Trash4cashmy

Call Directions Website

Trash4cashmy We Transform the Current Waste Management into Resource Management

SAVE THE DATE‼️Your recyclables have a date with us.Trash4Cash will be at several locations this September–October 2026....
17/09/2026

SAVE THE DATE‼️

Your recyclables have a date with us.

Trash4Cash will be at several locations this September–October 2026. Bring your recyclables, drop them off and turn your waste into value.

21 Sept β€” MMU Stadium Parking Lot, Cyberjaya
25 Sept β€” Foyer Taska MITI
26 Sept β€” DPulze Cyberjaya
26 Sept β€” Kementerian Kewangan
3 Oct β€” IOI Galleria puchong

See you guys there!!

16/09/2026

Redha dan terima dgn hati yang terbuka. Mereka hanya menjalankan tugas. Alang2 hensemkan terus sang pink 🩷

Selamat Hari Malaysia!Bersama kita membina Malaysia yang lebih bersih, lestari dan sejahtera untuk generasi akan datang....
16/09/2026

Selamat Hari Malaysia!

Bersama kita membina Malaysia yang lebih bersih, lestari dan sejahtera untuk generasi akan datang.

Salam Hari Malaysia daripada seluruh warga Trash4Cash.

08/09/2026

♻️ PUSAT KITAR SEMULA SECARA PANDU LALU (ADTREC) DI KAWASAN MPAJ πŸš—πŸŒ±

Tahukah anda? Kini warga Ampang Jaya boleh menghantar bahan kitar semula dengan lebih mudah melalui Pusat Kitar Semula Secara Pandu Lalu (Automatic Drive Thru Recycling Centre – ADTREC) yang disediakan di beberapa lokasi dalam kawasan pentadbiran MPAJ.

Inisiatif ini merupakan hasil kerjasama MPAJ bersama KDEB Waste Management Sdn. Bhd. dan Bumi Waste Management (M) Sdn. Bhd. bagi menggalakkan amalan kitar semula serta pengasingan sisa di punca dalam kalangan komuniti.

🌿 Kenapa perlu kitar semula?
βœ… Mengurangkan jumlah sisa yang dihantar ke tapak pelupusan
βœ… Menggalakkan pengasingan sisa di punca
βœ… Menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar
βœ… Membentuk komuniti yang lebih prihatin terhadap pengurusan sisa

πŸ“¦ Antara bahan kitar semula yang boleh dihantar:
πŸ“„ Kertas
♻️ Plastik
πŸ“¦ Kotak
πŸ₯« Aluminium

πŸ“ LOKASI ADTREC DI KAWASAN MPAJ:

1. ADTREC MPKK Kg. Baru Ampang
πŸ“ Dewan MPKK Kg. Baru, Ampang, Selangor

2. ADTREC JPKK Kg. Sri Taman Baru
πŸ“ Dewan Orang Ramai, Kampung Sri Taman Baru, Jalan Tasik Tambahan 1, Ampang

3. ADTREC KDEBWM
πŸ“ Masjid Al-Ubudiah, Ampang

πŸš— Jom jadikan kitar semula sebagai amalan!

Asingkan sisa dari rumah ➑️ Bawa ke ADTREC ➑️ Kitar semula ♻️

Setiap bahan yang dikitar semula membantu mengurangkan beban tapak pelupusan dan menyumbang kepada Ampang Jaya yang lebih bersih, hijau dan lestari. 🌱

β€œKitar Semula Hari Ini, Selamatkan Alam Untuk Masa Hadapan.”




♻️ MEMPERKUKUH KOLABORASI, MEMBINA BANDAR YANG LEBIH BERSIH & LESTARISISA ITU PASTI, SAMPAH ITU PILIHAN - YBRS. Tn IR. T...
07/09/2026

♻️ MEMPERKUKUH KOLABORASI, MEMBINA BANDAR YANG LEBIH BERSIH & LESTARI

SISA ITU PASTI, SAMPAH ITU PILIHAN - YBRS. Tn IR. TS. Mhd Saiful Anuar bin Zainal, 2026

Alor Setar | 6 September 2026

Trash4Cash berbesar hati menjadi sebahagian daripada Executive Talk Series 3 yang dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dengan kerjasama Bahagian Kerajaan Tempatan, Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan Hotel Serasi Padi.

Program ini menghimpunkan pelbagai pihak daripada kerajaan, agensi teknikal, sektor swasta, institusi pendidikan dan komuniti bagi berkongsi pandangan serta membincangkan pendekatan yang lebih bersepadu dalam memperkukuh pengurusan kebersihan, sisa pepejal dan kelestarian bandar.

Sebagai salah satu pihak industri yang terlibat dalam ekosistem pengurusan sisa dan kitar semula, Trash4Cash turut berkongsi perspektif serta pengalaman dalam usaha menggalakkan pengurusan sisa yang lebih mampan dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap nilai bahan buangan.

Bagi kami, kelestarian bukan sekadar tentang mengurus sisa selepas ia dibuang. Ia bermula dengan mengubah cara kita melihat sisa daripada sesuatu yang tidak bernilai kepada sumber yang boleh dimanfaatkan semula.

Terima kasih kepada MBAS dan semua pihak yang menjadikan platform ini sebagai ruang untuk membina jaringan, bertukar idea dan menyatukan usaha ke arah sebuah bandar yang lebih bersih, indah dan berdaya huni.

Trash4Cash percaya perubahan yang besar bermula daripada tindakan kecil yang dilakukan bersama.

Recycle today. Sustain tomorrow.




02/09/2026

Revolution of Recycling. Stay tuned.

NOTIS PEMBELIAN HARGA PROMOSI SEHARI SAHAJA‼️
31/08/2026

NOTIS PEMBELIAN HARGA PROMOSI SEHARI SAHAJA‼️

Selamat Hari Kebangsaan, Malaysia! πŸ‡²πŸ‡ΎBukan sekadar meraikan kemerdekaan, tetapi menghargai keamanan, perpaduan dan setia...
31/08/2026

Selamat Hari Kebangsaan, Malaysia! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Bukan sekadar meraikan kemerdekaan, tetapi menghargai keamanan, perpaduan dan setiap usaha kecil yang kita lakukan untuk menjadikan Malaysia lebih baik. β€οΈπŸ€πŸ’™πŸ’›

Semoga semangat Merdeka terus hidup dalam diri kita bersatu, berbakti dan melangkah ke hadapan bersama.

Selamat Hari Merdeka ke-69! πŸŽ‰
Merdeka! Merdeka! Merdeka! πŸ‡²πŸ‡Ύ

JalurGemilang

🚨 ORANG BANGI! Jom bersihkan rumah sambil beramal! πŸ•Œβ™»οΈBanyak barang lama atau kotak dan kertas menimbun kat rumah? Janga...
28/08/2026

🚨 ORANG BANGI! Jom bersihkan rumah sambil beramal! πŸ•Œβ™»οΈ

Banyak barang lama atau kotak dan kertas menimbun kat rumah? Jangan buang! Jom tukar barang-barang ni kepada tunai dan infaqkan terus ke tabung Masjid Bandar Seri Putra! Sambil kita kemas rumah, sambil kita buat pahala bantu masjid kita. ✨

*πŸš› HARI KUTIPAN UTAMA*
Bawa barang kitar semula anda pada hari program:
πŸ“… *Tarikh: 29 Ogos 2026 (Sabtu)*
⏰ *Masa: 10 Pagi - 1 Tengah Hari*
πŸ“ *Tempat: Masjid Bandar Seri Putra*

🎁 *EXTRA BONUS:* Ada *Hadiah Misteri* menanti anda mengikut berat timbangan!

πŸ“ *Tempat:* Masjid Bandar Seri Putra
*Google Maps:* https://maps.app.goo.gl/MhryHyDqsGnVjYze7
*Waze:* https://waze.com/ul/hw282km871

*Apa yang kami terima?* πŸ‘‡
βœ… Minyak Masak Terpakai
βœ… Sisa Elektronik
βœ… Kotak
βœ… Surat Khabar
βœ… Botol plastik
βœ… Tin aluminium
(Sila pastikan *barang diasingkan mengikut kategori* siap-siap dari rumah ya!)

Jom sama-sama kita infaq kitar semula! Hasil jualan akan disalurkan terus ke tabung masjid kita. πŸ’›

Jom kongsikan post ini dan ajak jiran tetangga semua! Jumpa 29 Ogos nanti! πŸ’š

Selamat menyambut Maulidur Rasul SAW.Semoga kita sentiasa meneladani akhlak dan sunnah Rasulullah SAW dalam setiap langk...
24/08/2026

Selamat menyambut Maulidur Rasul SAW.
Semoga kita sentiasa meneladani akhlak dan sunnah Rasulullah SAW dalam setiap langkah kehidupan.

Ikhlas dari warga kerja Trash4Cash

Address

Trash4Cash (HQ). No. 10, Jalan Kesuma 2/1, Bandar Tasik Kesuma
Beranang
43700

Opening Hours

Monday 08:00 - 20:00
Tuesday 08:00 - 20:00
Wednesday 08:00 - 20:00
Thursday 08:00 - 20:00
Friday 08:00 - 20:00
Saturday 09:00 - 19:00
Sunday 09:00 - 23:30

Telephone

+60194729020

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Trash4cashmy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share