Peraih Minyak Masak Terpakai Bentong

Peraih Minyak Masak Terpakai Bentong Harga minyak masak terpakai adalah mengikut harga semasa

Pantun♻️❤️🇲🇾Peraih Minyak Masak Terpakai.Tidur nyenyak mimpi terungkai,Mesti waspada jangan terkalih,Simpan minyak masak...
22/09/2021

Pantun♻️❤️🇲🇾
Peraih Minyak Masak Terpakai.

Tidur nyenyak mimpi terungkai,
Mesti waspada jangan terkalih,
Simpan minyak masak terpakai,
Dijual kepada hamba peraih ...

Bandar Bentong bandar beruntung,
Ramai penjaja membeli lada,
Walau setong walau dua tong,
Cakap sahaja berapa ada ...

Bukan menagih bukan berdalih,
Selia selenggara bersiap sedia,
Alatan canggih mudah alih,
Seluruh negara kami meronda ...

Wasaplah kami janganlah lupa ... 😁
www.wasap.my/+601112219119/ucoMahal
www.wasap.my/+601112219119/ucoMahal
www.wasap.my/+601112219119/ucoMahal

Wakil Perak & Kedah beraksi cemerlang dan wakil Lipis akan menyusul p**a... insyaAllah.

Dapatkan harga maksimum jika anda
adalah pengumpul minyak masak terpakai !!!




Ramadhan dah hampir,Ye bulan yang dinanti nantikan hampir tiba, namun usaha dalam memastikan bumi selamat dari pencemara...
09/04/2021

Ramadhan dah hampir,

Ye bulan yang dinanti nantikan hampir tiba, namun usaha dalam memastikan bumi selamat dari pencemaran tidak pernah herhenti lebih² lagi harga UCO semakin meningkat.

Bagi peniaga dan pengguna yang menggunakan minyak masak boleh menyimpan minyak masak lebihan ke dalam apa apa bekas, botol atau tong tadahan.

Kemudian hubungi kami untuk berurusan jual beli minyak masak terpakai anda, InsyaAllah soal harga kita deal sampai jadi terutama kepada penduduk Bentong, harga yang lebih istimewa diberikan jika menghantar sendiri ke alamat kami (pm utk lokasi).

Bukan sekadar itu, tawaran yang lebih² istimewa juga ditawarkan kepada wakil atau collector yang mengumpul UCO daripada peniaga atau persendirian dengan harga tertinggi (harga kilang).

Minyak masak terpakai ini akan dikumpul dan dihantar ke kilang berdaftar dibawah MPOB dan JAS, dieksport ke Eropah untuk proses BIODIESEL. Jom Kumpul ...!!!

Tel: 011-1221-9119

WhatsApp:
www.wasap.my/+601112219119/UCO






Harga kilang menggalakkan lahir lebih ramai wakil yang turut serta mengumpul UCO.Sejak kempen "Harga Kilang" dilancarkan...
06/04/2021

Harga kilang menggalakkan lahir lebih ramai wakil yang turut serta mengumpul UCO.

Sejak kempen "Harga Kilang" dilancarkan lebih ramai wakil pengumpul yang turut serta dengan menjadi salah seorang "penyelamat bumi". Harga yang lebih tinggi mengikut kuantiti minyak telah menjadikan setiap wakil lebih bersemangat bagi mencapai jumlah minyak masak terpakai yang dikumpul.

Tidak kira anda berada dimana sekitar semenanjung Malaysia, kami sentiasa memastikan UCO terkumpul anda dapat diambil seterusnya dihantar ke kilang berlesen yang betdaftar dibawah MPOB dan JAS.

Sementara itu seorang wakil dari Kluang Johor En.Shafiq Rajak berjaya mengumpul dan menjual 1 tan yang pertama UCO, tahniah diucapkan kepada semua wakil dan ejen.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan dan cadangan sila hubungi: 011-1221-9119

WhatsApp:
www.wasap.my/+601112219119/wakilUCO
www.wasap.my/+601112219119/nakjualUCO
www.wasap.my/+601112219119/tanyaUCO








Tahniah ejen Penang !!! 😘♻️🇲🇾3hb April,Harini buat pertama kalinya ejen (King Bertam) Pulau Pinang menjual minyak masak ...
03/04/2021

Tahniah ejen Penang !!! 😘♻️🇲🇾

3hb April,
Harini buat pertama kalinya ejen (King Bertam) Pulau Pinang menjual minyak masak terpakai. Dalam tempoh tidak berapa lama tong (drum) dapat dipenuhkan.

Syarikat telah menghantar wakil En.Rizal untuk membuat kutipan minyak masak terpakai yang dikumpul oleh ejen (King Bertam) En.MD Sopian Bin Marzuki yang menjalankan perniagaan Char Kuey Teow di Pulau Pinang.

Sementara itu di Bentong dan Raub berjaya meraih sebanyak 300kg daripada kedai dan restoran sekitar Bentong dan Raub.

Wakil dan ejen adalah peraih yang mahir dan terlatih, memastikan setiap tempat dibersihkan terlebih dahulu sebelum meninggalkan tempat pengambilan minyak masak terpakai.

Hubungi kami untuk mendapatkan ejen ejen berhampiran anda sekarang.

Tel: 011-1221-9119 (Bcorp HQ)

www.wasap.my/+601112219119/uco






Harga dan servis perlu mantap.Setiap perniagaan perlu mempunyai kelebihan masing² dalam pertumbuhan dan peningkatan sese...
02/04/2021

Harga dan servis perlu mantap.

Setiap perniagaan perlu mempunyai kelebihan masing² dalam pertumbuhan dan peningkatan sesebuah syarikat.

Terutama harga dan servis yang mantap akan membuatkan pelanggan akan setia berlanggan dengan sesebuah syarikat itu. Usaha kearah lebih cemerlang, doa, usaha, tawakal, silaturahim, kemudahan dan peralatan selain dari sokongan rakan niaga perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa.

Persaingan yang hebat sepatutnya menjadikan sesebuah syarikat itu lebih matang dan menjadi lebih kuat. Sejak musim PKP lebih ramai wakil dan peraih tumbuh lebih² lagi bagi mereka yang mempunyai kemudahan seperti kenderaan dan modal yang kukuh.

Kami sebagai wakil sah kilang berdaftar menawarkan harga terbaik buat para pengumpul (collector) samada yang baru berjinak ataupun yang telah lama menceburi bidang ini. Stokis dan ejen diperlukan lebih ramai lagi bagi memastikan semua pelanggan dapat mengumpul dan menjual minyak masak terpakai kepada kami. Kawasan pendalaman terutamanya.

Masyarakat juga semakin sedar bahawa mengumpul dan menjual minyak masak terpakai kepada peraih berlesen adalah penyumbang dalam Misi Selamatkan Bumi selain dapat membantu lebih ramai Anak Melayu dalam pertumbuhan ekonomi.

Jom kumpul, Hubungi kami untuk pertanyaan lebih lanjut: 011-1221-9119 (Bcorp HQ)

www.wasap.my/+601112219119/uco







Harga UCO dah naik?Sebenarnya tawaran ini bagi menggalakan pertumbuhan dalam pencapaian jumlah kutipan UCO bagi wakil, c...
01/04/2021

Harga UCO dah naik?

Sebenarnya tawaran ini bagi menggalakan pertumbuhan dalam pencapaian jumlah kutipan UCO bagi wakil, collector, peraih atau ejen yang membuat kutipan UCO setiap daerah dan negeri.

Kepada anda (personal) juga masih boleh menikmati harga tertinggi mengikut kuantiti dan keadaan minyak masak terpakai.

Setiap harga dan nilai yang ditawarkan mempunyai pengiraannya. Jarak, keadaan jalan, peniaga atau persendirian, bersih atau berkeladak dan keadaan penyimpanan.

Dan pelbagai kaedah juga boleh dilakukan bagi menjimatkan kos pengambilan dan penjualan. Anda perlu menghubungi kami untuk penjelasan lanjut.

Kepada "collector" yang menghantar atau membekal secara konsisten sememangnya layak menerima tawaran istimewa. Kami menitikberatkan kepuasan setiap wakil pengumpul dan pelanggan kami. Anda hanya perlu berbincang bagi mencapai kesepakatan dalam persetujuan jual beli.

Terima kasih diatas segala kerjasama dan sokongan anda semua, tanpa anda kami tidak dapat meneruskan usaha ini.

Hubungi: 011-1221-9119
www.wasap.my/+601112219119/Uco








Jangan bazirkan minyak masak terpakai anda, kini anda boleh menjana pendapatan dan menyelamatkan alam sekitar dengan men...
20/01/2021

Jangan bazirkan minyak masak terpakai anda, kini anda boleh menjana pendapatan dan menyelamatkan alam sekitar dengan mengumpul minyak masak terpakai anda kepada kami.

Kami adalah wakil sah kilang yang dilantik untuk meraih, membeli dan memborong minyak masak terpakai seterusnya dikitar semula menjadi BIODIESEL.

Permintaan bahan terbuang minyak masak terpakai (UCO) semakin tinggi menjadi peluang jana pendapatan dan berpotensi untuk dijadikan sebagai perniagaan bagi mereka yang ingin menjadi wakil kami.

1. Pastikan minyak masak terpakai (UCO) tidak dibuang kedalam sinki atau mana² saliran. Ia akan menyebabkan saluran tersumbat.

2. Pastikan minyak masak terpakai (UCO) disimpan dalam keadaan selamat didalam tong tadahan bertutup dan bersuhu bilik.

3. Pastikan minyak masak terpakai (UCO) dijual kepada wakil/ejen sah yang dilantik oleh syarikat atau kilang berlesen berdaftar dibawah MPOB dan Jabatan Alam Sekitar.

4. Pastikan minyak masak terpakai (UCO) tidak "terlepas" kepada "peraih HARAM" yang menjalankan kegiatan menapis semula untuk dipasarkan sebagai minyak masak yang baru.

Dengan rasa cintakan alam dan kesedaran yang tinggi anda telah menjadi salah seorang penyelamat bumi Tuhan.

Kumpul dan jual minyak masak terpakai anda untuk menampung kos modal pusingan.Berikutan masalah yang terpaksa dihadapi o...
16/01/2021

Kumpul dan jual minyak masak terpakai anda untuk menampung kos modal pusingan.
Berikutan masalah yang terpaksa dihadapi oleh peniaga khususnya tentang stok minyak bersubsidi (peket) semakin sukar diperolehi dipasaran runcit menyebabkan lebih ramai peniaga yang terpaksa menggunakan minyak masak yang lebih mahal.
Minyak masak jenis (botol) mencecah Rm5 per/kg sedangkan harga minyak masak jenis (peket) sebelum ini hanya Rm2.50 per/kg.
Kenaikan harga makanan juga akan berlaku jika perkara ini berterusan.
Langkah bijak bagi membendung masalah ini adalah dengan mengumpul kembali minyak masak yang telah digunakan dan menjual kepada wakil atau peraih sah yang berdaftar dibawah kilang² berlesen untuk menampung kos perbelanjaan modal pusingan setiap hari.
Mulakan sekarang, kumpul, simpan dan hubungi kami untuk menjual minyak masak terpakai anda dengan harga tertinggi !!!

www.wasap.my/+601112219119/UCO

Update ...Alhamdulillah syukur,Semoga dipermudahkan segala urusan, dalam kesulitan dimusim banjir dan PKPB ini mungkin a...
12/01/2021

Update ...

Alhamdulillah syukur,
Semoga dipermudahkan segala urusan, dalam kesulitan dimusim banjir dan PKPB ini mungkin agak terkesan kepada golongan peniaga terutama kedai makan atau restoran menyebabkan pengambilan dan pengump**an minyak masak terpakai akan berkurangan.

Namun itu tidaklah melunturkan semangat untuk terus berjuang dalam misi menyelamatkan bumi hijau dan membentras kegiatan peraih haram yang menapis semula minyak masak terpakai untuk dijual di pasaran.

Terdekat ini kami ada terima banyak rungutan dari pengguna dan peniaga yang menggunakan minyak masak jenis "peket" mengatakan stok amat sukar diperolehi di pasaran, mereka terpaksa mengeluarkan kos yang agak tinggi untuk membeli (menukar kepada) minyak masak didalam botol.

Mungkin dengan hal ini akan wujudnya peraih² haram yang akan mengambil kesempatan untuk menapis semula seterusnya memasarkan minyak masak jenis "peket"!!!

Untuk pengetahuan, minyak masak yang terpakai "tidak dibenarkan atau salah" untuk dikitar semula menjadi minyak masak kembali.

Oleh itu kami menyeru dan merayu kepada anda semua agar berhati hati dalam membeli minyak masak dan jika ingin menjual minyak masak terpakai kepada mana² peraih tolong pastikan mereka adalah wakil dari kilang yang berdaftar dan berlesen dari MPOB dan Jabatan Alam Sekitar.

Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi ditalian ini (24hours) : 01112219119

Address

No. 91 Lorong Orkid 5, Taman Orkid
Bentong
28700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Peraih Minyak Masak Terpakai Bentong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Peraih Minyak Masak Terpakai Bentong:

Share