11/05/2020
BANTUAN SARA HIDUP (BPN) vs GERAN KHAS PRIHATIN (GKP)
Sebelum ini tidak pernah disyaratkan yang individu yang memiliki SSM tidak dibenarkan memohon BPN. Malahan BPN akan diberikan secara automatik kepada individu yang layak mengikut data BSH.
Tetapi baru-baru ini tiba-tiba keluar syarat penolakan baru iaitu alasan No. 5 - Individu memiliki SSM dan diminta memohon GKP.
Seperti yang diumukan oleh YB PM, BPN adalah untuk individu, manakala GKP adalah untuk perniagaan. Tetapi sekarang sudah bercelaru seperti hanya boleh dapat salah satu sahaja. Bagaimana yg sudah dapat BPN dan sedang menunggu jawapan GKP pada awal jun nanti? Adakah GKP akan ditolak dengan alasan telah terima BPN? Jika ya, lebih baik ditolak memohon BPN kerana bayaran BGP lebih tinggi berbanding BPN.
Bagi yang telah ditolak BPN atas alasan memiliki SSM baru-baru ini, telah berpusu-pusu mencari akauntan dan agen cukai untuk melaporkan pendapatan di LHDNM dengan harapan untuk mendapatkan BPN dan GKP. Mereka tidak sedar yang sebenarnya bila mereka telah mula hantar Borang Cukai tahun ini, mereka akan kena terus hantar Borang Cukai untuk tahun-tahun akan datang kerana Fail Cukai hanya akan dimatikan apabila Individu tersebut meninggal dunia. Dan hanya akan dibekukan sementara jika dapat dibuktikan tiada sumber pendapatan. Jika tahun akan datang mereka tidak hantar borang cukai, peluang besar untuk LHDNM audit mereka. Kesalahan tidak hantar borang cukai (tidak kira ada cukai atau tidak) mereka boleh didenda sekurangnya RM2,000 - RM20,000 atau penjara.
Bagaimana p**a dengan individu yang memiliki SSM SDN BHD? Kelonggaran telah diberi oleh LHDNM sendiri bahawa pendapatan bawah RM34,000 setahun untuk Fail SG tidak perlu hantar Borang Cukai. Adakah untuk dapatkan BPN atau GKP, mereka perlu hantar borang cukai?
Diharapkan agar Pegawai Proses boleh membuat audit dalaman dahulu dengan buat semakan ke atas Fail Individu serta Fail E, C dan PT sebelum membuat keputusan untuk menolak sesuatu permohonan.
www.uruscukai.com
Setiap perkhidmatan yang disediakan oleh kami akan dilengkapi dengan pengurusan dokumen yang teratur dan lengkap. PENGURUSAN DOKUMEN ini sangat penting bagi mem