03/05/2026
✨ [𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐏𝐔𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐋𝐈𝐍𝐀 @ 𝐋𝐈𝐍𝐀𝐇 𝐒𝐈𝐍𝐆𝐊𝐔𝐈‼️] 𝐂𝐀𝐏𝐀𝐈 𝐑𝐀𝐍𝐊 𝐂𝐑𝐎𝐖𝐍 𝐒𝐓𝐀𝐑 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐑𝐌𝟒𝟖𝟐,𝟎𝟐𝟔 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐒𝐀 𝟑 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐃𝐘𝐍𝐀𝐂𝐄 𝐆𝐋𝐎𝐁𝐀𝐋‼️ ✨
“𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙞𝙣𝙜 𝙐𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙆𝙪𝙖𝙩, 𝙆𝙤𝙣𝙨𝙞𝙨𝙩𝙚𝙣 𝙐𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙈𝙚𝙣𝙖𝙣𝙜!”
Puan Dulina @ Linah Singkui merupakan anak jati Kampung Tambatuon, Kota Belud, Sabah. Beliau bukan sekadar seorang usahawan sepenuh masa Dynace Global, tetapi juga ikon wanita yang menjadi inspirasi kepada ramai usahawan Dynace Global di Malaysia. Di sebalik pencapaian CROWN STAR yang membanggakan ini, tersimpan kisah seorang ibu tunggal yang pernah memikul tekanan hidup, tanggungjawab keluarga dan masa depan yang kabur, namun berani bangkit sehingga berjaya membuka jalan untuk ramai orang.
Saya pernah melalui fasa hidup yang sangat terbatas. Sebagai ibu tunggal, saya memikul tanggungjawab besar menjaga ibu bapa dan anak dalam keadaan masa dan kewangan yang sangat sempit. Ketika itu, hidup terasa penuh tekanan dan saya sendiri tidak nampak dengan jelas ke mana arah masa depan saya.
Dalam keadaan itulah saya diperkenalkan kepada Dynace Global oleh rakan lama saya, Mohd Hanafi. Saya nampak peluang, produk, pelan ganjaran, dan saya percaya kepada CEO Mr Harry Tee serta Coach Adi. Namun pada awalnya saya tetap ragu-ragu kerana ketika itu Dynace Global masih baru, belum banyak testimoni, dan kamilah antara pengguna terawal yang mencuba sendiri produk serta peluang ini.
Saya bermula dengan menggunakan produk terlebih dahulu. Bila sudah yakin, barulah saya berkongsi dengan rakan-rakan dan mula menghadiri latihan. Perjalanan itu bukan mudah kerana saya dan team perlu meyakinkan orang ramai tentang produk dan bisnes Dynace Global ketika syarikat ini masih baru beroperasi. Tetapi di situlah saya belajar bahawa kalau kita mahu membuka jalan baru, kita mesti sanggup menjadi orang yang melangkah lebih awal.
Terima kasih kepada Coach Adi yang sentiasa membimbing, mencabar dan membentuk saya menjadi lebih kuat. Sokongan beliau menjadikan saya lebih berani untuk terus bergerak walaupun laluan ini tidak mudah. Saya juga sangat bersyukur kerana sepanjang perjalanan ini saya tidak pernah dibiarkan berjuang sendirian.
Syukur kepada Tuhan, hari ini saya berjaya mencapai rank CROWN STAR dengan pendapatan RM482,026 dalam masa 3 tahun. Lebih bermakna, kesihatan diri dan keluarga saya juga semakin baik, dan saya berjaya menyiapkan penginapan D’Lyna Lodge milik saya sendiri. Bagi saya, kejayaan ini bukan hanya tentang pendapatan, tetapi bukti bahawa wanita yang pernah hidup dalam tekanan dan kekangan juga boleh bangkit membina kehidupan yang lebih baik.
Saya mahu kisah ini menjadi bukti kepada lebih ramai wanita di luar sana, terutama mereka yang memikul tanggungjawab besar dalam diam, bahawa Dynace Global bukan sekadar membantu meningkatkan kesihatan diri dan keluarga, tetapi juga mampu membuka jalan kepada kebebasan masa dan kewangan.
Setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan kepada CEO Mr Harry Tee, Coach Adi, para leaders, team, dan semua yang sentiasa menyokong saya sepanjang perjalanan ini. Setiap bimbingan, dorongan dan kepercayaan yang diberikan menjadi sebahagian daripada kekuatan saya untuk terus melangkah sampai ke tahap ini.
Impian saya seterusnya ialah untuk mencapai rank ROYAL STAR dalam tempoh 1 tahun 6 bulan akan datang. Saya mahu terus membuktikan bahawa bisnes Dynace Global mampu membawa lebih ramai orang menikmati kehidupan yang lebih sihat, lebih stabil dan lebih bebas.
Pesanan saya kepada semua, berani bermimpi, cekal menghadapi dan yakin melangkah. Rancang dengan bijak dan angkat bersama team yang komited menuju kejayaan. Bila kita konsisten, kemenangan itu pasti datang!
𝐃𝐲𝐧𝐚𝐜𝐞 𝐆𝐥𝐨𝐛𝐚𝐥 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐮𝐜𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐘𝐀𝐁𝐀𝐒 𝐝𝐚𝐧 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐃𝐮𝐥𝐢𝐧𝐚 @ 𝐋𝐢𝐧𝐚𝐡 𝐒𝐢𝐧𝐠𝐤𝐮𝐢 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐩𝐞𝐧𝐜𝐚𝐩𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐜𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐦𝐞𝐧𝐜𝐚𝐩𝐚𝐢 𝐫𝐚𝐧𝐤 𝐂𝐑𝐎𝐖𝐍 𝐒𝐓𝐀𝐑 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐑𝐌𝟒𝟖𝟐,𝟎𝟐𝟔 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐦𝐚𝐬𝐚 𝟑 𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐃𝐲𝐧𝐚𝐜𝐞 𝐆𝐥𝐨𝐛𝐚𝐥. 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡, 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐛𝐮𝐤𝐭𝐢 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚 𝐰𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐧𝐢 𝐛𝐚𝐧𝐠𝐤𝐢𝐭 𝐦𝐚𝐦𝐩𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐜𝐢𝐩𝐭𝐚 𝐤𝐞𝐣𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐮𝐚𝐫 𝐛𝐢𝐚𝐬𝐚!