Koperasi Pekebun Kecil Daerah Batu Pahat Berhad

Koperasi Pekebun Kecil Daerah Batu Pahat Berhad Medium ini digunakan untuk menyampaikan segala maklumat mengenai KOPDAB dan juga aktiviti yang dijalankan di koperasi.

Penubuhan Koperasi Pekebun Kecil Daerah Batu Pahat Berhad (KOPDAB) bermula dengan nama Koperasi Pekebun Getah Daerah Batu Pahat Berhad. Hal ini kerana persekitaran industry pada tahun 1980 lebih tertumpu kepada pertanian getah dan tanaman popular lain. Pertukaran nama kepada KOPDAB berlaku pada tahun 1990 berikutan berlakunya perubahan paradigm persekitaran industri. Pada ketika itu sektor minyak

kelapa sawit lebih menguntungkan dan mempunyai masa depan cerah berbanding dengan getah. Koperasi Pekebun Kecil Batu Pahat Daerah Batu Pahat Berhad (KOPDAB) adalah merupakan antara koperasi bumiputera yang bergerak aktif di daerah Batu Pahat, Johor. Antara aktiviti utama koperasi adalah melibatkan pelbagai aktiviti perniagaan komoditi kelapa sawit dan juga aktiviti-aktiviti yang melibatkan pekebun-pekebun kecil khasnya di daerah batu pahat. Antara matlamat KOPDAB adalah mewujudkan satu entiti bagi pekebun kecil dalam membantu meningkatkan ekonomi mereka. Melahirkan golongan pekebun kecil yang peka dan berdaya saing dengan melibatkan diri di dalam aktiviti koperasi. Selain itu, mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Antara matlamat lain, memberikan kemudahan dalam urusniaga sawit dan juga bekerjasama dengan risda didalam mencapai matlamat kerajaan untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil samaada dari segi nasihat, teknologi dan juga perniagaan. Kejayaan demi kejayaan diperolehi untuk menjadikan KOPDAB lebih dikenali dan dipercayai oleh masyarakat. Kejayaan-kejayaan tersebut bukan datang dengan mudah tetapi melalui ketekunan, perpaduan, kerjasama serta persefahaman keseluruhan pentadbiran serta kegigihan ahli lembaga pengarah. Ini terbukti apabila KOPDAB telah menjadi koperasi yang unggul bukan sahaja di peringkat negeri bahkan di peringkat kebangsaan. Antara kejayaan yang diraih adalah mendapat tempat ke 10 dalam ranking koperasi terbaik di Malaysia pada tahun 2012 dan tempat ke 13 pada tahun 2013 serta merupakan tempat pertama koperasi terbaik peringkat negeri Johor pada tahun 2009.

Salam Maulidur Rasul. Semoga kecintaan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW sentiasa subur di dalam hati. Maril...
24/08/2026

Salam Maulidur Rasul. Semoga kecintaan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW sentiasa subur di dalam hati. Marilah kita memperbanyakkan selawat, mengamalkan sunnah dan mencontohi akhlak Baginda dalam setiap langkah kehidupan.
Allahumma solli 'ala Muhammad.

Ikhlas daripada:
Pengerusi, ALK dan Kakitangan KOPDAB

Terima kasih mahasiswa UKKM kerana singgah di Taman Meliponini KOPDAB ๐Ÿ๐ŸŒฑPada 14 Ogos 2026, Taman Meliponini KOPDAB mener...
15/08/2026

Terima kasih mahasiswa UKKM kerana singgah di Taman Meliponini KOPDAB ๐Ÿ๐ŸŒฑ

Pada 14 Ogos 2026, Taman Meliponini KOPDAB menerima kunjungan mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Koperasi), Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM).

Kehadiran mereka disambut oleh Pengerusi KOPDAB, Pn. Hjh. Hayati binti Md Salleh.

Sambil menikmati suasana nyaman di Taman Meliponini, mahasiswa berkesempatan melihat sendiri aktiviti yang dijalankan KOPDAB seperti penternakan kelulut, Smart Farming Arrow Tower dan pengoperasian kafe. ๐ŸŒฑ๐Ÿโ˜•

Terima kasih kepada mahasiswa UKKM kerana sudi singgah dan mengenali Taman Meliponini KOPDAB dengan lebih dekat. Semoga kunjungan ini menjadi satu pengalaman yang bermanfaat serta membuka ruang untuk perkongsian ilmu dan idea berkaitan pembangunan koperasi.

Jumpa lagi di Taman Meliponini! ๐Ÿ˜Š






๐Š๐Ž๐๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐ž๐ง๐ฎ๐ฃ๐ฎ ๐Š๐ž ๐€๐ซ๐š๐ก ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ฃ๐ข๐ฅ๐š๐ง ๐Œ๐’๐๐Ž ๐ŸŒฑPada 10 hingga 14 Ogos 2026, KOPDAB telah menjalani proses pengauditan Malaysian ...
15/08/2026

๐Š๐Ž๐๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐ž๐ง๐ฎ๐ฃ๐ฎ ๐Š๐ž ๐€๐ซ๐š๐ก ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ฃ๐ข๐ฅ๐š๐ง ๐Œ๐’๐๐Ž ๐ŸŒฑ

Pada 10 hingga 14 Ogos 2026, KOPDAB telah menjalani proses pengauditan Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) di lima (5) Pusat Timbang Cawangan KOPDAB iaitu Semerah, Parit Raja, Rengit, Parit Yaani dan Sri Dayong.

Pengauditan ini telah dijalankan oleh juruaudit bertauliah iaitu Encik Aris bin Aini dan Encik Mohamad Amir bin Mohd Radzi, mengikut piawaian dan keperluan yang telah ditetapkan oleh Malaysian Palm Oil Certification Council (MPOCC) dan MPOB.

Bagi KOPDAB, usaha ke arah MSPO bukan sekadar mendapatkan sijil, tetapi merupakan langkah untuk memastikan operasi Pusat Timbang diurus dengan lebih teratur, bertanggungjawab dan mampan.

Antara perkara yang diberi perhatian termasuk aspek alam sekitar, Amalan Pertanian Baik (GAP), kebajikan serta keselamatan dan kesihatan pekerja, di samping memastikan pengurusan aktiviti sawit dilaksanakan mengikut keperluan yang ditetapkan.

KOPDAB ingin merakamkan penghargaan kepada semua kakitangan yang telah memberikan kerjasama dan komitmen sepanjang proses persediaan serta pengauditan ini.

KOPDAB terus melangkah ke arah pengurusan sawit yang lebih mampan, bertanggungjawab dan diyakini, demi memastikan kelangsungan operasi serta manfaat yang berterusan kepada anggota, pekerja dan komuniti.

KOPDAB | MSPO 2026


๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐€๐๐‘๐„๐’๐ˆ๐€๐’๐ˆ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ ๐…๐€๐Š๐”๐‹๐“๐ˆ ๐Š๐„๐‰๐”๐‘๐”๐“๐„๐‘๐€๐€๐ (๐…๐“๐Š)Pada 13 Ogos 2026 (Khamis), Dr. Hjh. Hayati binti Md Salleh, Pengeru...
13/08/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐€๐๐‘๐„๐’๐ˆ๐€๐’๐ˆ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ ๐…๐€๐Š๐”๐‹๐“๐ˆ ๐Š๐„๐‰๐”๐‘๐”๐“๐„๐‘๐€๐€๐ (๐…๐“๐Š)

Pada 13 Ogos 2026 (Khamis), Dr. Hjh. Hayati binti Md Salleh, Pengerusi KOPDAB bersama Pn. Noryati binti Idris, Pengurus Kanan KOPDAB telah menghadiri jemputan Majlis Apresiasi Industri Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) Universiti Tun Husein Onn Malaysia (UTHM) 2026 yang berlangsung di Pusat Konvensyen, Hab Pendidikan Tinggi Pagoh.

KOPDAB telah menjalinkan kerjasama dengan FTK UTHM dalam penyelidikan dan inovasi Sistem Pembajaan Pintar Berasaskan IoT bagi membolehkan pemantauan dan kawalan sistem pembajaan secara jarak jauh di Tapak Semaian KOPDAB.

Projek ini dilaksanakan menerusi Geran Inovasi Sosial Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sebagai usaha mengaplikasikan teknologi pintar dalam meningkatkan kecekapan pengurusan dan operasi melalui sistem pembajaan secara jarak jauh.

KOPDAB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Ts. Dr. Muhammad Rusydi bin Muhammad Razif selaku Ketua Penyelidik Projek dan UTHM atas penghargaan yang diberikan serta kerjasama strategik yang telah terjalin.

Semoga kerjasama antara institusi akademik dan koperasi ini terus diperkukuh serta membuka ruang kepada lebih banyak inovasi yang memberi manfaat kepada koperasi dan komuniti pekebun kecil.


21/07/2026

๐‘ท๐’‚๐’•๐’‚๐’‰ ๐’ˆ๐’‚๐’๐’‚๐’‰ ๐’…๐’Š ๐’•๐’†๐’‘๐’Š ๐’‘๐’†๐’“๐’Š๐’ˆ๐’Š,
๐‘จ๐’Š๐’“ ๐’…๐’Š๐’•๐’Š๐’Ž๐’ƒ๐’‚ ๐’‹๐’†๐’“๐’๐’Š๐’‰ ๐’•๐’†๐’“๐’‚๐’”๐’‚;
๐‘บ๐’†๐’•๐’‚๐’‰๐’–๐’ ๐’Ž๐’†๐’๐’‚๐’๐’ˆ๐’Œ๐’‚๐’‰ ๐’‘๐’†๐’๐’–๐’‰ ๐’†๐’“๐’•๐’Š,
๐‘ฒ๐’Š๐’๐’Š ๐’…๐’Š๐’Œ๐’๐’๐’ˆ๐’”๐’Š ๐’”๐’†๐’„๐’†๐’ƒ๐’Š๐’” ๐’„๐’†๐’“๐’Š๐’•๐’‚.

Gambar disimpan buat kenangan,
Video ditayang tanda ingatan.

Hari Memperingati Kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.Semoga roh Almarhum Sultan Iskandar I...
21/07/2026

Hari Memperingati Kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.

Semoga roh Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail dicucuri rahmat dan ditempat di kalangan para syuhada dan orang beriman.

Al-Fatihah.

20/07/2026

Tahniah dan teruskan sokongan anda... ๐Ÿ˜‰๐Ÿฅณ

KOPDAB

๐ŸŽ‰ T๐šh๐งi๐šh k๐žp๐šd๐š ๐ฌe๐ฆu๐š ๐ฉe๐ฆe๐งa๐งg! ๐ŸŽ‰T๐šh๐งi๐šh k๐žp๐šd๐š ๐ฌe๐ฆu๐š ๐ฉe๐ฆe๐งa๐งg A๐งu๐ e๐ซa๐ก ๐T๐’ ๐“e๐ซb๐šn๐ฒa๐ค, B๐žl๐ขa๐ง ๐a๐ฃa T๐žr๐›a๐งy๐šk, ๐e๐ฅi๐šn A๐ง...
20/07/2026

๐ŸŽ‰ T๐šh๐งi๐šh k๐žp๐šd๐š ๐ฌe๐ฆu๐š ๐ฉe๐ฆe๐งa๐งg! ๐ŸŽ‰

T๐šh๐งi๐šh k๐žp๐šd๐š ๐ฌe๐ฆu๐š ๐ฉe๐ฆe๐งa๐งg A๐งu๐ e๐ซa๐ก ๐T๐’ ๐“e๐ซb๐šn๐ฒa๐ค, B๐žl๐ขa๐ง ๐a๐ฃa T๐žr๐›a๐งy๐šk, ๐e๐ฅi๐šn A๐งa๐ค ๐e๐งi๐ก ๐“e๐ซb๐šn๐ฒa๐ค ๐a๐ง ๐ฃu๐ a C๐šb๐ฎt๐šn B๐žr๐ญu๐šh s๐žm๐ฉe๐งa M๐žs๐ฒu๐šr๐št A๐ u๐งg T๐šh๐ฎn๐šn k๐šl๐ข ๐คe-4๐Ÿ ๐ŠO๐D๐€B p๐šd๐š ๐Ÿ9 J๐ฎl๐ši 2๐ŸŽ2๐Ÿ” (S๐šb๐ญu).

๐“e๐ซi๐ฆa k๐šs๐ขh k๐žp๐šd๐š ๐ฌe๐ฆu๐š ๐šn๐ g๐จt๐š ๐ฒa๐งg s๐žn๐ญi๐šs๐š ๐ฆe๐งy๐จk๐จn๐  ๐ŠO๐D๐€B. ๐’e๐ฆo๐ a a๐a r๐žz๐žk๐ข ๐ฎn๐ญu๐ค ๐คi๐ญa b๐žr๐ญe๐ฆu l๐šg๐ข ๐ฉa๐a t๐šh๐ฎn a๐คa๐ง ๐a๐ญa๐งg. ๐Ÿ˜Š

๐Ÿ“ธ ๐ŸŽŠ A๐ฒu๐ก! K๐ขt๐š ๐ญe๐งg๐จk s๐ขa๐ฉa y๐šn๐  ๐ญe๐ซs๐žn๐ฒu๐ฆ ๐ฅe๐›a๐ซ ๐šp๐šb๐ขl๐š ๐งa๐ฆa m๐žr๐žk๐š ๐i๐ฎm๐ฎm๐คa๐ง ๐ฌe๐›a๐ a๐ข ๐ฉe๐ฆe๐งa๐งg!

S๐žk๐šl๐ข ๐ฅa๐ i, ๐ญa๐กn๐ขa๐ก ๐คe๐ฉa๐a s๐žm๐ฎa! ๐ŸŽŠ

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah SWT.Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Pekebun Kecil Daerah Batu Pahat Berhad (KOPDA...
19/07/2026

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah SWT.
Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Pekebun Kecil Daerah Batu Pahat Berhad (KOPDAB) kali ke-42 (18 Julai2026) telah berjaya dilaksanakan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Anggota Lembaga Koperasi, para anggota, tetamu jemputan dan urus setia yang telah memberikan komitmen serta memainkan peranan penting dalam menjayakan mesyuarat ini.

Majlis ini turut diserikan dengan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara KOPDAB dan Rhino Group, yang menandakan permulaan kerjasama strategik dalam membangunkan serta memasarkan produk pertanian bio-organik yang inovatif. Kerjasama ini memanfaatkan kepakaran Rhino Group dalam teknologi pengkomposan yang diperakui EMRO Japan serta penyelesaian Effective Microorganisms (EM) bagi menyokong pembangunan sektor pertanian yang lebih mampan.

Memorandum Persefahaman (MOU) ini telah ditandatangani oleh:
* Dr. Hajah Hayati binti Md. Salleh mewakili KOPDAB.
* Mr. Ryan Woo mewakili Rhino Group

Selain itu, KOPDAB turut menyempurnakan Majlis Penyerahan Bayaran Zakat Perniagaan sebagai manifestasi komitmen koperasi dalam menunaikan tanggungjawab sosial dan memenuhi tuntutan syariah. Penyerahan bayaran zakat tersebut telah disampaikan kepada Dr. Syaharina Abdullah, Pengurus Besar Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA, sebagai wakil penerima.

๐Ÿ“ธ Berikut kami kongsikan beberapa sorotan dan momen sepanjang Mesyuarat Agung Tahunan berlangsung.
Bersama Memperkasa Koperasi, Menjana Manfaat untuk Anggota.

Hijrah bukan sekadar berpindah tempat fizikal, tetapi adalah satu perubahan jiwa ke arah kebaikan dan keimanan yang lebi...
16/06/2026

Hijrah bukan sekadar berpindah tempat fizikal, tetapi adalah satu perubahan jiwa ke arah kebaikan dan keimanan yang lebih kukuh. Jika kita ingin berubah menjadi lebih baik, mulakanlah dengan niat yang ikhlas dan tanamkan azam untuk berubah kerana Allah S.W.T. Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H.

Address

No. 30B, Jalan Mengkudu, Taman Dato Abd Rahman Jaafar
Batu Pahat
83000

Telephone

+6074377901

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Koperasi Pekebun Kecil Daerah Batu Pahat Berhad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Koperasi Pekebun Kecil Daerah Batu Pahat Berhad:

Shortcuts

Share