Qurtubiz

Qurtubiz Merealisasi Islam Bersama... Memartabatkan dakwah, ilmu, siyasah, ekonomi, kebajikan ummah... Perjuangan kita bersama...

Qurtubiz Resources merupakan salah satu anak syarikat di bawah seliaan Maahad Tahfiz Al Imam Al Qurtubi

๐Š๐„๐๐ˆ๐Œ๐๐ˆ๐๐€๐ ๐’๐€๐“๐” ๐€๐Œ๐€๐๐€๐‡Setiap dari kita memegang amanah untuk memberikan amanah kepimpinan buat calon yang bakal memimpin...
17/11/2022

๐Š๐„๐๐ˆ๐Œ๐๐ˆ๐๐€๐ ๐’๐€๐“๐” ๐€๐Œ๐€๐๐€๐‡

Setiap dari kita memegang amanah untuk memberikan amanah kepimpinan buat calon yang bakal memimpin negara. Buat pertimbangan dengan ilmu dan iman.
Antara kriteria yang ulama gariskan untuk kita memilih sebagai pemimpin, pemimpin itu mestilah:
1. Melaksanakan amar ma'ruf (menjaga kebajikan rakyat, melaksanakan tugas kepimpinan dengan baik dan lain-lain)
2. Nahi munkar (menolak perkara-pekara tidak baik, rasuah dan sebagainya)
3. Mengajak orang beriman kepada Allah SWT. (menegakkan islam di dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara)
Buatlah pilihan yang bijak dan baik untuk kebaikan kita bukan hanya di dunia, lebih-lebih lagi kebaikan kita di akhirat kelak ketika dibangkitkan nanti untuk bertemu Allah SWT.
Salam Jumaat barokah. Moga Allah sentiasa mengampuni kita atas dosa-dosa kita, menanam kecintaan dan menjadikan Baginda Nabi ๏ทบ sebagai suri tauladan buat kehidupan kita dan moga Allah melapangkan bagi kita rezeki untuk kita berkongsi bagi mereka yang memerlukan.

Maahad Tahfiz Al Imam Al Qurtubi
23 Rabi'ul Akhir 144H

๐™น๐š„๐™ผ๐™ฐ๐™ฐ๐šƒ ๐™ฟ๐™ด๐š๐šƒ๐™ฐ๐™ผ๐™ฐ ๐š๐™ฐ๐™ฑ๐™ธ'๐š„๐™ป ๐™ฐ๐™ฝ๐š†๐™ฐ๐šDan Kami tidak mengutus engkau (Muhammad) melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi seluruh alam...
29/09/2022

๐™น๐š„๐™ผ๐™ฐ๐™ฐ๐šƒ ๐™ฟ๐™ด๐š๐šƒ๐™ฐ๐™ผ๐™ฐ ๐š๐™ฐ๐™ฑ๐™ธ'๐š„๐™ป ๐™ฐ๐™ฝ๐š†๐™ฐ๐š

Dan Kami tidak mengutus engkau (Muhammad) melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi seluruh alam.
- Surah Al Anbiya ayat 107

"Banyak orang sakit, matanya sakit, tangannya sakit dan lainnya. Namun orang yang paling sakit ialah yang tidak mencintai dan merindukan Rasulullah ๏ทบ." - KH Maimoen Zubair

Moga Allah memberikan kita kekuatan untuk terus meneladani Baginda Nabi ๏ทบ dalam setiap sudut kehidupan kita.

Banyakkan berselawat demi menzahirkan kecintaan kita kepada Baginda Nabi ๏ทบ.

Jangan lupa al Kahfi di jumaat barokah.



'ulAwwal

Qurtubiz
3 Rabi'ul Awwal 1444H

๐—ž๐—˜๐—ง๐—˜๐—ก๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—ฌ๐—œ๐——๐—จ๐—Ÿ ๐—”๐—ฌ๐—ฌ๐—”๐— Maha Suci Allah yang terus menjaga kehidupan setiap hamba-hambaNya. Masih memberi nikmat yang b...
15/09/2022

๐—ž๐—˜๐—ง๐—˜๐—ก๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—ฌ๐—œ๐——๐—จ๐—Ÿ ๐—”๐—ฌ๐—ฌ๐—”๐— 

Maha Suci Allah yang terus menjaga kehidupan setiap hamba-hambaNya. Masih memberi nikmat yang berterusan hari demi hari. Moga Allah tidak menggolongkan kita dikalangan manusia yang tertipu demi keberuntungan dunia.
Moga Allah sentiasa memelihara iman yang ada dalam hati kita dengan kita banyak menyebut Asma'Nya. Diberikan kita keasyikan berselawat buat Baginda Nabi ๏ทบ. Meluaskan bagi kita rezeki untuk saling berbagi.
Salam Jumaat barokah, salam sayyidul ayyam.

Qurtubiz
19 Safar 1444H


๐ƒ๐”๐๐ˆ๐€ ๐’๐„๐Œ๐„๐๐“๐€๐‘๐€ ๐€๐Š๐‡๐ˆ๐‘๐€๐“ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐๐˜๐€Dunia merupakan persinggahan sementara sebelum kita menjalani kehidupan yang abadi dan ...
01/09/2022

๐ƒ๐”๐๐ˆ๐€ ๐’๐„๐Œ๐„๐๐“๐€๐‘๐€ ๐€๐Š๐‡๐ˆ๐‘๐€๐“ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐๐˜๐€

Dunia merupakan persinggahan sementara sebelum kita menjalani kehidupan yang abadi dan hakiki, kehidupan akhirat yang tidak ada penghujungnya.
Moga Allah sentiasa meletakkan dan menetapkan taqwa dalam hati kita. Sentiasa melorong hati kita untuk terus mempersiapkan diri bagi membawa bekal kembali bertemu Allah.
Jangan bertangguh untuk melakukan amal soleh dan rebut peluang untuk beramal ketika kita masih muda, sihat dan lapang semasa hidup kita.
Salam Jumaat barokah, moga Allah sentiasa mengampuni kita, menanamkan sedalam cinta buat Baginda Nabi ๏ทบ dan sentiasa melancarkan rezeki kita dengan banyak berkongsi sesama kita.

Jom al Kahfi!

Qurtubiz
5 Safar 1444H



๐˜ฟ๐˜ผ๐™๐™„ ๐™Ž๐™€๐™ˆ๐™‹๐™„๐™๐™‰๐™”๐˜ผ ๐˜ฟ๐™๐™‰๐™„๐˜ผ, ๐™†๐™€๐™‹๐˜ผ๐˜ฟ๐˜ผ ๐™‡๐™๐˜ผ๐™Ž๐™‰๐™”๐˜ผ ๐˜ฟ๐™๐™‰๐™„๐˜ผ ๐˜ฟ๐˜ผ๐™‰ ๐˜ผ๐™†๐™ƒ๐™„๐™๐˜ผ๐™Ibrah menerusi kisah Ribโ€™ie bin Amir, beliau melakukan hal itu dal...
31/08/2022

๐˜ฟ๐˜ผ๐™๐™„ ๐™Ž๐™€๐™ˆ๐™‹๐™„๐™๐™‰๐™”๐˜ผ ๐˜ฟ๐™๐™‰๐™„๐˜ผ, ๐™†๐™€๐™‹๐˜ผ๐˜ฟ๐˜ผ ๐™‡๐™๐˜ผ๐™Ž๐™‰๐™”๐˜ผ ๐˜ฟ๐™๐™‰๐™„๐˜ผ ๐˜ฟ๐˜ผ๐™‰ ๐˜ผ๐™†๐™ƒ๐™„๐™๐˜ผ๐™

Ibrah menerusi kisah Ribโ€™ie bin Amir, beliau melakukan hal itu dalam rangka meruntuhkan mental pasukan Parsi yang begitu mengagungkan harta. Saat Rustum Panglima Tentera Parsi bertanya kepada Ribโ€™ie bin Amir, โ€Risalah apa yang kalian bawa?โ€.
Ribโ€™ie menjawab,โ€Allah mengutus kami untuk mengeluarkan manusia dari penghambaan terhadap sesama hamba menuju penghambaan kepada Sang pencipta. Menyelamatkan manusia dari kezaliman menuju keadilan yang diwujudkan oleh Islam. Membawa manusia dari sempitnya dunia menuju kelapangan dunia dan akhirat.โ€
Moga Allah memelihara negara kita dengan keamanan dan kemakmuran. Moga syiar Islam di negara kita terus berkembang demi menawarkan kehidupan sebenar yang lebih baik.

Salam Merdeka ke 65

Qurtubiz
3 Safar 1444H



๐™Ž๐™–๐™—๐™–๐™ง ๐˜ฝ๐™ž๐™ก๐™– ๐™Ž๐™ช๐™จ๐™–๐™, ๐™Ž๐™ฎ๐™ช๐™ ๐™ช๐™ง ๐˜ฝ๐™ž๐™ก๐™– ๐™Ž๐™š๐™ฃ๐™–๐™ฃ๐™œSeluruh kehidupan bagi seorang mukmin itu sentiasa meletakkan Allah di hadapan. Sang...
11/08/2022

๐™Ž๐™–๐™—๐™–๐™ง ๐˜ฝ๐™ž๐™ก๐™– ๐™Ž๐™ช๐™จ๐™–๐™, ๐™Ž๐™ฎ๐™ช๐™ ๐™ช๐™ง ๐˜ฝ๐™ž๐™ก๐™– ๐™Ž๐™š๐™ฃ๐™–๐™ฃ๐™œ

Seluruh kehidupan bagi seorang mukmin itu sentiasa meletakkan Allah di hadapan. Sangkaannya tentang apa yang ditakdirkan Allah adalah sentiasa yang terbaik buatnya. Ini kerana seseorang yang beriman sentiasa sedar kehidupannya di atas muka bumi ini tertakluk kepada ketetapan Allah SWT.
Setiap apa yang berlaku dalam kehidupan seorang mukmin semuanya adalah baik. Menerima setiap ketentuan yang berlaku dalam kehidupan kerana mengetahui di sebalik semua yang berlaku pasti ada hikmah yang akan dikurniakan Allah SWT. Orang yang beriman, tidak akan sama sekali mengeluh terhadap apa yang berlaku dalam kehidupannya.
Setiap mukmin berusaha melakukan setiap perkara mengikut syariat yang ditetapkan Allah dan Rasulullah ๏ทบ. Maka natijah daripada usaha berkenaan akan diterima oleh orang mukmin kerana dia sedar akan kuasa Allah SWT menentukan segalanya yang terbaik untuk hambaNya. Terbaik untuk dirinya.
Salam Jumaat, jom banyakkan istighfar memohon keampunan dari Allah SWT, banyakkan selawat buat junjungan Nabi ๏ทบ dan banyak memberi apa yang telah Allah lebihkan buat kita.
Baca al Kahfi ya. Moga Allah menjaga kita dari segala fitnah dunia.

Qurtubiz
14 Muharram 1444H

๐๐š๐ง๐ญ๐š๐ฌ ๐Œ๐š๐ฌ๐š ๐๐ž๐ซ๐ฅ๐š๐ฅ๐ฎ ๐Œ๐ž๐ง๐ข๐ง๐ ๐ ๐š๐ฅ๐ค๐š๐ง ๐Š๐ข๐ญ๐šJikalah seseorang mendapatkan kenikmatan dunia, maka kenikmatan itu sangat singkat....
04/08/2022

๐๐š๐ง๐ญ๐š๐ฌ ๐Œ๐š๐ฌ๐š ๐๐ž๐ซ๐ฅ๐š๐ฅ๐ฎ ๐Œ๐ž๐ง๐ข๐ง๐ ๐ ๐š๐ฅ๐ค๐š๐ง ๐Š๐ข๐ญ๐š

Jikalah seseorang mendapatkan kenikmatan dunia, maka kenikmatan itu sangat singkat. Demikian p**a jika seseorang mendapatkan kesulitan dalam kehidupan dunia, maka itu pun sangat singkat.
Moga sepanjang tahun ini dan tahun-tahun berikutnya, Allah sentiasa memelihara kehidupan kita. Di dalam sukar atau senang. Moga Allah memudahkan bagi kita setiap urusan hidup kita, mencari rezeki yang telah Allah jaminkan atas kita.
Jom banyakkan kembali kepada Allah dengan jalan istighfar memohon keampunan dariNya, banyakkan tanam kecintaan kepada Nabi ๏ทบ dengan banyak berselawat. Dan moga Allah memelihara rezeki kita dengan banyaknya kita berkongsi dengan yang memerlukan.
Salam Jumaat Barokah.

Qurtubiz
7 Muharram 1444H



๐๐€๐“๐€๐‡ ๐“๐”๐Œ๐๐”๐‡ ๐‡๐ˆ๐‹๐€๐๐† ๐๐„๐‘๐†๐€๐๐“๐ˆPenghujung Zulhijjah. Penghujung tahun hijriah.Bakal berlalu setahun dari umur kita, moga Al...
28/07/2022

๐๐€๐“๐€๐‡ ๐“๐”๐Œ๐๐”๐‡ ๐‡๐ˆ๐‹๐€๐๐† ๐๐„๐‘๐†๐€๐๐“๐ˆ

Penghujung Zulhijjah. Penghujung tahun hijriah.
Bakal berlalu setahun dari umur kita, moga Allah memberi manfaat dalam kehidupan sepanjang hidup kita.
Hidup adalah ujian untuk kita, melihat siapa diantara kita yang paling baik amalannya. Firman Allah dalam surah Al Mulk ayat 2 mafhumnya:

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
Terus bergerak dalam langkahan membawa hati yang sarat dengan pengharapan redha Allah SWT, kecintaan seutuhnya buat Baginda Nabi ๏ทบ.
Moga sepanjang hidup kita, Allah sentiasa mengutamakan hati kita untuk melihat hikmah atas apa yang Allah takdirkan dalam perjalanan ini. Perjalanan yang bakal terhenti apabila tiba waktunya, tidak diawalkan dan dilewatkan walau sesaat.
Salam Jumaat Barokah.

Qurtubiz
29 Zulhijjah 1443H

๐‘น๐’‚๐’‰๐’”๐’Š๐’‚ ๐‘ด๐’‚๐’๐’‚๐’ŽSudah masuk dipertengahan Zulhijjah, bulan terakhir di dalam tahun Islam Hijriyah. Tahun berganti tahun kada...
14/07/2022

๐‘น๐’‚๐’‰๐’”๐’Š๐’‚ ๐‘ด๐’‚๐’๐’‚๐’Ž

Sudah masuk dipertengahan Zulhijjah, bulan terakhir di dalam tahun Islam Hijriyah. Tahun berganti tahun kadang tanpa kita merasainya.
Di malam yang penuh barokah ini, penghulu segala hari moga Allah sentiasa menetapkan hati kita untuk terus tunduk memohon keampunan dan rahmat dariNya.
Moga Allah sentiasa menjaga segala urusan dunia kita.
Jom banyakkan berdoa di setiap malam kita moga Allah memperkenankan apa yang dihajatkan kita untuk kebaikan dunia dan akhirat kita.
Salam Jumaat, jom baca Al Kahfi.

Qurtubiz
15 Zulhijjah 1443H



๐˜š๐˜ˆ๐˜“๐˜ˆ๐˜” ๐˜ก๐˜œ๐˜“๐˜๐˜๐˜‘๐˜‘๐˜ˆ๐˜Jom banyakkan selawat kepada Baginda Nabi ๏ทบ di hari yang penuh barokah, awal Zulhijjah yang jatuh padanya...
30/06/2022

๐˜š๐˜ˆ๐˜“๐˜ˆ๐˜” ๐˜ก๐˜œ๐˜“๐˜๐˜๐˜‘๐˜‘๐˜ˆ๐˜

Jom banyakkan selawat kepada Baginda Nabi ๏ทบ di hari yang penuh barokah, awal Zulhijjah yang jatuh padanya di penghulu segala hari yang selalu kita nantikan setiap pekan di dalam kehidupan kita.
10 awal Zulhijjah mempunyai keistimewaan yang luar biasa. Moga Allah sentiasa memelihara kita, sentiasa memberkahi kehidupan kita. Melapangkan masa kita untuk terus istiqomah dan ikhlas dalam ibadah.

Qurtubiz
1 Zulhijjah 1443H


๐™๐™š๐™™๐™๐™– ๐˜ผ๐™ก๐™ก๐™–๐™ ๐™‡๐™š๐™—๐™ž๐™ ๐™๐™ฉ๐™–๐™ข๐™–Jangan sampai kita lebih memikirkan pandangan dan telahan daripada manusia sehingga terlupa menuj...
24/06/2022

๐™๐™š๐™™๐™๐™– ๐˜ผ๐™ก๐™ก๐™–๐™ ๐™‡๐™š๐™—๐™ž๐™ ๐™๐™ฉ๐™–๐™ข๐™–

Jangan sampai kita lebih memikirkan pandangan dan telahan daripada manusia sehingga terlupa menuju impian yang lebih nyata iaitu mencari redha Allah S.W.T.
Redha manusia itu adalah matlamat yang sukar dicapai, manakala redha Allah itu adalah matlamat yang tidak boleh ditinggalkan. Maka, tinggalkanlah makhluk yang sifatnya tidak mampu dan carilah yang mencukupkan.
Moga dihari yang penuh barokah ini, Allah meringankan badan kita untuk terus beribadah kepada Allah, meringankan lidah untuk terus memohon keampunan kepada Allah dan sentiasa berselawat kepada Nabi ๏ทบ. Meringankan tangan kita untuk terus memberi dan berkongsi.
Jom al Kahfi!

Qurtubiz
24 Zulkaedah 1443H

๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—๐—จ๐— ๐—”๐—”๐—ง, ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—œ๐— ๐—˜๐—ช๐—”Bersedekah, banyakkan berselawat buat baginda Nabi Muhammad ๏ทบ, membaca Surah Al Kahfi antara a...
26/05/2022

๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—๐—จ๐— ๐—”๐—”๐—ง, ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—œ๐— ๐—˜๐—ช๐—”

Bersedekah, banyakkan berselawat buat baginda Nabi Muhammad ๏ทบ, membaca Surah Al Kahfi antara amalan yang dianjurkan pada hari istimewa ini.
Jom rebut fadhilat jumaat bermula dari malamnya.
Moga Allah melapangkan bagi kita segala urusan untuk terus mendekatkan diri kepadaNya.

Qurtubiz
26 Syawal 1443H

Address

173F KAMPUNG MATAHARI NAIK SEMELING
Bedong

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Qurtubiz posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Qurtubiz:

Share

Category