17/05/2022
Adakah emas kalis inflasi?
Ramai yang mengatakan emas kalis inflasi. Ini yang selalu disebut-sebutkan. Tetapi kenapa sejak akhir ini kita lihat logam emas ni tidak selari dengan kadar inflasi. Adakah emas sudah hilang kuasanya? Pada pandangan penulis takrif yag sesuai bagi emas ialah lindung nilai mata wang berbanding lindung nilai inflasi.
Sewaktu krisis ekonomi, pelaburan emas menjadi salah satu instrumen pelaburan yang sangat menarik. Namun harus diingat dengan kenaikan kadar inflasi dan kadar faedah yang dinaikkan, kos untuk memiliki barangan dan perkhidmatan termasuk emas juga meningkat. Ini adalah hakikat yang harus dilalui oleh para pemegang emas yang ingin menceburkan diri dlm logam kuning ini.
Harus ketahui, emas adalah barang logam sebenar dan sumber alam yang terhad, ia tidak boleh ditambah dengan cepat atau sesukahati. Jadi kenaikan harga emas ini secara berperingkat dan semulajadi. Ia tidak seperti mata wang kertas yang tertakluk kepada inflasi dan kedudukan ekonomi sesebuah negara tersebut. Jadi melabur dalam emas perlukan masa bagi membuktikan kehebatan harga emas.
Kesimp**annya, sekiranya anda berminat menjadikan emas sebagai satu pelaburan, mindset anda dulu harus difahamkan bahawa emas bukanlah satu benda yang boleh membantu anda hidup senang dalam satu malam.