Iznny Ismail Architect

Directions Contact the business

Iznny Ismail Architect Portfolio Perundingan Senibina ~ Portfolio Architectural Consultancy

09/03/2026

HARI RAYA dengan AI

3D Image kita tambahkan imej meriah dan warna warni suasana hari raya. Barulah raya!!

1. Visualisasi idea ruang
Penggunaan ruang baru dapat diberikan visual mengikut musim perayaan.

2. Menghidupkan ruang dengan aktiviti manusia
Kalau di lihat dari visual yg diberikan, aktiviti manusia itu kami panggil 'entourage' ataupun susuk manusia yang mengerjakan sesuatu.

3. Eksperimen suasana dan pencahayaan
AI digunakan utk mengubah pelbagai suasana dan pencahayaan dan memudahkan memahami emosi ruang dengan lebih baik

4. Medium komunikasi
Dari visualisasi ruang, menjadi alat komunikasi dan lebih mudah difahami

Belajar sesuatu? Boleh komen di bawah



05/03/2026

04032026 - BOMBA Inspection SJK(C) Kg Coldstream

Sebuah projek sekolah daif, selesai pemeriksaan BOMBA . Tujuan pemeriksaan untuk mendapatkan surat sokongan bagi G8 dan G9 2 dari 21 borang G untuk menyempurnakan CCC.Kontrak kerajaan sekarang untuk CPC perlu CCC ya.

Terminologi projek:

Pemeriksaan BOMBA - satu pemeriksaan oleh JBPM . Pemeriksaan adalah fokus kepada perkakasan kebakaran dan keperluan keselamatan yang dirujuk kepada lukisan bomba yang dikemukakan semasa kelulusan pelan bangunan.

G8 - Borang G satu perakuan berperingkat bagi menentang kebakaran pasif

G9 - Borang G satu perakuan berperingkat bagi menentang kebakaran aktif

CCC - Certificate of Completion and Compliance. Satu lagi sijil yang dinamakan borang F bagi memenuhi kehendak UBBL 1984. Sebuah sijil yang menyatakan bahawa bangunan sudah selamat untuk diduduki

Belajar sesuatu hari ini? Boleh komen di bawah


05/03/2026

04032026 - Testing Commissioning Klinik Desa Sg Protan

Projek setahun, perlu siap submission RU 20A dan bina klinik hingga CPC. Ada 4 klinik lagi utk T&C

Penerangan terminologi projek dan kontrak:
RU20A - Pengemukaan kepada PlanMalaysia, wakil kepada KKM

T&C - Testing and Commissioning , pengujian pada bangunan sebelum diserahkan. Melibatkan banyak pihak untuk mengesahkan bangunan dibina mengikut kontrak.

CPC- Certificate Practical Completion, Sijil diberikan dari klien kepada kontraktor menyatakan bangunan sudah siap dibina.

Belajar sesuatu hari ini? Boleh komen di bawah


Address

Persiaran Dataran 2
Bota
32610

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Iznny Ismail Architect posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Iznny Ismail Architect:

Shortcuts

Share