13/09/2026
Day 1 – MDC 10.0
Hadir Sebagai Fasilitator.
MDC 6.0: Datang kali pertama sebagai peserta. Mencari BIG WHY.
MDC 7.0: Datang sebagai Priority Dealer
MDC 8.0: Datang sebagai Master Dealer
MDC 9.0: Datang sebagai Master Dealer, lagi sikit nak unlock Founder Master Dealer (FMD)
MDC X: Hadir sebagai FMD dan terpilih sebagai salah seorang Fasilatator untuk berkongsi dengan team region Melaka. Dan datang bersama team saya, 2 orang dealer.
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah 🤲🏻
Terima kasih Public Gold By G100 Network kerana memilih saya untuk menjadi salah seorang daripada 250 fasilitator dalam event terbesar dalam Public Gold.
MDC 10.0 kali ini dihadiri 2,800 peserta yang datang daripada seluruh Asia Tenggara Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura.
🇲🇾 🇮🇩 🇧🇳 🇸🇬
Alhamdulillah, semalam Day 1 MDC 10.0 berlangsung dengan baik dan lancar.
Seawal pagi suasana di dewan sudah terasa auranya. Ribuan dealer hadir dengan satu matlamat, mencari inspirasi daripada kisah kisah kejayaan achievers, menambah ilmu, membina jaringan dan menaikkan level diri.
Bila ribuan orang berkumpul, yang menyatukan mereka bukan sekadar program. Tetapi visi yang sama.
MDC bukan sekadar acara tahunan.
Ia adalah medan tarbiah, medan pembentukan karakter, cara berfikir, dan medan pertumbuhan.
Semoga setiap ilmu yang dikongsi semalam memberi kesan bukan hanya pada bisnes Public Gold, tetapi pada perubahan diri setiap jiwa yang hadir.
Ini akhirnya, yang kita bina bukan sekadar bisnes ,tetapi versi diri yang lebih baik daripada semalam.
Tahniah Dealer team saya, Cik Airi Airi AR dan Puan Linda Mis Norleda yang turut hadir MDC 10.
“Success is Predictable dan Duplicable”
Afiqah Rostam
Public Gold Business Owner