Majlis Perwakilan Pelajar UTHM

Majlis Perwakilan Pelajar UTHM Official Page of Majlis Perwakilan Pelajar UTHM

|| PROGRAM HUSSEIN HIKERS SIRI V ||Assalamualaikum wbt., Salam Sejahtera dan Salam Nadi Untuk Semua.Majlis Perwakilan Pe...
24/06/2026

|| PROGRAM HUSSEIN HIKERS SIRI V ||

Assalamualaikum wbt., Salam Sejahtera dan Salam Nadi Untuk Semua.

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (MPP UTHM) sesi 2025/2026 dengan kerjasama Kelab Kembara UTHM telah menganjurkan Program Hussein Hikers Siri V pada 20 Jun 2026 yang bertempat di Gunung Datuk, Negeri Sembilan.

Program ini telah disertai oleh seramai 30 orang peserta serta 2 orang pegawai pengiring. Penganjuran program ini bertujuan untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi UTHM.

Diharapkan program seperti ini dapat terus memberi manfaat kepada warga UTHM dalam melahirkan mahasiswa yang aktif, berdaya tahan serta mempunyai kesedaran tinggi terhadap kepentingan menjaga kesihatan fizikal dan menghargai alam sekitar.

Sekian, terima kasih.

“NADI UNTUK SEMUA”

___________________________________

|| HUSSEIN HIKERS SERIES V ||

Assalamu’alaikum wbt., Greetings and Salam Nadi Untuk Semua.

The Student Representative Council of Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (MPP UTHM) for the 2025/2026 session, in collaboration with the UTHM Adventure Club, successfully organized the Hussein Hikers Series V Program on 20 June 2026 at Gunung Datuk.

The program was joined by a total of 30 participants and 2 accompanying officers. It was organized with the aim of promoting a healthy lifestyle among UTHM students while encouraging active participation in outdoor and recreational activities.

It is hoped that programs such as this will continue to benefit the UTHM community by nurturing students who are active, resilient, and highly aware of the importance of maintaining physical well-being and appreciating the natural environment.

Thank you.

“NADI UNTUK SEMUA”

Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2025/2026
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

||   : TAHNIAH KEPADA SAUDARA MUHAMMAD SYAHMIE HAZWAN BIN AMINUDDIN ATAS KEJAYAAN MERAIH TEMPAT KE-3 DALAM INNOVATION CO...
23/06/2026

|| : TAHNIAH KEPADA SAUDARA MUHAMMAD SYAHMIE HAZWAN BIN AMINUDDIN ATAS KEJAYAAN MERAIH TEMPAT KE-3 DALAM INNOVATION COMPETITION ATU-NET MOBILITY PROGRAM 2026 ||

Assalamualaikum wbt., Salam Sejahtera dan Salam Nadi Untuk Semua.

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (MPP UTHM) Sesi 2025/2026 mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Saudara Muhammad Syahmie Hazwan Bin Aminuddin atas kejayaan meraih Tempat Ke-3 dalam Innovation Competition ATU-NET Mobility Program 2026.

Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan dan membuktikan bahawa mahasiswa UTHM mempunyai daya saing, kreativiti serta keupayaan inovasi yang tinggi di peringkat antarabangsa. Pencapaian ini turut mencerminkan komitmen dan usaha berterusan dalam mengharumkan nama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia di persada global.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga UTHM untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan, berani menyahut cabaran serta memanfaatkan peluang yang ada demi pembangunan diri, masyarakat dan negara.

Sekian, terima kasih.

“NADI UNTUK SEMUA”
___________________________________

|| : CONGRATULATIONS TO MUHAMMAD SYAHMIE HAZWAN BIN AMINUDDIN ON ACHIEVING 3RD PLACE IN THE INNOVATION COMPETITION ATU-NET MOBILITY PROGRAM 2026 ||

Assalamualaikum wbt., Greetings and Salam Nadi Untuk Semua.

The Student Representative Council of Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (MPP UTHM) Session 2025/2026 would like to extend its heartfelt congratulations to Muhammad Syahmie Hazwan Bin Aminuddin on achieving 3rd Place in the Innovation Competition ATU-NET Mobility Program 2026.

This achievement reflects the outstanding creativity, innovation, and competitiveness of UTHM students on the international stage.

May this accomplishment inspire all UTHM students to continue striving for excellence, embrace challenges with confidence, and seize opportunities to make meaningful contributions to society and the nation.

Thank you.

“NADI UNTUK SEMUA”

Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2025/2026
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

23/06/2026

‼️FINAL EXAM UTHM SEMESTER INI ADA PERUBAHAN??

Jangan terus scroll dulu!

Ada sedikit perubahan yang perlu anda tahu sebelum menduduki peperiksaan akhir semester ini. Pastikan anda tidak terlepas sebarang maklumat penting yang boleh membantu melancarkan urusan peperiksaan anda.

🎥 Tonton video ini sekarang dan ambil maklum mengenai perubahan yang telah ditetapkan.

|| SELAMAT MENJALANI MINGGU ULANG KAJI ||Assalamualaikum wbt., Salam Sejahtera dan Salam Nadi Untuk Semua.Memasuki mingg...
23/06/2026

|| SELAMAT MENJALANI MINGGU ULANG KAJI ||

Assalamualaikum wbt., Salam Sejahtera dan Salam Nadi Untuk Semua.

Memasuki minggu ulang kaji, kami daripada barisan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (MPP UTHM) Sesi 2025/2026 ingin mengucapkan Selamat Menjalani Minggu Ulang Kaji dan selamat maju jaya kepada seluruh mahasiswa/i UTHM.

Semoga tempoh yang diberikan ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk memperkukuh kefahaman, meningkatkan keyakinan diri serta membuat persediaan yang terbaik menjelang peperiksaan. MPP UTHM mendoakan agar seluruh mahasiswa/i dikurniakan ketenangan, kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan pembelajaran dan memperoleh kejayaan yang cemerlang hasil daripada usaha yang telah dicurahkan.

Sekian, terima kasih.

“NADI UNTUK SEMUA”

___________________________________

|| WISHING YOU A PRODUCTIVE REVISION WEEK ||

Assalamualaikum wbt., Greetings and Salam Nadi Untuk Semua.

As the revision week begins, the Student Representative Council of Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (MPP UTHM) Session 2025/2026 would like to extend our warmest wishes for a productive revision week and wish all UTHM students the very best in their preparations.

May this revision week be fully utilised to strengthen your understanding, build your confidence, and prepare thoroughly for the upcoming examinations. The Student Representative Council (MPP UTHM) prays that all students are blessed with peace of mind, good health, and ease in their academic journey, and that your hard work and dedication will be rewarded with outstanding success.

Thank you.

“NADI UNTUK SEMUA”

Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2025/2026
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

11/06/2026

Student Minimart A12 is back! 🎉Jom tengok apa yang ada di minimart pelajar KKCP dan nikmati kemudahan yang disediakan!

11/06/2026

🧠 Pernah rasa penat, tertekan atau hilang motivasi?

Kesihatan mental memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian, sama ada sebagai pelajar mahupun staf. Apabila mental sihat, kita lebih fokus, produktif dan mampu mengurus cabaran dengan lebih baik. 💚

Jom dengarkan perkongsian khas bersama Pengarah Pusat Kaunseling UTHM tentang kepentingan menjaga kesihatan mental dan bagaimana kita semua boleh mewujudkan persekitaran yang lebih positif serta sejahtera.Kesihatan mental penting. Kesedaran bermula dengan diri kita.

06/06/2026

|| HEBAHAN KASIH HARAPAN ||

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga mahasiswa UTHM.

Majlis Perwakilan Pelajar UTHM dengan kerjasama Hal Ehwal Pelajar (HEP) membuka permohonan Bantuan Kasih Harapan kepada pelajar yang memerlukan dan menetap di luar kampus.

Melalui inisiatif ini, bantuan kewangan sebanyak RM100 akan diberikan kepada pelajar yang layak bagi membayar duit rumah sewa.

Sekiranya anda menghadapi kesukaran kewangan atau mengenali rakan yang memerlukan bantuan, anda dialu-alukan untuk membuat permohonan melalui pautan yang disediakan.

📌 Syarat utama:
• Pelajar aktif UTHM
• Menetap di luar kampus
• Dan lain lain

📅 Tarikh tutup permohonan: [4/6/2026-9/6/2026]
🔗 Pautan permohonan SMART UTHM: https://smart.uthm.edu.my/dashboardp/mainpage

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi :

01156550411 - SYAHMIE (Mpp JKK)

Yang menjalankan tugas;

Jabatan Kebajikan dan Kesejahteraan
Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2025/2026
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

30/05/2026

📢 Draf Jadual Peperiksaan Akhir telah dikeluarkan!

Jom tonton video ini sampai habis untuk memahami perkara yang perlu anda semak pada draf jadual peperiksaan. 📚✨

Pastikan anda menyemak jadual dengan teliti bagi mengelakkan sebarang pertindihan jadual, kesilapan maklumat atau masalah lain yang boleh menjejaskan urusan peperiksaan anda.

29/05/2026

🔥 Fahami Fungsi dan Portfolio MPP UTHM: Timbalan Yang Dipertua ✨

Tahukah anda siapa individu yang memainkan peranan penting dalam membantu memimpin serta memastikan kelancaran gerak kerja Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia? 🚀

Jom tonton video ini sampai habis dan kenali Timbalan Yang Dipertua MPP UTHM sesi 2025/2026 serta peranannya dalam menyelaras kepimpinan, memperkukuh pentadbiran dan membawa suara mahasiswa ke arah kampus yang lebih progresif dan sejahtera. 🔥🤝

Address

Batu Pahat
86400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Perwakilan Pelajar UTHM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Majlis Perwakilan Pelajar UTHM:

Share