Koperasi Pelabuhan Bintulu Berhad

Koperasi Pelabuhan Bintulu Berhad Also known as KOPELA, since 1983.

Warga KOPELA mengucapkan Selamat Hari Gawai Dayak kepada semua yang meraikannya.Semoga sambutan Gawai pada tahun ini mem...
31/05/2026

Warga KOPELA mengucapkan Selamat Hari Gawai Dayak kepada semua yang meraikannya.

Semoga sambutan Gawai pada tahun ini membawa kegembiraan, kesejahteraan dan kemakmuran kepada anda sekeluarga. Marilah kita bersama-sama menghargai nilai perpaduan, kebersamaan dan semangat muafakat yang menjadi tunjang keharmonian masyarakat berbilang kaum di Sarawak.

Semoga perjalanan pulang ke kampung halaman selamat dan sambutan bersama keluarga serta sahabat handai dipenuhi dengan kenangan yang indah dan bermakna.

Gayu Guru Gerai Nyamai.

Salam Aidiladha 1447H / 2026MPihak KOPELA ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua anggota KOPELA dan ...
26/05/2026

Salam Aidiladha 1447H / 2026M

Pihak KOPELA ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua anggota KOPELA dan seluruh umat Islam.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan serta mengeratkan lagi ukhuwah dan semangat kebersamaan sesama kita.

Ikhlas daripada KOPELA.

Tahniah dan syabas kepada ahli KOPELA yang telah menyertai Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Negeri Sarawak yang berl...
11/05/2026

Tahniah dan syabas kepada ahli KOPELA yang telah menyertai Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Negeri Sarawak yang berlangsung pada 9 hingga 10 Mei 2026 di Arena Petanque Jepak, Bintulu.

Bagi kejohanan kali ini, KOPELA telah menghantar sebanyak 4 kumpulan lelaki dan 2 kumpulan wanita sebagai wakil penyertaan.

Penganjuran kejohanan petanque ini yang dianjurkan oleh ANGKASA setiap tahun menjadi platform dalam mengeratkan hubungan serta memupuk semangat kesukanan dalam kalangan ahli koperasi. Sehubungan itu, ahli-ahli KOPELA yang lain amat dialu-alukan untuk turut serta dan melibatkan diri dalam penyertaan akan datang.

11/05/2026
17 April 2026 - Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-24 KOPELA bagi tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan p...
21/04/2026

17 April 2026 - Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-24 KOPELA bagi tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan penuh bermakna, sekaligus diserikan dengan sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri yang meriah. πŸŒ™βœ¨

Mesyuarat pada kali ini telah menghimpunkan para ahli dalam suasana penuh muafakat dan keterbukaan, di mana beberapa perkara penting telah dibentangkan termasuk pemilihan baharu Ahli Lembaga Koperasi bagi menerajui organisasi ke arah yang lebih progresif. Selain itu, pemberitahuan mengenai dividen tahunan turut dikongsikan sebagai tanda penghargaan atas sokongan dan kepercayaan berterusan daripada semua ahli KOPELA.

Majlis turut dimeriahkan dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang memberi peluang kepada semua ahli untuk beramah mesra, mengeratkan silaturahim serta memupuk semangat kekitaan dalam komuniti koperasi. Suasana yang penuh ceria ini mencerminkan perpaduan dan kekuatan KOPELA sebagai sebuah organisasi yang sentiasa mengutamakan kebajikan ahlinya.

Pihak KOPELA ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ahli yang telah hadir serta memberikan sokongan padu dalam menjayakan majlis ini. Kehadiran dan komitmen anda amat bermakna dalam memastikan kelangsungan dan kejayaan KOPELA.

Semoga KOPELA terus berkembang maju, kukuh dan terus memberi manfaat kepada semua ahli pada masa akan datang. 🀝

πŸŒ™ Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Ahli Kopela πŸŒ™Di kesempatan yang penuh bermakna ini, kami ingin mengucapkan Selamat...
20/03/2026

πŸŒ™ Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Ahli Kopela πŸŒ™

Di kesempatan yang penuh bermakna ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh ahli Kopela yang dihargai.

Terima kasih atas sokongan, kepercayaan, dan kesetiaan anda sepanjang bersama kami. Setiap langkah perjalanan Kopela tidak akan bermakna tanpa kehadiran anda semua yang sentiasa memberi semangat dan inspirasi.

Syawal hadir sebagai simbol kemenangan. kemenangan dalam kesabaran, keikhlasan, dan pengorbanan. Semoga Aidilfitri ini membawa kebahagiaan, ketenangan, serta keberkatan yang berpanjangan buat anda dan keluarga tercinta.

Di musim perayaan ini, marilah kita sama-sama mengeratkan silaturahim, saling memaafkan, dan membuka lembaran baharu dengan semangat yang lebih positif dan penuh harapan.

Kami amat menghargai setiap hubungan yang terjalin dalam komuniti Kopela, dan kami komited untuk terus memberikan yang terbaik untuk anda semua.

Semoga Syawal ini dipenuhi dengan kegembiraan, kesihatan yang baik, dan kejayaan dalam setiap langkah yang diambil.

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada kami di Kopela. πŸŒ™βœ¨

9 March 2026 – A discussion and Iftar session was held between KOPELA, Bintulu Port Holdings Berhad, and Naim Holdings B...
12/03/2026

9 March 2026 – A discussion and Iftar session was held between KOPELA, Bintulu Port Holdings Berhad, and Naim Holdings Berhad to explore potential strategic collaboration in property development.

The KOPELA delegation was led by Sufri Bin Bohari, Chairman of KOPELA. Also present were Evelyne Matra Ressa representing Bintulu Port Holdings Berhad, and Ling Hock Sing, Chief Operating Officer (COO), Property Development of Naim Holdings Berhad.

The engagement served as a platform to strengthen networking and exchange insights on potential development opportunities, reflecting a shared commitment towards exploring sustainable and mutually beneficial collaboration in future property development initiatives.

πŸŒ™ Hari Raya Aidilfitri Semakin Hampir! πŸŒ™Kopela menawarkan tiga pembiayaan istimewa sempena Hari Raya:Pembiayaan Perayaan...
11/03/2026

πŸŒ™ Hari Raya Aidilfitri Semakin Hampir! πŸŒ™

Kopela menawarkan tiga pembiayaan istimewa sempena Hari Raya:

Pembiayaan Perayaan – sehingga RM3,000

Pembiayaan Perabot – sehingga RM5,000

Pembiayaan Peralatan Elektrik – sehingga RM5,000

Terma dan syarat dikenakan.

Untuk menyemak kelayakan, sila:
πŸ“§ Hantar permohonan melalui email: [email protected]

πŸ“ž Hubungi : 086-340913

πŸŽ‰ Raikan Syawal dengan lebih tenang bersama Kopela! πŸŽ‰

Asalam dan Selamat Petang warga serta ahli-ahli Kopela. Untuk makluman tuan puan semua ofis Kopela terkini akan ditutup ...
21/08/2024

Asalam dan Selamat Petang warga serta ahli-ahli Kopela.

Untuk makluman tuan puan semua ofis Kopela terkini akan ditutup buat sementara pada 22.08.2024-23.08.2024. Sedemekian itu, Kopela akan berpindah ke tempat yang baru pada 26.08.2024

Sebarang urusan yang melibatkan Kopela boleh lah ke ofis Kopela nanti.

Sekian, terima kasih.

πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹
30/05/2024

πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

Pihak Koperasi Pelabuhan Bintulu Berhad (KOPELA), dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa Kantin Operasi Bintulu Port telah beroperasi semula pada 27 Mei 2024 (Isnin).

Kantin Operasi ini akan dibuka setiap hari dari Isnin hingga Ahad, kecuali pada Ahad minggu pertama dan ketiga setiap bulan. Antara gerai yang terlibat adalah:

πŸ“ŒSri Kandi CafΓ© & Catering
πŸ“ŒWak Joko
πŸ“ŒNasi Arab
πŸ“ŒBakso Neng Airra
πŸ“ŒIkan Bakar Haji
πŸ“ŒRoti Canai Hamzah
πŸ“ŒABC Hadri
πŸ“ŒWarung Deli
πŸ“ŒNasi Kandar Selera Utara
πŸ“ŒNasi Lemak Chef Uda

Marilah bersama-sama memberi sokongan kepada gerai-gerai ini serta menikmati hidangan menarik di Kantin Operasi Bintulu Port.


Address

Koperasi Pelabuhan Bintulu Berhad No. 96 Lot 3382 1st Floor Parkcity Commercial Centre Phase 1, Jalan Tun Ahmad Zaidi 97000 Bintulu
Bintulu
97008

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6086291491

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Koperasi Pelabuhan Bintulu Berhad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Koperasi Pelabuhan Bintulu Berhad:

Shortcuts

Share