27/09/2012
TIPS DAN PANDUAN MEMBUAT KEK DAN BISKUT
Inilah masanya kita mencari-cari resepi kek dan biskut tebaru untuk merai tetamu yang berkunjung ke rumah. Pasti ada antara kita turut berasa 'seram sejuk' apabila mengenangkan kembali pengalaman - pengalaman lalu apabila kek dan biskut yg di buat tidak menjadi.
Hari ni marilah kita sama-sama belajar beberapa tips dan panduan cara-cara membuat kek yang ita ambil dari beberapa buku panduan membuat kek dan juga rujukan ita dari internet.
Mula- mula kita berikan tumpuan terhadap beberapa bahan2 asas tuk membuat kek yang perlu kita titik beratkan.
TELUR
Telur yang hendak digunakan untuk membuat kek perlu segar. Sebaik-baiknya beli telur dari penjual di pasar kerana ia tidak di simpan lama berbanding telur yg di jual di kedai-kedai runcit. Hal ini kerana kekerapan orang membeli telur di pasar berbanding kedai biasa.
Untuk membuat kek, sebaiknya pilih telur double A atau beratnya sekitar 60 gm sebiji. Jangan memggunakan telur yg besar untuk membuat biskut kerana ia akan meningkatkan lebihan cecair dlm sukatan dan menjadikan doh lembik. Lazimnya apabila doh lembik kita akan menambah tepung ke dlm adunan. Kalau tidak berhati2 doh akan mengeras dan rasa biskut juga berubah.
Semasa mengadun kek yg tidak menggunakan bahan ovellete utk membuat kek, telur dan gula hendaklah di pukul hingga benar2 gebu sebelum di campur dgn bahan lain. Untuk mengetahui telur sudah cukup gebu, cuba ambil sesenduk adunan dan terbalikkan. Jika adunan tidak jatuh, bermakna ia sudah cukup gebu.
Ujian yang sama juga boleh di gunakan untuk memukul putih telur hingga cukup gebu.