Tips Pinky Pinky Siti Sarah

Tips Pinky Pinky Siti Sarah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Tips Pinky Pinky Siti Sarah, Business service, no 4 Jalan mutiara, Cheras.

Ini Rupanya! Petua Rahsia Kulit Cantik Dan Bersih Orang CinaSehingga kini masih ramai lagi diantara kita tertanya-tanya ...
07/08/2017

Ini Rupanya! Petua Rahsia Kulit Cantik Dan Bersih Orang Cina
Sehingga kini masih ramai lagi diantara kita tertanya-tanya apakah rahsia kecantikan yang dipegang oleh masyarakat Cina. Lihat sahajalah pada kulit wajah mereka, lembut, mulus dan bersih. Biarpun ditelan usia atau dipanggang panas oleh matahari, kulit mereka tetap nampak berseri dan paling penulis s**a ialah mereka tidak perlu tacap wajah mereka dengan solekan tebal.



#1 Mask Kacang Hijau

Biasa dengar kacang hijau atau bubur kacang hijau kan? Nah, kali ini anda boleh gunakan kacang hijau(ditumbuk) atau jenis serbuk untuk dijadikan mask. Petua ini diamalkan sejak zaman kegemilangan maharaja besar cina, ia amat bagus dalam merawat jerawat. Anda hanya perlu campurkan serbuk kacang hijau bersama air atau yogurt Greek dan jadikan ia sebagai mask.

#2 Teh Hijau Untuk Kekal Muda

Minuman teh sudah menjadi sinonim dengan masyarakat cina. Menariknya amalan ini membantu mereka untuk tampil awet muda. Air teh hijau sudah menjadi minuman trend zaman kini, dimana-mana ada sahaja sajian teh hijau. Tapi biarlah anda mendapatkan manfaat teh hijau dari yang original. Teh hijau dipercayai mengandungi anti-oksidan tinggi dan meningkatkan daya metabolism badan.

#3 Urutan batu Jade

Ini kedengaran asing bukan? Tapi percayalah, urutan dari batu jade merupakan legasi kecantikan sejak zaman purba mereka. Urutan ia membantu melancarkan peredaran darah, mengurangkan garisan halus dan merawat cela wajah. Selesai rutin membersih kulit, urut wajah dengan roller batu jade dengan krim pelembab atau serum. Urut wajah keatas dan keluar, alamilah perbezaannya!

#4 Mask Kunyit

Ingin menyerlah tona kulit anda supaya tampak berseri? Sediakan mask dari serbuk kunyit, mudah sahaja campurkan serbuk kunyit bersama air atau yogurt dan sedikit madu, seterusnya sapukan pada wajah tunggu sehingga 10-15 minit. Amalan memakai mask kunyit mampu mengurang kedutan dan menyerlah tona kulit.

#5 Kulit cerah dengan daun pudina

Ini adalah rahsia petua yang paling ditunggu-tunggu ramai. Inginkan kulit cerah semulus kapas, dapatkan daun pudina kemudian lumatkan ia dan tepek pada kulit wajah anda. Cara semulajadi ini, sangat bagus dalam merawat cela dan juga memberi kecerahan pada kulit. Tak percaya? Sila cuba dulu..

#6 Pantang – larang moden

jika diatas ialah petua-petua dari zaman silam, tapi tidak lupa mereka juga mempunyai petua kecantikan untuk produk kecantikan zaman moden. Apa yang mereka selalu ingatkan ialah, jangan sesekali mencampur aduk kegunaan produk. Sebagai contoh, jika ianya losyen badan hanya guna pada badan begitu juga pada produk yang lain.

Address

No 4 Jalan Mutiara
Cheras
43100

Telephone

+601152972888

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tips Pinky Pinky Siti Sarah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share