Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia

Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia DPDDM merupakan sebuah organisasi yg menghimpunkan usahawan dan tokoh perniagaan

Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada YBhg. Dato’ Prof. Dr. Noor Inayah binti Ya’akub atas pelantikan...
14/05/2026

Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada YBhg. Dato’ Prof. Dr. Noor Inayah binti Ya’akub atas pelantikan sebagai Ahli Dewan Negara.

Semoga amanah yang dipikul ini dapat dilaksanakan dengan penuh integriti, dedikasi dan kebijaksanaan demi memperjuangkan kepentingan rakyat serta memacu kecemerlangan negara. Semoga terus menjadi suara yang membawa aspirasi rakyat dan memperkukuh institusi demokrasi berparlimen.

Ikhlas daripada
Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia (DPDDM)









DPDDM telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Rustam, Yang di...
14/05/2026

DPDDM telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka, dalam usaha memperkukuh hubungan strategik serta memperluaskan jaringan kerjasama antara pihak dewan dan institusi negeri.

Kunjungan ini membuka ruang perbincangan yang lebih erat berkaitan pembangunan ekonomi, peluang pelaburan, serta pengukuhan ekosistem perniagaan yang lebih progresif dan berdaya saing di negeri Melaka. DPDDM kekal komited untuk memainkan peranan sebagai pemudah cara dalam menghubungkan komuniti perniagaan dengan pihak berwajib demi manfaat bersama.

Semoga jalinan hubungan strategik ini terus diperkukuh dan membawa impak positif kepada pembangunan ekonomi ummah dan negara.

Putrajaya : Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia (DPDDM) terus mengukuhkan jalinan hubungan strategik dengan kepimpinan negeri Melaka melalui lawatan kerja rasmi ke Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam, baru-baru ini.

Selamat Hari Jadi kepada Y.M. Tengku Dato’ Dr. Hishammuddin Zaizi Bin Y.A.M Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj selaku Pen...
12/05/2026

Selamat Hari Jadi kepada Y.M. Tengku Dato’ Dr. Hishammuddin Zaizi Bin Y.A.M Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj selaku Penasihat Diraja Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia (DPDDM)

Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan hidup serta terus dilimpahi kejayaan dalam setiap amanah dan tanggungjawab yang digalas.

Setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan dan bimbingan Y.M. sebagai penasihat yang sentiasa menjadi tonggak kekuatan, inspirasi serta panduan dalam memacu kecemerlangan organisasi dan dunia perniagaan.

Semoga terus unggul memimpin, memberi inspirasi dan meninggalkan legasi yang berharga kepada generasi akan datang.

“Kepimpinan sejati bukan sekadar memberi arahan, tetapi membimbing dengan hikmah dan memimpin dengan teladan.”

Ikhlas daripada
Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia (DPDDM)






Selamat Hari Lahir kepada Yang Berbahagia Dato’ Nor Hasnal bin Hashmi,Presiden Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia (DPD...
09/05/2026

Selamat Hari Lahir kepada Yang Berbahagia Dato’ Nor Hasnal bin Hashmi,Presiden Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia (DPDDM).

Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan yang berterusan serta kejayaan yang lebih gemilang dalam memimpin organisasi ke arah kecemerlangan.

Terima kasih atas kepimpinan, dedikasi dan sumbangan yang tidak ternilai dalam memperkukuh jaringan usahawan serta memartabatkan komuniti perniagaan negara.

Semoga terus diberkati dan dipermudahkan segala urusan.

Ikhlas daripada Ahli Majlis TertinggiDewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia (DPDDM)










01/05/2026

Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur dan penghargaan, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah serta selamat datang kepada para penerima keahlian baharu di Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia (DPDDM). 🌟

Video ini merupakan sorotan istimewa sepanjang program Hi-Tea Business Matching yang telah berlangsung di concorde hotel dengan jayanya, menghimpunkan barisan usahawan, tokoh korporat dan profesional dari pelbagai industri dalam suasana santai tetapi penuh makna.

Penerimaan keahlian ini bukan sekadar satu pengiktirafan, malah merupakan satu langkah ke hadapan dalam membina jaringan perniagaan yang lebih kukuh, memperluaskan peluang kolaborasi serta mengukuhkan peranan dalam komuniti usahawan berprestij.

Semoga dengan penyertaan ini, para ahli baharu dapat bersama-sama menyumbang idea, tenaga dan kepakaran dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta memperkasakan ekosistem perniagaan negara ke tahap yang lebih cemerlang.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga silaturahim yang terjalin terus mekar dan membawa manfaat berpanjangan buat semua.

Selamat Hari Pekerja 1 Mei 2026 💼😄Semoga setiap usaha, keringat dan pengorbanan kita menjadi asbab kepada kejayaan serta...
01/05/2026

Selamat Hari Pekerja 1 Mei 2026 💼😄
Semoga setiap usaha, keringat dan pengorbanan kita menjadi asbab kepada kejayaan serta meningkatkan martabat diri.
Teruskan melangkah dengan semangat dan integriti dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.

Lawatan Kasih MADANI bersama Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia (DPDDM) yang diketuai oleh presiden dan timbalan presi...
30/04/2026

Lawatan Kasih MADANI bersama Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia (DPDDM) yang diketuai oleh presiden dan timbalan presiden II ke NICMKI berjalan dengan penuh manfaat dan nilai kemanusiaan. 🤝✨

Selain mengeratkan hubungan strategik antara kedua pihak, program ini turut memberi peluang kepada para hadirin yang hadir untuk mendapatkan rawatan percuma berasaskan teknologi terkini termasuk terapi air hidrogen yang membantu melancarkan peredaran darah, serta penggunaan mesin khas yang memberi kesan seakan bersenam tanpa perlu melakukan exercise secara fizikal.

Inisiatif sebegini bukan sahaja menyokong kesejahteraan kesihatan, malah mencerminkan semangat MADANI dalam membantu masyarakat secara holistik.

Selamat menyambut Hari Lahir kepada Tan Sri M. Kayveas  seorang tokoh yang telah banyak menyumbang jasa dan bakti kepada...
29/04/2026

Selamat menyambut Hari Lahir kepada Tan Sri M. Kayveas seorang tokoh yang telah banyak menyumbang jasa dan bakti kepada negara serta masyarakat. Beliau juga merupakan Penasihat Tertinggi Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia (DPDDM), yang sentiasa komited dalam memperkukuhkan jaringan perniagaan dan pembangunan komuniti. Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan yang berpanjangan dan terus diberi kekuatan untuk memimpin serta memberi inspirasi kepada generasi akan datang. Terima kasih atas segala dedikasi dan komitmen yang tidak pernah luntur. Semoga segala usaha dan pengorbanan terus diberkati.

Daulat TuankuMerafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah dan dirgahayu ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu...
27/04/2026

Daulat Tuanku

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah dan dirgahayu ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Tuanku.
Semoga Allah SWT melanjutkan usia Tuanku, mengurniakan kesihatan yang berpanjangan serta terus memayungi negeri Terengganu Darul Iman dengan penuh kebijaksanaan dan keadilan.

Patik sekalian menzahirkan setinggi-tinggi kesetiaan dan doa agar Tuanku sentiasa dalam lindungan dan rahmat-Nya.

Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku.








Address

Wisma DPDDM 75-2 Jalan Dwitasik 1, Bandar Sri Permaisuri Cheras
Cheras
56000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share