Aladdin.com

Aladdin.com Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Aladdin.com, Business service, Lot. 21073 Jalan Permai 2, Genting Permai Avenue, Genting Highland, Bentong.

24/08/2023
14/11/2022

KUAH SATAY ATAU KUAH KACANG

Untuk juadah Hujung Minggu

》600 gm kacang tanah ~ digoreng, dibuang kulit dan separuh blender halus dan separuh lagi tumbuk kasar dengan batu lesung.

Bahan Kisar

》4 biji buah keras
》1 sudu kecil serbuk jintan putih ~ di sangai dan kisar halus
》1 sudu besar biji ketumbar ~ di sangai dan kisar halus
》20 gm udang kering ~ rendam sebentar dan cuci bersih
》5 biji bawang merah ros ~ belah 4 dan di goreng dengan sedikit minyak
》3 ulas bawang putih ~ di belah 2 dan di goreng dengan sedikit minyak
》20 tangkai cili kering ~ di goreng dengan sedikit minyak
》3 batang serai ~ ambil bahagian putih sahaja
》3 cm lengkuas
》1/2 inc belacan bakar

Sangai jintan dan biji ketumbar dahulu, angkat dan ketepikan

Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan goreng bawang merah dan bawang putih

Setelah layur angkat dan ketepikan
Kemudian goreng p**a lada kering, jangan sampai hangus ya nanti kuahnya pahit.
Satukan semua bahan dan kisar halus.

Bahan Lain

》1 cawan gula Melaka atau gula kabung
》1/2 cawan minyak untuk menumis
》1/2 cawan santan
》1 batang serai ~ di titik
》40 gm asam jawa ~ di campur air dan ambil jusnya
》Garam dan gula secukup rasa
》Air secukupnya ~ air anggaran 5 cawan bila di campur dengan air lebihan perapan daging
》Air lebihan perapan daging

Panaskan sedikit minyak dan tumiskan serai yang telah di titik

Kemudian masukkan bahan kisar dan masak hingga harum dan terbit minyak
Masukkan air perapan daging, renihkan hingga terbit minyak

Kemudian masukkan kacang tanah yang di tumbuk halus sedikit-sedikit sambil di kacau hingga kacang sebati dan betul-betul masak.
Jika kuah agak pekat, tambahkan air. Kuah satay ni kalau dia sejuk nanti dia akan pekat, jadi pandai-pandai agak sukatan air.

Renihkan hingga mendidih
Kemudian masukkan gula Melaka, air asam , garam dan gula secukup rasa.

Kuah satay ni dia kena manis-manis pedas baru sedap!
Akhir sekali masukkan santan

Masak hingga kuah sedikit pekat
Dah siap boleh lah di hidangkan bersama satay kita tadi.

Tapi biasa buat kuah dahulu tau sebelum bakar satay. Kuah dah siap baru kita bakar satay, baru sedap makan satay panas dengan kuah lemak manis!

03/11/2022

RESEPI GULAI KAMBING
*Tengok sini 👉🏻

Bahan-bahan dan Cara-cara :
(500g daging kambing)
1.Tumis 1 sudu kecil campuran halba campur. (Cikgu lupa orang panggil apa. Ada jual dekat kedai)Diikuti dengan setangkai daun kari.
2.Kemudian masukkan bahan kisar di bawah sehingga wangi :
1 1/2 biji bawang merah saiz bola ping pong.
1 ulas kecil bawang putih
1 hiris nipis bulat serai
1 hiris nipis halia
1/2 hiris nipis lengkuas
3.Seterusnya, masukkan 3 sudu besar rempah kari + 1 sudu kecil serbuk cili Baba’s.
Tumis sehingga garing.
4.Tuang segelas air. Masukkan perasa peringkat pertama.
1/2 relung nisse@ 1/2 sudu besar gula melaka
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil gula
secubit dua serbuk perasa
5.Biarkan bahan tumis pecah minyak dalam api perlahan kira-kira 5-8 minit. Boleh tutup periuk. Kacau sesekali.
6.Barulah masukkan daging kambing.
7.Selepas daging mula empuk kira-kira satu jam, masukkan 1 senduk santan, diikuti satu cawan air. Kacau.
8.Tambah perasa peringkat kedua.
Garam, gula ikut citarasa sendiri.
9.Biarkan lagi kuah gulai mendidih dalam api perlahan. Masa kira-kira 6-8 minit sebelum ditutup apinya. Kacau sesekali.Siappp..
10.Padankan dengan ayam goreng.Perghh sedapnya sampai ke bintang.
11.Selamat mencuba.

Credit : Afy Al haibibi

08/08/2022

lagu baharu Cuti-Cuti Malaysia dan TEMUI SEMULA destinasi-destinasi yang mengamit memori. PENYANYI ...

25/04/2022

SAMBAL BELACAN

6 biji limau kasturi (buang biji)
50 g belacan yang telah di bakar
3 biji cili merah + 1 biji cili hijau
8 biji cili padi hijau
25 biji cili padi merah
100 ml air asam jawa pekat
Masukkan sedikit gula dan garam
( kisar kasar bahan2 )

*Nak buat banyak untuk buat stok boleh tambah bahan2 tu

*Bakar belacan sekejap supaya sambal kita lebih beraroma

*Guna asam jawa yg dibancuh dgn air suam.petua supaya sambal belacan tahan lama

*Limau kasturi yg dikisar bersama kulit (buang biji) sambal lebih wangi dan sedap

*Tinggalkan beberapa biji cili api yang masih bertangkai..petua supaya tidak sakit perut makan sambal

Resepi & foto : Nurulain Insyirah

07/02/2021
16/01/2021

Lauk paling d gemari dlm umah akk..sambal ayam goreng garing..😎
Resepinya ringkas je...
Bahan:
Ayam-bersihkan ..potong kecik dan goreng garam kunyit
*2 biji lada besar @ cili masak
*10-15 biji cili padi
*2 biji bwng besar
*3 ulas bwng putih
*sedikit belacan(x nk pun x pe)
2 sudu kicap manis
Garam n perasa
1 biji bwng besar-hiris bulat
Tomato ceri
Cara:
Mesin kasar bhn bertanda *
Tumis bhn mesin hingga garing
Masukkan garam n perasa
Masukkan kicap manis
Masukkan ayam yg siap d goreng td
Kacau rata n masukkan bwng hiris dan tomato ceri ..
Siap!!!

credit : Mazliza Ahmad‎

16/01/2021

Sambal belacan ni saya olah resepinya macam ala-ala resepi bonda rozita. Memang sangat sedap dan membuka selera kami sekeluarga. Semalam ada tengok video dekat page bonda rozita. Perrghhh sedap! Tak pandang dah asam podeh dekat periuk tu.

14/01/2021
14/01/2021

Sedapnya dapat makan tepung bungkus ni. Kalau tinggal dekat kampung, boleh buat untuk makan pagi atau minum petang. Cara nak buat mudah dan bahan senang nak dapat.

14/01/2021

Address

Lot. 21073 Jalan Permai 2, Genting Permai Avenue, Genting Highland
Bentong
69000

Telephone

0139808128

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aladdin.com posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share