Gagasan I-Madina

Gagasan I-Madina PERTUBUHAN KOMUNITI I-MADINA MALAYSIA (PPM-020-10-11082023)

Di Sini Bermulanya Cinta

22/05/2026

3 Aspirasi Penyatuan Ummah Dari Bukit Bintang Ke Bandar Saujana Putra, Adakah Anda Akan Hadir?

Gelombang kecintaan kepada Rasulullah SAW diteruskan lagi ke lokasi baharu bagi menyatukan hati masyarakat dan memperkasakan tunjang peradaban Islam.

Berikut adalah 3 inti pati utama majlis ini untuk manfaat bersama:

1 Menyambung gelombang cinta kepada Rasulullah SAW demi pembinaan masyarakat yang lebih beradab dan bersatu padu.

2 Mengukuhkan ikatan hubungan antara Istana dan rakyat dalam semangat ketauhidan serta kesatuan ummah.

3 Memelihara jati diri bangsa agar nilai adab dan warisan identiti tidak tenggelam dalam arus permodenan.

Inisiatif murni ini amat bertepatan pada masanya untuk kita bermuhasabah dan memperkukuh asas agama serta kedaulatan institusi negara.

Ia merupakan satu usaha penting bagi membina generasi pewaris yang teguh kefahaman agamanya, faham sejarah bangsa, dan berjiwa peradaban tinggi.

Marilah kita beramai-ramai meluangkan masa untuk hadir ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat pada hari Sabtu, 6 Jun 2026 di Masjid Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Selangor.

Apakah harapan anda terhadap majlis penyatuan ummah sebegini? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen di bawah.





22/05/2026

𝗔𝗱𝗮𝗸𝗮𝗵 𝗞𝗶𝘁𝗮 𝗦𝗲𝗱𝗮𝗿 𝟯 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝗔𝘀𝗮𝘀 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗲𝗺𝗯𝗶𝗻𝗮 𝗞𝗲𝗵𝗮𝗿𝗺𝗼𝗻𝗶𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗞𝗶𝘁𝗮?

Sering kali kita berhadapan dengan pelbagai ujian dalam bermasyarakat. Namun, sebagai sebuah komuniti yang cintakan kedamaian dan kebenaran, kita sentiasa ada ruang untuk kembali kepada titik persamaan. Bagi memastikan keharmonian ini terus terpelihara, mari kita fahami tiga asas penting yang mengikat persaudaraan dan kedaulatan kita bersama:

1. Setiap manusia adalah ciptaan Allah yang mulia. Bangsa atau warna kulit bukanlah satu pilihan, melainkan anugerah dan kehendak Yang Maha Pencipta. Kita melihat semua manusia sebagai Bani Adam dan umat Rasulullah SAW. Menghormati setiap kaum bermakna kita menghormati ciptaan Tuhan yang penuh dengan hikmah.

2. Bersikap adil dalam menilai dan menolak sikap melampau. Dalam setiap kelompok manusia, wujud mereka yang bersikap sederhana dan sebaliknya. Perjuangan kita bukanlah untuk membenci atau menghukum sesuatu bangsa, tetapi semata-mata menolak kebiadapan dan sikap ekstrem individu atau kump**an tertentu secara berhemah.

3. Menjunjung tinggi institusi kesultanan sebagai payung negara. Kesultanan adalah simbol penyatuan dan kekuasaan yang membawa amanah agama. Menjadi satu kewajipan buat kita untuk menyokong dan mempertahankan institusi ini di atas paksi kebenaran, agar kedaulatannya terus dihormati tanpa dicemari oleh sikap biadab mana-mana pihak.

Melihat kepada mesej penyatuan ini, ia memberikan kita satu harapan yang sangat indah. Bayangkan sebuah masyarakat yang teguh bersatu, di mana perjuangan menegakkan kebenaran dilakukan dengan penuh adab, berhemah, dan kasih sayang. Kita mampu membina sebuah persekitaran yang positif di mana Islam dijunjung tinggi, Raja kekal berdaulat, dan setiap rakyat hidup dengan penuh maruah. Perjuangan sebenar tidak menuntut kita untuk menjadi kasar, sebaliknya mengajak kita untuk menjadi insan yang lebih baik, saling menghormati, dan memelihara keharmonian.

Apakah pandangan anda tentang kepentingan menjaga adab dan toleransi dalam menyuarakan pendapat pada hari ini? Kongsikan buah fikiran anda di ruang komen.

Dalam pada itu, marilah kita sama-sama hadirkan diri dan jiwa ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat yang akan diadakan nanti. Ayuh kita berkumpul, berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, dan mendoakan kesejahteraan serta kedaulatan negara yang kita cintai ini secara harmoni.





13/05/2026

Hiburan Beradat Budaya Diangkat…

Tema Program Bukit Bintang Berselawat 3.0😍

Ayuhh sama2 kita berselawat beramai-ramai pada 16 Mei 2026 sabtu ini di Bukit Bintang Kuala Lumpur📍

Mari kita sampaikan mesej cinta dan kasih sayang tidak kira bangsa atau kaum❤️🥹
Jumpa anda semua di sana

07/05/2026

Andai rasulullah melihat keadaan umat kini pasti baginda akan bersedih…Lagi sedih kita tiada melakukan apa yang menggembirakan baginda..iaitu membawa umat kembali pada kerahmatan dan kasih sayang pada sekiling kita❤️🥹

JADI…
Mari sama2…

16 Mei Sabtu kita hadir berselawat beramai-ramai di Bukit Bintang 🫰🏼

06/05/2026

Ayuh hadir bersama keluarga dan sahabat ke Bukit Bintang Berselawat 3.0, luangkan sedikit masa daripada kesibukan kota untuk sama‑sama menghidupkan malam dengan selawat, zikir, doa serta hiburan beradat yang menenangkan hati dan mengangkat budaya dalam suasana penuh hormat dan kasih❤️🥹🫰🏼




Dunia kian berubah, namun jati diri jangan sesekali rebah. Hiburan seharusnya membina watak, bukan menghakis nilai dan a...
04/05/2026

Dunia kian berubah, namun jati diri jangan sesekali rebah. Hiburan seharusnya membina watak, bukan menghakis nilai dan akhlak.

Ayuh, jadikan selawat sebagai nadi perubahan. Kita buktikan bahawa hiburan beradat adalah cermin kemuliaan bangsa.

BUKIT BINTANG BERSELAWAT 3.0
“Hiburan Beradat, Hormati Budaya”

🗓 16 Mei 2026 (Sabtu malam)
📍 Bukit Bintang

Terbuka utk semua
Jom hadir beramai-ramai

.0



01/05/2026

Kadang… kita ingat memberi tu tentang “berapa banyak” kita ada.

Tapi sebenarnya, memberi itu tentang hati.

Di sini, kami belajar satu benda yang simple tapi dalam maknanya —
memberi tanpa mengira.

Bukan sebab kita lebih,
tapi sebab kita masih ada rasa.

Senyuman kecil dari warga emas…
itu bukan sekadar senyuman.
Itu tanda mereka masih dihargai.
Masih dipandang. Masih disayangi.

Dan dalam diam,
kita nampak satu kekuatan —
jiwa yang tak pernah putus harapan,
walaupun tubuh semakin uzur.

Real talk…
Kadang kita yang muda ni cepat mengeluh,
padahal mereka yang lebih diuji masih mampu tersenyum.

Jadi kalau hari ini kau ada peluang untuk memberi,
jangan tunggu kaya…
beri je.

Sebab yang kita bagi tu mungkin kecil bagi kita,
tapi besar gila untuk orang lain.



10/04/2026

❤️ INFAQ JUMAAT RM10
Satu Komuniti, Satu Hati, Satu Tanggungjawab

Infaq Jumaat RM10 membuka ruang untuk kita semua berkongsi rezeki secara konsisten setiap minggu.

✨ Hanya RM10, anda mampu:
✅ Membantu faqir miskin
✅ Menyantuni asnaf & warga emas
✅ Memberi pertolongan kepada yang memerlukan di saat waktu kecemasan

Dengan nilai yang kecil, impaknya sangat besar. Mari kita bangunkan komuniti yang sejahtera dengan kasih sayang dan keprihatinan sepertimana suburnya bumi Madinah.

Bagi yang ingin menyalurkan sumbangan Infaq Jumaat anda kepada jaringan Komuniti I-Madina seluruh negara, sumbangan boleh diasalurkan kepada:-

Pertubuhan Komuniti I-Madina
Bank : Agro Bank
No Akaun : 1007-6810-0000-2462
Reference : Infaq Jumaat

Semoga dengan setiap sumbangan infaq yang diberikan dapat menyuburkan ekonomi negara demi membantu mereka yang sedang dalam kesusahan.



MAJLIS KENDURI JOM KAWEN KOMUNITI ❤️ anjuran I-Madina telah berlangsung dengan penuh keberkatan pada Sabtu lepas, 26 Apr...
02/05/2025

MAJLIS KENDURI JOM KAWEN KOMUNITI ❤️ anjuran I-Madina telah berlangsung dengan penuh keberkatan pada Sabtu lepas, 26 April 2025 di Balairaya Kampung Padang Jawa, Klang.

Dalam majlis ini, dua pasangan pengantin diraikan melalui konsep tajaan infaq komuniti, hasil sumbangan ikhlas daripada keluarga/ komuniti seluruh Malaysia.

Majlis ini tidak akan berjaya tanpa kasih sayang dan semangat bergotong-royong daripada semua:

Para penginfaq yang menyumbang bagi menampung keperluan majlis,

manakala Ahli khidmat, penduduk setempat dan sukarelawan p**a bertungkus-lumus menjayakan rewang dan persiapan kenduri dan

Ketua Kampung, Pengerusi Surau serta pasukan RELA tempatan p**a banyak membantu melancarkan acara.

Sejak hari Jumaat lagi, suasana rewang dan gotong-royong menghidupkan semangat kekeluargaan. Dari akad nikah, ke persandingan yang dihiasi dengan alunan sholawat, silat, kompang, dan makan beradab, majlis ini berlangsung dalam suasana penuh mesra, harmoni dan penuh nilai tradisi Melayu.

Majlis ini membuktikan bahawa dengan semangat muafakat, kasih sayang dan saling membantu boleh diangkat menjadi model perpaduan dan peradaban masyarakat kini.

Kita mampu meringankan beban saudara-saudara kita yang ingin membina mahligai rumah tangga, kita juga mampu menyebarkan kebaikan yang berterusan.

Insya-Allah, semangat yang terpancar daripada majlis ini boleh menjadi model inspirasi kepada komuniti lain bahawa dengan kebersamaan, banyak kebaikan besar dapat dilaksanakan.

https://www.kosmo.com.my/2025/04/28/i-madina-perintis-majlis-jom-kawen-berkonsepkan-infaq/

I-Madina
Di Sini Bermulanya CINTA

SHAH ALAM – Gagasan I-Ma­dina mahu menjadikan program sulungnya iaitu Majlis Jom Ka­wen yang menjayakan satu majlis kenduri kahwin melibatkan dua pengantin daripada keluarga B40 melalui konsep infaq dan tajaan boleh dijadikan program contoh bagi mana-mana pihak dan komuniti di negara ini pada ma...

Program Jom Raya Sama-Sama 2025Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada semua yang telah berinfaq untuk menaja pakai...
17/03/2025

Program Jom Raya Sama-Sama 2025

Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada semua yang telah berinfaq untuk menaja pakaian kelengkapan raya bagi anak-anak Sahabat Cinta (asnaf/yatim).

Dana yang terkumpul akan digunakan bagi membeli kelengkapan raya untuk lebih 100 orang anak-anak di dalam Komuniti yang memerlukan dan program ini akan dilaksanakan di Mydin USJ pada 23 Mac 2025.

Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi asbab kegembiraan mereka dalam menyambut Syawal yang bakal tiba kerana setiap sen yang dikongsi membawa senyuman yang amat bermakna kepada mereka yang memerlukan ❤️✨ Terima kasih.





I-Madina
Di Sini Bermulanya CINTA

Address

Lot F-1-1 Blok , CBD Perdana, Jalan Perdana Cyber 12
Cyberjaya
63000

Telephone

+60195149689

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gagasan I-Madina posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share