasi tidak boleh digunakan lagi.

Oleh itu, sebarang perkara berkaitan sila berhubung dengan nombor telefon seperti yang dinyatakan di dalam poster.

Sekian, Terima Kasih .

YB  pun lari sama-sama !πŸƒβ€β™‚οΈπŸ”₯Jom semuaaaa meriahkan Fun Run (5KM) dan Fun Ride (10KM) sempena Karnival Gogar Sekampung d...
25/09/2024

YB pun lari sama-sama !
πŸƒβ€β™‚οΈπŸ”₯

Jom semuaaaa meriahkan Fun Run (5KM) dan Fun Ride (10KM) sempena Karnival Gogar Sekampung dan Jempol Agrofest 2024 pada Ahad, 6 Oktober 2024 di Homestay Lonek.

Dengan suasana sawah menghijau, larian ini bukan biasa-biasa!

5 CP untuk peserta Fun Run pun menarik guys 😍

Tambah menarik lagi, YB Dato' Haji Shamshulkahar, Ahli Parlimen Jempol, akan turut serta bersama kita! πŸŒΎπŸ’š

Jangan lepaskan peluang, register sekarang dan kita gegarkan Lonek! πŸ’ͺ

Hadiah CABUTAN BERTUAH untuk Peserta pun MENARIK πŸ₯³

Link Pendaftaran πŸ‘‡
https://forms.gle/XssHnN9vgoCWW8jt8

24/09/2024
22/09/2024
Salam Maulidurrasul & Selamat Hari Malaysia daripada kami Koperasi Homestay Lonek Jempol Berhad.
16/09/2024

Salam Maulidurrasul & Selamat Hari Malaysia daripada kami Koperasi Homestay Lonek Jempol Berhad.

Assalamulaikum w.b.tDukacita dimaklumkan bahawa salah seorang anggota kita telah menghembuskan nafas terakhir di Hospita...
13/09/2024

Assalamulaikum w.b.t

Dukacita dimaklumkan bahawa salah seorang anggota kita telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Pilah sebentar saja tadi.

Seorang yang ceria, aktif, dan disenangi semua, Allahyarhamah sering terlibat dalam cabang perniagaan Kolonek iaitu Homestay Lonek. Kehilangan beliau sangat dirasai oleh semua krew yang menjayakan aktiviti koperasi.

Ya Allah! Ampunilah dan rahmatilah dia, lepaskanlah dia daripada apa-apa yang tidak disukainya dan maafkanlah dia, muliakanlah keadaannya dan luaskan kuburnya. Mandikanlah dia dengan air, salji dan air yang dingin. Bersihkanlah dia daripada segala kesalahan sebagaimana dibersihkan baju yang putih daripada segala kekotoran. Gantikanlah rumahnya yang lebih baiki daripada rumahnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan peliharalah dia daripada fitnah kubur dan azab neraka.

Al Fatihah.

Alhamdulillah selesai 1 hari di HARI TERBUKA PPD JEMPOL DAN JELEBU.  Esok kami ada lagi satu hari ye. Jom jumpa kami eso...
21/08/2024

Alhamdulillah selesai 1 hari di HARI TERBUKA PPD JEMPOL DAN JELEBU. Esok kami ada lagi satu hari ye. Jom jumpa kami esok untuk dapatkan maklumat Homestay Lonek.

21/08/2024

Jom jumpa kami Homestay Lonek harini dan esok, 21-22 Ogos 2024, di Hari PPD Jempol Jelebu.
Guru-guru, ibupada Jom singgah untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Homestay Lonek.
Jom jumpa kami. 😊

Nak tahu apa yang menarik di Homestay Lonek? 🀩Jom singgah ke Kaunter Pameran Homestay Lonek sempena Hari Terbuka dan Pro...
20/08/2024

Nak tahu apa yang menarik di Homestay Lonek? 🀩

Jom singgah ke Kaunter Pameran Homestay Lonek sempena Hari Terbuka dan Program Jerayawara Digital PPD Jempol dan Jelebu 2024!

πŸ“… 21 & 22 Ogos 2024
⏰ 8.00 pagi hingga 5.00 petang
πŸ“ PPD Jempol dan Jelebu, Bandar Seri Jempol

Dapatkan info eksklusif, promosi hebat, dan rasai pengalaman sebenar suasana kampung!

🌾✨Jumpa kami di sini!

Semalam selesai mesyuarat penyelarasan program pada bulan Oktober ini.Nantikan program kami ye. Doakan semuanya berjalan...
16/07/2024

Semalam selesai mesyuarat penyelarasan program pada bulan Oktober ini.
Nantikan program kami ye. Doakan semuanya berjalan lancar.

Address

Dewan Homestay Lonek
Batu Kikir
72200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6064981078

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Koperasi Homestay Lonek Jempol Berhad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Koperasi Homestay Lonek Jempol Berhad:

Share