22/10/2026
๐น ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐: ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐! ๐น
Alhamdulillah, satu lagi peluang berharga untuk komuniti usahawan wanita menimba ilmu, mengembangkan potensi dan meneroka peluang pendapatan baharu melalui kerjasama bersama Universiti Utara Malaysia (UUM). โจ
Bersempena program Bengkel Pemerkasaan Komuniti Melalui Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), tiga bengkel telah dianjurkan bagi memperkasa wanita dan komuniti melalui produk warisan serta kemahiran digital.
๐ 1. Bengkel Pemerkasaan Komuniti Melalui SDG
๐ฟ Projek: Pajeri Rebung Hutan โ Produk Warisan Komuniti sebagai Pemacu Pendapatan Wanita Luar Bandar
๐ค Penceramah: Dr. Zarina binti Zulkifli
Pensyarah Universiti (DS13), Pusat Pengajian Kerajaan (SOG), UUM.
๐ 2. Bengkel Keusahawanan Digital: TikTok Shop untuk Usahawan Komuniti
๐ค Penceramah: Khairul Rizal bin Zulkifli
SST Network.
๐ 3. Bengkel Penjanaan Pendapatan Digital: TikTok Affiliate & AI
๐ค Penceramah: Normala binti Taib
SST Network.
๐
16 & 17 Oktober 2026
๐ Bilik Seminar SOG, Universiti Utara Malaysia (UUM)
Program ini bukan sekadar ruang untuk menimba ilmu, malah membuka peluang kepada usahawan wanita untuk memanfaatkan teknologi digital, menghasilkan kandungan menggunakan AI, memperluas pasaran melalui TikTok Shop dan TikTok Affiliate serta meningkatkan potensi pendapatan.
Bagi Team ROSE, ilmu dan kemahiran seperti ini amat penting untuk membantu wanita membina perniagaan yang lebih berdaya saing, berdikari dan mampan. Semoga segala ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk mengembangkan perniagaan serta membawa produk warisan komuniti ke pasaran yang lebih luas. ๐น
TEAM ROSE ๐น
Inspirasi Wanita Menuju Puncak Kejayaan.