Jands & Co.

Jands & Co. Laman rasmi Facebook bagi Projek Mak Janda Johor di bawah Program Duta Mahasiswa Johor 2022.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1445H/2024M Seluruh warga Jands & Co. ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfi...
10/04/2024

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1445H/2024M

Seluruh warga Jands & Co. ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada seluruh umat Islam. Semoga Allah menerima ibadah kita di bulan yang penuh berkah ini. Kami mendoakan agar kita semua diberkati dengan kebahagiaan, kesejahteraan, dan rahmat Allah. Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua sahabat dan keluarga. Maaf zahir dan batin.

SALAM RAMADAN AL-MUBARAK 1445H/2024MSeluruh warga Jands & Co. ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada se...
12/03/2024

SALAM RAMADAN AL-MUBARAK 1445H/2024M

Seluruh warga Jands & Co. ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh umat Islam bermula 12 Mac 2023(Selasa). Semoga Allah S.W.T. menerima amalan kita di bulan suci ini dan memberikan kita kemudahan dalam menjalankannya.

Jadikan Ramadhan Lebih Bermakna.
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Ramadhan 1444H.

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA KE-60Raikanlah Hari Malaysia dengan semangat patriotisme dan perpaduan di kalangan selur...
16/09/2023

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA KE-60

Raikanlah Hari Malaysia dengan semangat patriotisme dan perpaduan di kalangan seluruh masyarakat negara ini. Semoga kita terus bersama dalam perpaduan, keharmonian, dan kemajuan. Malaysia adalah negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya, etnik, dan warisan. Mari kita jadikan hari ini sebagai pengingat betapa pentingnya kebersamaan dan kerjasama untuk masa depan yang lebih cerah. Selamat menyambut Hari Malaysia!

Pitching Social Entrepreneurship for Rural Youth (SERY) 2023Mak Janda Johor telah menghantar wakil ke program SERY 2023....
10/09/2023

Pitching Social Entrepreneurship for Rural Youth (SERY) 2023

Mak Janda Johor telah menghantar wakil ke program SERY 2023. Sesi Saringan awal pitching telah dilakukan secara online pada 10 ogos 2023. SERY adalah khusus untuk membangunkan potensi belia dalam bidang keusahawanan sosial dalam usaha mengupayakan belia agar dapat menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi dan komuniti luar bandar.

SERY dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan di bawah Rangka Tindakan Keusahawanan Sosial 2030, dengan kerjasama myHarapan iaitu sebuah badan bukan kerajaan dalam bidang keusahawanan sosial selaku rakan pelaksana dengan sokongan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), dan United Nations Development Programme (UNDP) selaku rakan strategik program.

10 Ogos 2023

Food Styling FPTVMak Janda Johor bersama Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), UTHM telah menganjurkan satu...
08/09/2023

Food Styling FPTV

Mak Janda Johor bersama Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), UTHM telah menganjurkan satu program "food styling" Yang terdiri daripada pelajar-pelajar FPTV pada 23 Julai 2023. Pelajar-pelajar dikehendaki menghias produk Mak Janda Johor dan menyediakan bunting promosi untuk penilaian.

Panel juri terdiri daripada Encik Raden Mohd Farhan Helmy Bin Raden Ismail, Pensyarah FPTV bersama Muhamad Faris Bin Mohd Hisam, Ketua Projek Mak Janda Johor dan Alif Qusyairi Bin Abd Razak, Jabatan Pemasaran Mak Janda Johor.

23 Julai 2023

APEC Entrepreneurship Education Program 2023APEC Entrepreneurship Education Program 2023  telah berlangsung di Seoul, Ko...
06/09/2023

APEC Entrepreneurship Education Program 2023

APEC Entrepreneurship Education Program 2023 telah berlangsung di Seoul, Korea Selatan, pada 27 Jun sehingga 1 Julai 2023. Program ini dianjurkan oleh Institute of APEC Collaborative Education (IACE) melibatkan 30 pelajar yang terdiri daripada pelajar kolej dan universiti daripada 5 ahli APEC ekonomi.

Naqibah Binti Azman sebagai penyelaras projek Mak Janda Johor merupakan salah seorang wakil Malaysia yang terpilih untuk menyertai prrogram ini telah menerima anugerah "The Best Innovation Awrads".

Program AEEP bertujuan untuk mempertingkatkan pelajar dalam memahami APEC dan Keusahawanan Sosial serta meningkatkan kecekapan dan kemahiran individu untuk kebolehkerjaan dan kesediaan untuk start-up pada masa hadapan.

27 Jun 2023

Majlis Penutup  Karnival Keusahawanan Kementerian Pengajian TinggiKarnival Keusahawanan Kementerian Pendidikan Tinggi Bu...
04/09/2023

Majlis Penutup Karnival Keusahawanan Kementerian Pengajian Tinggi

Karnival Keusahawanan Kementerian Pendidikan Tinggi Business bertempat di Dewan Za’aba, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia melibatkan IPTA/IPTS di seluruh Malaysia.

Projek Mak Janda Johor diberi penghargaan atas penerima dana keusahawanan tertinggi di UTHM bagi tahun 2022. Sijil penghargaan disampaikan oleh YBhg Dato’ Dr Hj Megat Sany bin Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pendidikan Tinggi.

Karnival ini merupakan anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersama-sama Universit Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

22 Jun 2023

Pembentangan Kertas Cadangan Centre of Society kepada Ahli Parlimen Sri GadingMak Janda Johor komited dalam membantu ibu...
02/09/2023

Pembentangan Kertas Cadangan Centre of Society kepada Ahli Parlimen Sri Gading

Mak Janda Johor komited dalam membantu ibu tunggal mahupun komuniti setempat dalam kemudahan memasak. Dengan Cadangn yang dibentangkan kepada YB Tuan Haji Aminolhuda Bin Hassan, "Centre of Society" ini merangkumi Dapur Pusat yang memberi manfaat kepada ibu tunggal dan penduduk setempat dalam membantu kelangsungan tugas harian. Selain itu, kemudahan mesin retort juga sedang dalam usaha untuk diletakkan di Dapur Pusat bagi menambah ekonomi setempat.

20 Jun 2023

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-66Hari ini pada 31 Ogos 1957, Kemerdekaan Tanah Melayu telah diisytiharkan secara ...
30/08/2023

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-66

Hari ini pada 31 Ogos 1957, Kemerdekaan Tanah Melayu telah diisytiharkan secara rasmi oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Pemasyhuran ini disaksikan Raja-Raja Melayu, Para tetamu khas luar negara dan pulahan ribu rakyat.

Kembara Canselor UTHMMak Janda Johor telah dijemput oleh Pusat Hubungan Industri dan Masyarakat untuk meletakkan produk ...
29/08/2023

Kembara Canselor UTHM

Mak Janda Johor telah dijemput oleh Pusat Hubungan Industri dan Masyarakat untuk meletakkan produk Mak Janda Johor sebagai produk daripada UTHM di pameran Kembara Canselor UTHM bersempena sambutan ulang tahun UTHM ke-30 bertempat di Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM pada 19 Jun 2023.

Produk Mak Janda Johor telah dibentangkan di hadapan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang juga merupakan Canselor UTHM. Turut hadir sama adalah YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, YBhg. Dato’ Sri Ibrahim Bin Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti dan YBhg. Prof. Ir. TS. Dr. Ruzairi bin Abdul Rahim, Naib Canselor UTHM.

Allah peliharakan Sultan.

19 Jun 2023

Minggu Penyelidikan dan Inovasi 2023Mak Janda Johor telah menyertai satu pameran minggu penyelidikan dan inovasi 2023 be...
22/08/2023

Minggu Penyelidikan dan Inovasi 2023

Mak Janda Johor telah menyertai satu pameran minggu penyelidikan dan inovasi 2023 bertempat di Kolej Universiti TATI, Terengganu pada 30 Mei 2023. Pasukan Mak Janda Johor juga membawa pulang pingat gangsa dalam minggu penyelidikan dan inovasi 2023 ini.

30 Mei 2023

Address

Batu Pahat

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jands & Co. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Jands & Co.:

Share