Super Facts Of The World

Directions

Super Facts Of The World A place where youth and public share views and ideas as to develop and merge ownself to be a succesf International Networking Busniess

15/10/2026

๐ˆ๐›๐ฎ๐›๐š๐ฉ๐š ๐ก๐š๐ซ๐ข ๐ข๐ง๐ข ๐ก๐š๐ง๐ฒ๐š ๐ฆ๐ž๐ฆ๐›๐ข๐š๐ซ๐ค๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐ค๐ข๐ญ๐š๐ซ๐š๐ง ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฆ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐š๐ง๐š๐คยฒ

Negara paling jauh aku travel. Negara yang terakhir paling utara kalau ikut peta dunia. Negara yang tidak dibenarkan mat...
31/08/2026

Negara paling jauh aku travel. Negara yang terakhir paling utara kalau ikut peta dunia. Negara yang tidak dibenarkan mati atau melahirkan anak.

5 hari 5 malam aku tak nampak mana perginya matahari kat sini. Rupanya aku salah timing pergi yang waktunya malam 24jam.๐Ÿ˜‚

Aku pergi semata nak tengok the real Svalbard Global Seed Vault, Longyearbyen. Tempat penyimpanan benih2 pokok dari seluruh dunia. Kononnya kalau kiamat, tempat tu selamat la kononnya.

Nak ke tempat ni takde la jauh dari homestay. Tapi nak kesana tu hanya tuhan saja tahu. Jam masa ni around 4 petang. Gelap, sejuk, angin kuat, ada aurora, tempat rare yang wujud tapi jarang orang tahu.

Suhu around -18 pada masa ni. Photographer hampir jadi penguin. Hanya beberapa keping sahaja berjaya ditangkap. Akhirnya kami undur diri dan balik makan maggie.

Hanya 200 Pelancong Setahun: Menjejak Langkah di Negara Paling Jarang Dikunjungi di DuniaPernah tak korang bayangkan seb...
27/07/2026

Hanya 200 Pelancong Setahun: Menjejak Langkah di Negara Paling Jarang Dikunjungi di Dunia

Pernah tak korang bayangkan sebuah negara yang tersangat sunyi, sehinggakan bilangan pelancong yang datang melawat dalam setahun hanyalah sekitar 200 hingga 1,000 orang sahaja?

Sebagai perbandingan, jumlah itu mungkin lebih sedikit daripada tetamu yang hadir ke satu majlis kenduri kahwin yang meriah di tempat kita.

Benda ni bunyinya macam mustahil, tetapi inilah realiti Republik Nauru, sebuah negara pulau mikro yang terpencil di tengah-tengah hamparan luas Lautan Pasifik.

Bagi pengembara tegar yang dahagakan destinasi "off-the-beaten-path", Nauru adalah cabaran sebenar.

Ia bukanlah tempat yang boleh dilawati secara spontan. Nak sampai ke sini, korang perlu terbang dari Brisbane, Australia, menaiki Nauru Airlines.

Penerbangan yang mengambil masa kira-kira empat jam setengah ini merentasi lautan biru yang seakan tiada penghujung sebelum akhirnya mencecah satu-satunya landasan kapal terbang di pulau tersebut.

Landasan inilah pintu masuk tunggal, dan ia juga merupakan pusat aktiviti pulau.

Kehidupan di Nauru sangat berbeza daripada apa yang kita biasa lihat.

Di sini, landasan airport bukan sekadar untuk kapal terbang.

Disebabkan kekerapan penerbangan yang sangat rendah, landasan itu secara automatik bertukar menjadi padang bola, gelanggang bola keranjang, tempat orang berjoging, dan kawasan kanak-kanak bermain layang-layang setiap kali menjelang waktu petang.

siren amaran hanya akan dibunyikan untuk mengosongkan landasan apabila pesawat Nauru Airlines mahu mendarat.

Pulau ini seolah-olah terputus daripada kerancakan dunia moden. Konsep persaingan perniagaan langsung tidak wujud.

Penduduknya yang berjumlah belasan ribu orang hanya bergantung kepada satu-satunya pasar raya utama bernama Capelle & Partner untuk membeli barang keperluan.

Disebabkan tanah pulau ini sudah rosak akibat perlombongan, hampir 99 peratus bekalan makanan mesti diimport dari luar, terutamanya Australia.

Kalau kapal kargo lambat tiba, rak-rak pasar raya boleh menjadi kosong berhari-hari.

Malah, kalau ada pelancong yang "sesat" ke sini, pilihan tempat tinggal mereka juga terhad kerana hanya ada sebuah hotel utama yang ikonik, iaitu Menen Hotel, yang masih setia menyambut tetamu asing yang boleh dikira dengan jari dalam setahun.

Namun, di sebalik kesunyian dan keterpencilan ini, tersimpan satu pengajaran yang sangat mahal daripada sejarah hitamnya.

Siapa sangka, sekitar tahun 1980-an dahulu, negara kecil ini pernah memegang gelaran antara negara paling kaya di dunia.

Kekayaan melimpah-ruah itu datang daripada hasil perlombongan fosfat gred tinggi yang terbentuk daripada timbunan najis burung laut selama beribu tahun.

Waktu itu, duit bukan lagi masalah. Penduduknya hidup mewah, diberikan sara hidup percuma, kos perubatan dan pendidikan ditanggung sepenuhnya, malah kereta-kereta import mewah memenuhi jalan raya walaupun keluasan pulau ini cuma 21 kilometer persegi.

Jalan tar cuma ada satu sahaja, pusing satu pulau tak sampai satu jam.

Sifat tamak dan rakus manusia akhirnya merubah segala-galanya.

Demi mengejar keuntungan jangka pendek, hasil bumi dikorek tanpa batasan, melupakan kelestarian alam sekitar yang menjadi nadi utama kelangsungan hidup sebuah pulau.

Akibat kerakusan melampau itu, landskap Nauru hancur teruk. Hutan hijau bertukar menjadi padang jarak padang terkukur.

Kawasan pedalaman pulau yang dahulunya subur kini menjadi kawasan batu kapur yang gersang, menyerupai permukaan bulan, dan tidak lagi boleh didiami.

Sebaik sahaja hasil fosfat habis disedot, kekayaan mereka lenyap sekelip mata, meninggalkan bumi yang telah "cacat" dan lumpuh.

Hari ini, mereka terpaksa menggunakan mata wang Dolar Australia dan bergantung penuh kepada bantuan luar untuk terus bernafas.

Nauru menjadi saksi hidup bahawa apa sahaja bentuk kekayaan yang dibina atas dasar merosakkan alam sekitar, ia tidak akan pernah kekal lama.

Apa yang lebih memilukan, Nauru kini sedang menghitung hari akibat dosa masa lalu dan kesan pemanasan global.

Peningkatan paras air laut yang menyebabkan hakisan pantai yang dahsyat meletakkan negara pulau ini dalam risiko yang sangat tinggi untuk tenggelam ditelan lautan dan hilang dari peta dunia dalam masa beberapa dekad sahaja lagi.

Membaca kisah Nauru ini bukan sekadar tentang mengetahui fakta geografi, tetapi ia adalah satu muhasabah diri tentang hubungan manusia dengan alam.

Persoalannya, kalau korang diberikan peluang dan tiket penerbangan ke sana, adakah korang sanggup mengembara ke negara paling kurang dilawati ini sebelum ia benar-benar tenggelam ditelan lautan?

15/05/2026

๐—ฆ๐—˜๐—•๐—”๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ก !
Shah Alam: Lelaki yang diburu polis selepas mengurung, mendera dan meliwat seorang remaja lelaki di sebuah unit pangsapuri di Bukit Kemuning, kelmarin, memiliki rekod lampau merogol, mengurung dan merompak seorang wanita, 18 tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, suspek sudah disabitkan dengan kesalahan berkenaan dan dimasukkan ke penjara pada 2008.

"Semakan dibuat, memang suspek ada rekod jenayah lampau seperti dinyatakan dan terima hukuman," katanya ringkas ketika dihubungi.

Ketika ditanya perkembangan terbaru dalam mengesan suspek, Ramsay berkata, sebarang perkembangan akan dimaklumkan.

Semalam, media melaporkan seorang remaja lelaki mendakwa dikurung, didera termasuk dipercayai diliwat lelaki tidak dikenali di sebuah pangsapuri di Bukit Kemuning, di sini, kelmarin.

Ramsay berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian menimpa remaja berusia 14 tahun itu jam 12 tengah hari selepas diselamatkan jiran berdekatan selepas kira-kira tiga jam dikurung dalam rumah berkenaan.

Siasatan awal mendapati suspek memperdaya mangsa dengan mengajak remaja itu berbual sebelum menawarkan satu pakej Internet telefon bimbit, berserta syarat mangsa membantu mengangkat barang dalam rumah.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), mangsa dikesan berjalan bersama suspek sekitar jam 8.05 pagi.

Disiarkan pada: May 13, 2026 @ 2:24pm

๐—•๐—ถ๐—น๐—ฎ ๐—บ๐—ฎ๐—ท๐—ผ๐—ฟ๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐˜‚๐˜€๐—ถ๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ ๐˜„๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—น๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฟ๐—ผ๐—พ๐—ฎ๐—ตSeorang peniaga ayam di Changloon amalkan cara jual ayam potong ...
09/01/2026

๐—•๐—ถ๐—น๐—ฎ ๐—บ๐—ฎ๐—ท๐—ผ๐—ฟ๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐˜‚๐˜€๐—ถ๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ ๐˜„๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—น๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฟ๐—ผ๐—พ๐—ฎ๐—ต

Seorang peniaga ayam di Changloon amalkan cara jual ayam potong dulu kemudian baru dia timbang. Customer bayar apa yang ditimbang.

Bila ditanya pada pakcik tu.. Jawapan dia sangat mengharukan dan akan buat kita respek padanya. Katanya dia inginkan keberkatan dalam keuntungan berniaga.

Katanya, โ€œKepala ayam orang tak makan.. Isi dlm perut ayam, bahan2 yg belum dicerna orang tak ambik dan makan. Maka yang benar2 terjual kepada pembeli adalah bahagian yang boleh dimakan manusia. Itu yang ditimbangโ€ฆโ€

Semoga pakcik ni terus dimurahkan rezeki melimpah ruah dan mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Dia mungkin tak kaya macam peniaga ayam di KL tapi dia kaya dengan kejujuran. Harap menjadi contoh kepada peniaga2 lain, bukan sahaja ayam malah durian, ikan dan macam2 lagi.

Lokasi peniaga ayam ni
๐—Ÿ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—š ๐—ฅ๐—”๐—ž๐—ฌ๐—”๐—ง ๐—•๐—จ๐—ž๐—œ๐—ง ๐—ž๐—”๐—ฌ๐—จ ๐—›๐—œ๐—ง๐—”๐— 

Address

Changloon
Changlun
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Super Facts Of The World posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share