19/08/2026
π PEMBENTANGAN HASIL KAJIAN BSI | MAHKAMAH KUALA LUMPUR
Pembentangan hasil kajian *Building Structural Integrity (BSI)* bagi *Mahkamah Kuala Lumpur* telah dilaksanakan sebagai usaha memperkukuh penilaian dan pemahaman terhadap integriti struktur bangunan.
Bertempat di *Jabatan Kerja Raya WP Kuala Lumpur, Bilik Mesyuarat Lavender Sunway Putra Mall.* Pembentangan ini telah disampaikan oleh tiga penyelidik daripada pihak *Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)*, diketuai oleh:
π¨βπ¬ Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Riduan bin Yunos
π¨βπ¬ Ts. Dr. Akram Mohamed Rajab Mhaya
π¨βπ¬ Eur. Ing. Ts. Dr. Seyed Jamalaldin Seyed Karim
Bagi pihak *Qudos Cipta*, kami amat berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada inisiatif yang mengetengahkan kepentingan keselamatan, ketahanan dan integriti struktur bangunan melalui kajian, kepakaran dan pendekatan berasaskan data.
Kerjasama antara pihak industri dan institusi akademik merupakan satu langkah penting dalam menghasilkan kajian yang bernilai serta memberi impak kepada pembangunan dan penyelenggaraan bangunan yang lebih selamat dan berintegriti.