Ia didokong dan direrajui oleh pakar profesional dalam pelbagai bidang yang mampu memberikan kesan transformasi keseluruhan dan seterusnya dapat menyumbang kearah perkhidmatan yang efektif dan efisen . NESBORN amat menitikberatkan perkhidmatan cemerlang kepada pelanggan sesuai dengan visi dan misi sesebuah organisasi. Program-program yang ditawarkan dirangka mengikut peredaran dan keperluan sema
sa bagi memastikan objektif dan halatuju tercapai dengan jayanya. Program atau kursus yang ditawarkan merangkumi pelbagai bidang ilmu seperti program Program Keusahawanan MARA, Program Latihan 1 Malaysia ( SL1M ), Program ICT ,Softskills ( Motivasi ‘Team Building’ , Sikap Kerja Positif, Gelagat Penyelia Cemerlang, Budaya Kerja Cemerlang dan sebagainya. Selain itu, NESBORN juga menawarkan program-program Pengurusan, Kualiti & Produktiviti, Kesihatan & Keselamatan, Penyeliaan. Tenaga professional kami mempunyai kelulusan akademik,, pen- galaman berbentuk ‘hands - on’ dan kemahiran praktikal daripada pelbagai industri mengikut program yang diajar. Hasil gabungan program-program yang berkualiti dengan konsultan dan tenaga pengajar yang profesional ini diharap dapat memberikan sumbangan ke arah Transformasi Modal In- san yang dapat meningkatkan motivasi, mutu pengurusan dan pentadbiran, pembangunan personal, kemahiran teknikal, dan seterusnya dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti sa- ma ada sektor swasta mahupun sektor awam.