28/08/2026
A Milestone for MEDIVEN: Co-founder Dr Lim Li Sze Receives the IMDEC 2026 Lifetime Achievement Award
MEDIVEN congratulates our Co-founder and Operations Director, Dr Lim Li Sze, on receiving the Lifetime Achievement Award at IMDEC 2026 this morning. This recognition honours her leadership and contributions to medical device technology and diagnostic solutions.
The award was presented during the IMDEC 2026 Closing Ceremony by YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Deputy Prime Minister of Malaysia, alongside:
• YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Minister of Health Malaysia
• YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Secretary-General, Ministry of Health Malaysia
• YBhg. Datuk Ts. Dr Muralitharan Paramasua, Chief Executive Officer, Medical Device Authority (MDA)
• Dr Akmal Yusof, Clinical Research of Malaysia (CRM)
Since MEDIVEN’s establishment in 2012, we have developed and manufactured a portfolio of diagnostic solutions while adhering to the standards of regulatory compliance under the framework of the Medical Device Authority (MDA). We remain steadfast in upholding high standards and persistent in driving compliance, quality, and innovation across the sector. We thank Datuk Ts. Dr Muralitharan and the MDA for this recognition and their continued support.
Dr Lim received the award alongside Datuk Dr Mukundan Pillay, former Deputy Director-General of Health (Research and Technical Support), former Chairman of the Asian Harmonization Working Party, and former Chair of the ASEAN Medical Device Committee. We congratulate Datuk Dr Mukundan Pillay on his recognition and his contributions to medical device regulation across Malaysia and ASEAN. Dr Lim and Datuk Dr Mukundan Pillay were the two recipients of this year's award.
Congratulations to Dr Lim on this achievement again!
--------------------------------------------------------------------------
Pencapaian Bermakna buat MEDIVEN: Pengasas Dr Lim Li Sze Menerima Anugerah Pencapaian Seumur Hidup IMDEC 2026
MEDIVEN mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pengasas merangkap Pengarah Operasi kami, Dr Lim Li Sze, atas penerimaan Anugerah Pencapaian Seumur Hidup di IMDEC 2026 pagi ini. Pengiktirafan ini memartabatkan kepimpinan serta sumbangan beliau dalam bidang teknologi peranti perubatan dan penyelesaian diagnostik.
Anugerah tersebut telah disampaikan semasa Majlis Penutup IMDEC 2026 oleh YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, diiringi oleh:
• YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia
• YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia
• YBhg. Datuk Ts. Dr Muralitharan Paramasua, Ketua Pegawai Eksekutif, Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA)
• Dr Akmal Yusof, Penyelidikan Klinikal Malaysia (CRM)
Sejak penubuhan MEDIVEN pada tahun 2012, kami telah membangunkan dan memproses pelbagai penyelesaian diagnostik dengan mematuhi piawaian pematuhan kawal selia di bawah kerangka Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA). Kami kekal berpendirian teguh dalam memelihara standard yang tinggi serta konsisten dalam memacu pematuhan, kualiti, dan inovasi di seluruh sektor ini. Kami merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Datuk Ts. Dr Muralitharan dan MDA atas pengiktirafan serta sokongan berterusan ini.
Dr Lim menerima anugerah ini bersama Datuk Dr Mukundan Pillay, bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), bekas Pengerusi Asian Harmonization Working Party, dan bekas Pengerusi Jawatankuasa Peranti Perubatan ASEAN.
Kami mengucapkan tahniah kepada Datuk Dr Mukundan Pillay atas pengiktirafan ini dan sumbangan beliau terhadap kawal selia peranti perubatan di Malaysia dan ASEAN. Dr Lim dan Datuk Dr Mukundan Pillay merupakan dua penerima tunggal bagi anugerah tahun ini.
Sekali lagi, tahniah diucapkan kepada Dr Lim atas pencapaian ini!