30/10/2026
HARGA EMAS JATUH TERUK! YANG GOYANG BUKAN EMAS… TAPI HUTANG!
Kenapa ek?
Bila harga emas jatuh, ada orang tersenyum sebab boleh tambah gram.
Tapi ada juga yang mula seram sejuk. Nak tidur pun tak lena, asyik tengok harga emas!
Hahaha… emas yang sama, tapi reaksinya berbeza.
Apa yang membezakan mereka?
Tuan puan, tengok apa yang berlaku pada harga emas sekarang.
Semalam, 30 Oktober 2026, harga emas dunia jatuh sekitar 3.5% dalam sehari!
Daripada paras tertinggi sekitar USD5,595 seauns pada Januari lalu, harga emas kini berada sekitar USD3,881 seauns.
Penurunan hampir 31%!
Malah, harga emas sudah kembali menghampiri paras akhir September 2025.
Kalau tengok harga GAP Public Gold p**a, daripada RM764 segram pada 29 Januari, harganya turun kepada RM551 segram malam semalam.
Susut RM213 segram, bersamaan 27.88%!
Fuhhh… bukan turun seringgit dua ni!
Tapi ada satu perkara menarik yang saya nak kongsikan.
Bila harga emas jatuh, siapa sebenarnya yang paling tertekan?
Orang yang menyimpan emas menggunakan duit lebihan mungkin kecewa melihat nilai semasa simpanannya menurun.
Tetapi mereka masih boleh memilih untuk memegang emas tersebut tanpa perlu membayar hutang kerana pembeliannya.
Lain p**a ceritanya dengan mereka yang menggunakan strategi pajak emas berulang kali untuk menggandakan pegangan emas.
Saya bagi satu contoh.
Katakan seseorang membuat personal loan RM50,000 untuk membeli emas.
Lepas beli, emas itu dipajak.
Dapat duit pajak, beli lagi emas.
Emas baru dipajak lagi.
Dapat duit, beli lagi!
Pusing… pajak… beli… pajak…
Macam mesin cetak emas p**a bunyinya! 😂
Dari luar nampak macam hebat.
Dengan pinjaman RM50,000, seseorang boleh mengawal pegangan emas yang nilainya jauh lebih besar melalui beberapa pusingan pajakan.
Tapi ramai terlupa satu perkara.
Emas bertambah, hutang pun bertambah!
Personal loan perlu dibayar.
Pembiayaan pajak perlu diselesaikan.
Caj atau keuntungan pembiayaan pajak p**a terus berjalan mengikut kontrak.
Selagi harga emas meningkat, strategi ini mungkin nampak menguntungkan.
TAPI BILA HARGA EMAS JATUH 20% ATAU 30%?
Haaa… masa tu baru terasa panasnya! 😅
Nilai cagaran boleh merosot. Jika mahu memperbaharui pajakan, mungkin perlu tambah wang atau mengurangkan baki pembiayaan, bergantung kepada syarat institusi.
Jika gagal memenuhi obligasi sehingga tamat tempoh yang dibenarkan, emas juga berisiko dilelong.
Nak tebus emas kena cari duit.
Nak bayar personal loan pun kena cari duit.
Akhirnya emas yang sepatutnya menjadi aset, boleh bertukar menjadi tekanan kewangan.
Saya bukan kata Ar-Rahnu itu salah.
Ar-Rahnu memang ada manfaatnya, terutama untuk mendapatkan tunai apabila diperlukan.
Tetapi menggunakan pajakan berulang kali semata-mata mahu cepat kaya, itu bukan lagi menyimpan secara biasa.
Itu sudah melibatkan risiko hutang dan pergerakan harga emas serentak.
Sebab itulah saya lebih s**a pendekatan sederhana.
Ada lebihan RM100, simpan ikut kemampuan.
Ada RM300, tambah lagi.
Bulan ni kewangan agak ketat? Utamakan komitmen dan keperluan dahulu.
Tak perlu berhutang semata-mata mahu berlumba kumpul gram.
Melalui akaun GAP Public Gold, kita boleh mula membeli emas dengan serendah RM100.
Tak wajib beli setiap bulan.
Tiada yuran simpanan emas GAP.
Bila cukup syarat, boleh keluarkan emas fizikal dengan premium pengeluaran yang berkaitan.
Kalau nak berdisiplin, buat pembelian berkala ikut kemampuan.
Sedikit demi sedikit, gram bertambah.
Tak perlu tergesa-gesa nak kaya esok pagi!
Tuan puan, saya nak tinggalkan satu pesanan.
Jangan terlalu kagum apabila mendengar orang memiliki emas bernilai ratusan ribu ringgit.
Tanya dulu…
Berapa banyak emas itu benar-benar miliknya setelah ditolak hutang?
Sebab MEMILIKI ASET YANG BANYAK tidak semestinya bermaksud kita KAYA!
Yang lebih penting ialah nilai bersih aset selepas ditolak semua liabiliti.
Dan jangan lupa, emas juga boleh mengalami penurunan harga yang besar, walaupun kita membelinya tanpa hutang.
Emas sepatutnya menjadi sebahagian daripada perancangan kewangan kita. Bukan alasan untuk menambah beban hutang!
Saya nak tanya tuan puan satu soalan.
Kalau harga emas jatuh hampir 30%, anda lebih rela memiliki 10 gram emas tanpa hutang, atau 100 gram emas yang masih terikat dengan hutang pajakan? 🤔
Cuba kongsi pandangan anda.
Kalau nak belajar cara mengumpul emas mengikut kemampuan melalui GAP Public Gold, boleh WhatsApp saya di 017-4127780.
atau follow step dibawah:👇
Daftar akaun GAP
https://pg2u.my/Azharzass/cara-bermula
Tak mula takkan ada. Tak kumpul, gram takkan muncul.
Azhar
Jurutera Emas Anda
Berilmu. Berdisiplin. Beremas.
ZASS!! 🔥