Pelaburan Emas Public Gold

Pelaburan Emas Public Gold Bermulalah simpan Emas kerana ia membantu ekonomi anda.

INFLASI EMAS !!! KEJATUHAN NILAI EMAS !!!Betulkah pernah berlaku inflasi Emas ??Sapa kenal dengan Raja bernama Mansa Mus...
07/07/2022

INFLASI EMAS !!! KEJATUHAN NILAI EMAS !!!

Betulkah pernah berlaku inflasi Emas ??

Sapa kenal dengan Raja bernama Mansa Musa ??

Ermmm....kalau T’Challa atau Black Panther ?? mesti pernah tengok muvi kan?? Wakanda ?? Abaikan tu cerita fiksyen...tapi ambil iktibar x salah kann...

Di mana tempat tu ??? Afrika ?? YESS... Afrika...

Apa kaitan Black Panter ni dengan cerita yang kita nk story ni ??

Baginda juga dikenali sebagai superhero paling kaya di dunia kerana sumber asli vibranium, meletakkannya setaraf dengan Tony Stark/Iron Man (Marvel) dan Bruce Wayne/Batman (DC). Tetapi tahukah anda ada satu versi sebenar Black Panther di luar sana iaitu Maharaja Musa I dari Empayar Mali atau Mansa Musa yang memerintah antara 1312 hingga 1332/1337 Masihi.

Jom kita baca sedikit sejarah berkenaan seorang Maharaja bernama Mansa Musa I ...

Mengikut adat masyarakat ketika itu, seorang maharaja perlu melantik seorang pemangku raja sekiranya baginda hendak menunaikan ibadat haji ke Baitullah atau mengadakan pelbagai ekspedisi yang memerlukannya pergi untuk satu tempoh masa tertentu. Sekiranya sang raja tidak p**ang dari urusannya, maka pemangku raja itu dipilih menaiki takhta. Dalam kes Mansa Musa, maharaja sebelumnya Abubakari Keita II memulakan usaha mencari penghujung Lautan Atlantik. Sebelum baginda keluar meninggalkan empayarnya, Musa I dilantik sebagai pemangku raja. Tetapi selepas beberapa tahun, tiada lagi kedengaran berita berkenaan Maharaja Abubakari Keita II. Sebelum menaiki takhta pada tahun 1312, Musa I mengirim 2,000 kapal untuk mencari maharaja berkenaan. Selepas semua kapal tidak kembali dari pencarian, ramai sebulat suara bersetuju mengangkat Musa I sebagai Maharaja Mali yang baru.

Semasa Mansa Musa mengambil alih pemerintahan, kebanyakan negara Eropah masih lagi bergelut dengan masalah penyakit, kebuluran dan perang saudara sesama monarki di benua berkenaan. Tatkala itu, Empayar Mali berkembang luas terima kasih kepada sumber asli yang baik seperti emas dan garam. Pada era baginda, Empayar Mali mempunyai keluasan 2,000 kilometer per segi dan menguasai sebahagian besar wilayah Afrika seperti Mauritania, Mali, Senegal, Gambia, Chad dan Burkina Faso. Dan dengan pertambahan wilayah ini, begitu juga wujud pertambahan pada kedudukan ekonomi rakyatnya.

Bagaimanapun, kemakmuran empayar ini tidak diketahui seluruh dunia ketika itu termasuk dunia Islam. Jika ada pun, ia hanyalah khabar yang bersifat khabar angin dan tidak diketahui sejauh mana kekayaan yang dimiliki Empayar Mali. Walaupun dikenali sebagai seorang pemerintah yang adil, Mansa Musa juga merupakan seorang yang warak. Maka pada tahun 1324 Masihi, baginda memulakan perjalanan menunaikan haji di Makkah. Bagaimanapun, Musa tidak mengembara keseorangan kerana baginda diiringi rombongan mengandungi puluhan ribu tentera, hamba dan bentara dengan memakai kain sutera Parsi dan membawa tongkat-tongkat emas. Walaupun rekod berkenaan bilangan mereka tiada tetapi konvoi yang mengiringi baginda bergerak bersama kuda-kuda dan unta-unta yang membawa emas yang banyak.

Kehadiran rombongan ini menarik perhatian sesiapa saja yang melihat dan ada satu peristiwa yang akan memberi impak besar kepada Mesir lebih dari satu dekad. Semasa berada di Mesir, Mansa Musa disambut oleh orang bawahan Sultan Mamluk, An-Nasir Muhammad yang merupakan pemerintah kesembilan dari dinasti berkenaan. Dalam pertemuan itu, utusan itu menjemput baginda bertemu dengan Sultan An-Nasir tetapi ditolak Mansa Musa atas alasan baginda hanya singgah sebentar dalam perjalanan ke Baitullah. Bagaimanapun, selepas dipujuk berulang-kali, baginda bersetuju mengadakan pertemuan dengan Sultan Mamluk berkenaan. Apabila dua pemerintah ini bertemu, ia bermula dengan tegang apabila Musa enggan mencium kaki Sultan An-Nasir tetapi menjadi tenang apabila baginda memberi salam hormat kepada pemerintah Mesir itu. Usai pertemuan, Sultan An-Nasir menawarkan penginapan sementara kepada Musa dan rombongannya dengan Maharaja Mali itu meninggalkan impak tersendiri di bumi Mesir.

Semasa baginda di Mesir, kemurahan hati Mansa Musa dan pembelian barang-barang asing menyebabkan jalan-jalan Kaherah dipenuhi dengan emas, satu sumber yang amat dihargai tetapi pada masa sama punyai bekalan yang terhad. Tetapi kemurahan hati baginda itu telah menyebabkan harga emas jatuh dan mengakibatkan kemelesetan ekonomi Mesir selama 12 tahun. Kisah sama juga terjadi di tempat lain termasuk di Makkah dan Madinah. Untuk mengelakkan harga emas dari terus merosot, dalam perjalanan p**ang ke Timbuktu, ibu negara Empayar Mali, Mansa Musa meminjam semua emas yang boleh dibawa dari semua peminjam wang di Mesir. Tindakan baginda bukan saja berjaya menstabilkan semula harga komoditi itu tetapi menempa satu lagi sejarah sebagai satu-satunya individu yang dapat mengawal harga emas di Mediterranean secara langsung. Namun baginda tidak hanya meninggalkan emas dalam perjalanan pergi ke dan balik dari Baitullah. Mansa Musa turut mendirikan ratusan masjid, sesetengah daripadanya terus berfungsi sehingga ke hari ini di Dukurey, Bako dan Wanko.

Satu wilayah yang sentiasa menjadi tumpuan Mansa Musa ialah wilayah Gao. Wilayah ini yang kita kenali sebagai Mali hari ini menyaksikan Musa membina beberapa masjid sekembalinya baginda dari mengerjakan haji. Selain Gao, Timbuktu turut menjadi tumpuan di mana pelbagai infrastruktur seperti sekolah, universiti, masjid dan perpustakaan.

Di sini juga terdirinya sebuah masjid yang diperbuat daripada kayu dan batu-bata lumpur iaitu Masjid Djinguereber. Masjid yang dibina 500 tahun lepas terus berfungsi sehingga ke hari ini dan menjadi sebahagian dari empat madrasah yang membentuk Universiti Timbuktu. Salah satu daripada madrasah berkenaan iaitu Universiti Sankore atau Madrasah Sankore ditukar peranan sebagai universiti penuh semasa akhir pemerintahan Mansa Musa. Universiti berkenaan mempunyai koleksi buku terbesar di Afrika selepas Perpustakaan Agung Alexandria dengan mengandungi sejuta manuskrip dan mampu menempatkan 25,000 pelajar.

Kisah kekayaan dan pengaruh Mansa Musa terus tersebar walaupun selepas baginda mangkat antara 1332 atau 1337 Masihi. Pada akhir abad ke-14, ahli kartografi Sepanyol bernama Abraham Cresques melukis satu atlas sebagai panduan kepada jurupandu pada Zaman Pertengahan Eropah. Untuk menggambarkan kedudukan Timbuktu dan Empayar Mali, Cresques melukis imej Mansa Musa duduk di atas takhta sambil memegang cogan alam dan memakai mahkota diperbuat daripada emas.

Pada tangan kanannya, baginda memegang seketul emas. Kisah Mansa Musa ini dilihat menjadi inspirasi kepada kisah Black Panther dan berkenaan soal kekayaannya, ianya sukar untuk digambarkan. Bagi Profesor Madya Rudolph Ware dari Universiti Michigan, beliau berpandangan, “Bayangkan sebanyak emas yang kita boleh ambil dan miliki serta digandakan, itulah nilai sebenar kekayaan yang cuba digambarkan. Baginda merupakan orang paling kaya sesiapa yang pernah melihatnya.” Sebagai penutup, lihat sendiri kedudukan kekayaan Mansa Musa selepas inflasi:

Mansa Musa – $400 bilion
Keluarga Rothschild – $350 bilion
John D. Rockefeller – $340 bilion
Muammar Gaddafi – $200 bilion
Bill Gates – $136 bilion
Carlos Slim – $68 bilion

Tiada siapa yang kita kenali sebagai orang kaya yang dapat menyaingi nilai sebenar harta yang dimiliki Maharaja Mali itu.




𝗦𝗘𝗦𝗨𝗔𝗜 𝗞𝗘 𝗕𝗘𝗟𝗜 𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚?Kalau beli untuk simpanan sekurang-kurangnya 2 tahun, bila-bila masa pun sesuai. Untuk jang...
30/05/2022

𝗦𝗘𝗦𝗨𝗔𝗜 𝗞𝗘 𝗕𝗘𝗟𝗜 𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚?

Kalau beli untuk simpanan sekurang-kurangnya 2 tahun, bila-bila masa pun sesuai.

Untuk jangka pendek, harga emas memang sentiasa naik turun. Tapi jangka panjang, harga emas confirm naik sebab kuasa beli duit kertas confirm makin susut.

Contoh mudah, harga karipap pun confirm naik dalam jangka panjang, inikan p**a emas.

Cara yang betul untuk beli emas, beli dulu baru tunggu. Jangan tunggu dulu baru beli sebab tak siapa tahu bila harga akan naik atau turun. Kita hanya akan tahu harga paling rendah bila dah jadi sejarah. Dapat tahu pun tak guna sebab dapat tengok saja, tapi tak boleh beli.

Kalau nak cek trend harga emas dunia sebelum ni, boleh cek di https://goldprice.org/gold-price-history.html

2014 = rm 141
2016 = rm181
2019 = rm215
19/3/2022 = rm 280
16/5/2022 = rm 275
30/5/2022 = rm 281

Kenaikan hampir 50% sejak tahun 2014 hingga ke hari ini...

Setahun = 6.25% keuntungan macam serupa simpan duit dlm akaun² pelaburan yang ada di Malaysia.

Kos HAJI tahun 2022 TURUN lagi sejak tahun 1998 !!!Tahun ni hanya sebanyak 35 Gram SAHAJA...Tahun 2020 hanya 38 Gram...D...
20/03/2022

Kos HAJI tahun 2022 TURUN lagi sejak tahun 1998 !!!

Tahun ni hanya sebanyak 35 Gram SAHAJA...

Tahun 2020 hanya 38 Gram...

Dalam tempoh 2 tahun dapat diskaun 3 Gram pada sesiapa yg mengekalkan simpanan Dinar Emas utk menunaikan Haji.

Tahniah !!!

Direct PM admin utk mengetahui lebih lanjut mengenai simpanan Emas.



Boleh rujuk link d bawah kos haji bermula tahun 1998 ...

https://m.facebook.com/DealerPublicGold/photos/a.207387436339880/316723298739626/?type=3

|| UPDATE TILIKAN ULTRAMEN TARO ||Terjaga dr lena malam...saja tgk harga gold price sedonya...apa jadi ???Teknikal yg ha...
30/03/2021

|| UPDATE TILIKAN ULTRAMEN TARO ||

Terjaga dr lena malam...saja tgk harga gold price sedonya...apa jadi ???

Teknikal yg hari tu berlaku.

Teknikal ye hanya teknikal analisis sahaja.

Ce baca penerangan teknikal di bawah ni & compare dgn gambar terkini admin bagi...

https://www.facebook.com/207362819675675/posts/1098027373942544/



Nak cuba² simpan emas p tgk kt info...klik link msg direct admin...

Jom sambung lenaaa....

?? Adakah sekarang waktu sesuai beli emas ??

Tepuk tabung tanya diri...nk simpan wang fiat ka emas ??

|| PROMOSI DEALER ||Berminat sambil memborong sambil dapat insentif ???Terbuka kepada semua utk menjadi penjual emas @ p...
15/03/2021

|| PROMOSI DEALER ||

Berminat sambil memborong sambil dapat insentif ???

Terbuka kepada semua utk menjadi penjual emas @ penyimpan emas tanpa sewa kedai.

*Promosi sehingga 31/3/2021 SAHAJA !!!

Public gold link whtsapp

https://bit.ly/3q8UHP3

II FASA EMAS BERTAHAN IIDi sini admin kongsikan pergerakan harga emas berdasarkan kotak :1. HITAM - 7/8/2020 adalah harg...
12/03/2021

II FASA EMAS BERTAHAN II

Di sini admin kongsikan pergerakan harga emas berdasarkan kotak :

1. HITAM - 7/8/2020 adalah harga tertinggi yang pernah dicapai oleh harga emas semasa. Sekiranya harga emas kembali ke dalam kotak hitam...di jangka EMAS tidak akan turun harga sehingga hujung tahun 2021.

2. MERAH - Harga tertinggi d buat pada 6/9/2011.

3. KUNING - area harga emas dunia perlu bertahan.

4. HIJAU - pergerakan harga kena berada di dalam kotak tersebut & sekiranya harga berada di bawah kotak tersebut...MAKA bersedialah bullet untuk memborong...

Sumber harga boleh check live gold price d https://goldprice.org/







Link utk bertanya Acc Emas Public Gold FREE

https://bit.ly/3q8UHP3

Address

Public Gold
Bukit Mertajam
14000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pelaburan Emas Public Gold posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pelaburan Emas Public Gold:

Share